Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, February 24, 2026

.: BEG SANDANG BARU :.

Assalamualaikum.

sebenarnya kan, dah lama teringin nak beli beg sandang yang comel2 dekat shopee tu.
tapi takde keperluan.

memandangkan sekarang nie PJJ.
meh la kita tunaikan keinginan tu. hihihi.
konon nak beli beg CCS, tapi rasa kedekut nak keluarkan duit lebih sikit. hahaha

jadi, kita pilih la yang murah sikit.
biasa-biasa jelah jadinya.

comelnya.
bahagian depannya.
poket depan tu, linda letak telekung travel dengan tali beg yang extra.

nie zip untuk main compartment.

macam ni dalam dia.
muat letak sweater dengan tab serta kelengkapan lain.

nie la ali extra dia yang linda simpan dekat poket depan tu.

tak beli yang besar-besar pun.
sebab nanti bawa handbag juga.
baju-baju takde bawa pun.
dekat Tronoh kan dah ada baju.
cuma buat letak sweater, kalau sejuk dalam perjalanan naik bas ataupun keretapi.

tada, tempat gantung handbag linda.
nie memang bawa dari kuarters.. hihihi
senang nak gantung beg-beg yang beranak pinak ni.

linda beli beg dekat shopee
mur mur je beli, masa linda beli ngan RM20.
bawa balik Tronoh, kak M dok kenen la beg ibu.
ibu buat tak tau je, kikiki.

till then, see ya

32 comments:

  1. Beg macam ni akak buat travel dalamnya letak baju sejuk atau baju nipis dan extra barang keperluan untuk tukar baju tanpa buka beg besar. Tapi kadang macam-macam bubuh dalamnya sampai jadi padat lah pulak. hehehehe Apa pun mudah

    ReplyDelete
  2. ala..murah ke mahal sama je skrg linda,
    janji elok, boleh guna kan..comel apa...wah!ada tempat sangkut beg la dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..bukan pakai hari², so ok je.. tempat sangkut beg tu, husband la beli..semak mata kot tengok isteri dok gantung beg belakang pintu..kikiki

      Delete
  3. Replies
    1. Itulah nak add to cart tak tau mana 1..rambang mata

      Delete
  4. Cantiknya beg baru .. banyak compartment . Harga pun murah

    ReplyDelete
  5. comelnya warna dia.. kita pun nak tumpang kenen jugak..

    ReplyDelete
  6. Comel la, bag dia. Warna pun lawa. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..comel je beg nya..janji muat barang yang nak bawa..

      Delete
  7. Cantik warna beg tu lembut je. Banyak compartment tu penting buat perempuan.

    ReplyDelete
  8. Kombinasi warna hijau ngan pink tu yg buat comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..tapi, bila tengok warna² lain..haisyh..jadi tak tahu nk pilih warna yang mana

      Delete
  9. Wah kece banget beg sandangnya! Pilihannya bikin pengen punya juga, cocok banget buat tampilan sehari-hari

    ReplyDelete
  10. wowww.. kaler strawberry matcha... sweet..
    patutlah Kak M pun berkenan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak M tu memang, semua barang ibu dia berkenan.. hahaha..nasib la ibu bukan kaki make up, kalau tak..kena sorok barang² make up ibu.

      Delete
  11. elok zip dia kat belakang kita kan.. rasa selamat sentiasa. semoga beg itu tidak dirembat kemudian hari :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..rasa selamat, sebab susah org nak buka..
      Setakat ni, beg masih selamat di tangan ibu..hihihi

      Delete
  12. Manis warna begnya. Beg nya boleh buat pemakainya tampak awet muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeling anak dara..lagi² naik public transport.. hahaha..

      Delete
  13. cantik pulak kalernya linda.. mmg memudahkan kalau travel bwk beg sandang mcm ni... boleh sumbat mcm²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tapi beg ni takde besar mana pun..comel je

      Delete