Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, February 22, 2026

.: WALLPAPER BARU :.

Assalamualaikum.

Balik Taiping hari tu, sempat la tepek wallpaper baru dekat dapur MIL.
Adik ipar dah beli siap² wallpaper nya.
Abang nya tukang tampal lah.

Konon nya nak tampal dekat dinding yang baru naik tu.
Tapi, sayang la pula.sebab cat baru lagi.

Pasang wallpaper
Jadi, Linda cadang buat dekat dinding ni lah.
Caca marba nampaknya. Hihi.

Pasang wallpaper
2jam kemudian, kan lawa sikit.
Nampak macam pasang tiles pula. 
Dinding raya ni. Hihi.

Memandangkan ada lebih lagi wallpapernya.
Berhenti rehat sat, maghrib dan Isyak.
Lepas tu, sambung ke bahagian dinding satu lagi.

Pasang wallpaper
Yang nampak macam pintu tu, MIL buat loteng atas bilik no 2.
Tapi, naik ikut dapur.
Lama dah, dari incikSuami sekolah lagi dah siap loteng nya.
Cuma sekarang ni, dah lama tak naik.
Tak tau lah apa rupa atas tu. Hahaha.

Dinding ni kecik sikit.
Sejam je siap lah.
Tapi, lupa nak ambil gambar bila dah siap tu.

Linda la tukang suai corak wallpaper tu.
Ada yang dapat macam bersambung, ada juga yang tak dapat.
Tapi, tak perasan sangat la melainkan betul² perati. Hihi.

Till then, see ya.

20 comments:

  1. Tak nampak mcm wallpaper kak... Lawaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni jenis yang macam tebal sikit tu..yang sekeping² tu..sebab tu nampak cantik je.. adik ipar cadang nak buat dekat TV plak, style sekarang tu..

      Delete
  2. Aah la dalam gambar nampak macam tiles je.

    ReplyDelete
  3. wallpaper baru lebih cerah lg luas nmpk ruang umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun, masa nak revonate dapur tu, kami buang almari yang dah senget.. hahaha.. kalau tak, ada je lah dekat situ...hihihi

      Delete
  4. Bila dah tukar wallpaper terus nampak lain kan... cantik

    ReplyDelete
  5. Wallpaper tu jenis mna akak ..foam ke ?? Gam kuat x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.jenis foam..nampak macam kuat je..takde pula MIL cakap ada yang jatuh setakat hari ni.

      Delete
  6. Akak suka wallpaper..tapi nak kena pandai pasang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, bab pasang ni...memang serah dekat suami lah

      Delete
  7. Lawa dinding setelah pasang wallpaper. Pandai kome pasang.

    ReplyDelete
  8. Nampak luas dan berubah pulak bila dah siap

    ReplyDelete
  9. Niceeee..... nampak macam tiles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..MIL cakap, "nanti adik beradik mai, depe kata kak Ha tukar tile baru pula"..

      Delete