Assalamualaikum.
Ibu dapat call dari abang Mu'az.
Ibu pula yang mumet (pening) kepala.
"Ibu, Mu'az pening kepala la, nanti suruh embah ambik ye, dah cakap dengan cikgu tadi nak balik rumah"
Eh eh, minggu lepas hari Rabu juga dia call ibu, pakai telefon warden.
Matanya bengkak katanya.
Ok lah, embah dengan wak mas ambik, dan memang bengkak mata. Ketumbit..hihi.
Esok nya, pergi hospital dapat MC 2 hari.
Bersuka ria la dekat rumah,4 hari.
Ahad baru embah hantar balik asrama.
Alih² hari ni telefon pula pening kepala.
Ewahhh...
Ibu wasap cikgu Zakaria(warden), tanya kan perihal pening kepala tu.
Cikgu Zakaria cakap "ada Mu'az cakap, tapi saya nampak ok je tu, rehat sekejap ok lah tu"
Haa, memang ibu malas nak layan pun.
Ibu telefon embah, cakap..embah pun malas nak layan.
Sekolah lagi 2 hari je, lepas tu cuti.
Macam² hal nya.
Ni ayah tak tau, kalau ayah tau bebel tak habis dia.. hahaha.
Moga abang Mu'az baik² je ye.
Jumaat nanti kita jumpa ye.
Tapi, tengah malam la baru ibu sampai..hihi.
Till then, see ya.

Eh eh....cuaca panas ni tu yg sakit kepala
ReplyDeleteHari ni ada koko sampai petang..tu yg rasa pening kot...alahai, tu pun nak balik rumah .manjah betul
DeleteTakpe, minggu depan dah cuti sekolah seminggu
ReplyDeleteBetul..minggu depan cuti sekolah
DeleteIbu bapa tumpang pening sama... hehehe
ReplyDeleteYa Allah..betul² kasi pening
Deletepanas sangat cuaca sekarang ni. pesan kat dia suh minum air banyak.
ReplyDeleteSemalam ada koko sekali..tu yg pening agaknya..
Deletedia dah fikir cuti kot, tu yg tiba2 pening tu hehe
ReplyDeletesabar2...ibu pun tengah kira hari ni.. hahaha
DeleteDia ttibe home sick ke ni? ke tak sabar nak brcuti? Smoga hero mu'az baik2 aje =D
ReplyDeletealhamdulillah...setakat hari ni, takde info apa2 dari warden...sihat2 la tu.. hihihi
DeleteAkak kalau cuaca panas, atau ke kedai...panas je rasanya memang akan datang la sakit kepala tu.
ReplyDeletelinda kalau seharian bertudung.. kena plak panas...memang sakit kepala lah balik rumah tu
DeleteBekalkan panadol dan ubat² lain yang berkenaan Linda. Nanti boleh rehat kat bilik sakit.
ReplyDeleteItulah.kita tak terfikir..sebab dulu² kita duduk serama..Alhamdulillah...sihat je...kikiki
DeleteHahahahah anak2 nih kaaan 😄. Memang kitanya yg harus pandai2 mereka nih serius sakit kah atau bisa istirahat saja di asrama. Saya justru jarang pakai kata mumet 😁. Kalau pening kepala , disini lebih banyak pakai istilah Pusing kepala.
ReplyDeletePusing kalau Indonesian maknanya sakit kepala atau confused. 😄
Pusing kepala , mcm lebih kepada confused pula..hihi..
DeleteBetul tu Fanny, kadang tu saja beralasan ,kerna malas mau ke sekolah..tapi, ibu ni tak kisah..p je sekolah.. hahaha..