Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, February 16, 2026

.: KISAH JUMAAT :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 13.02.2026 - kisah Jumaat lagi.
Sekejap je dah jumpa hari Jumaat.

Winter Sonata Malaysia
Sebelum keluar rehat tengah hari.
Sempat lagi ambil gambar pokok dulu.
Pokok yang daunnya berguguran macam winter pula.
Rehat pergi Selayang Mall sebab nak keluarkan duit je.
Susah juga bila takde cash ni.

Thumbprint pukul 4.36petang.
Tunggu bas Rapid, tak sampai² pula.
Last² pukul 5.20 petang baru sampai.
Singgah la AEON Kepong, solat Asar dulu.
Lepas tu, makan siap² dekat food court, sebelum ke Terminal Bersepadu Selatan.

Kisah Jumaat
Nasi putih paprik RM8.50.
Alhamdulillah.. kenyang.

Bas pukul 9.30malam, nak gerak lepas maghrib, risau kelam kabut.
Jadi, gerak jelah lepas makan tu, dalam 6.45 petang juga lah.
Sampai TBS, dalam 7.40petang.
Terus cari surau, solat terus maghrib dan Isyak.

Lepas 8.30malam, baru boleh turun ke tempat berlepas.
Kali ni, bas dekat gate 5.
Ikut tangga hujung je, terus gate 5.
Tapi tak ramai orang belah gate 5 tu.

Kisah Jumaat
Turun², eh.. ada je plug dekat hujung² ni.
Haisyh..kalau tau, takde lah melayang RM12 cas telefon hari tu. Hahaha.
Lepas ni, kalau naik bas.. tahu lah kat mana boleh cas free. 🤭🤭

Kisah Jumaat
Eh, pertama kali nampak aset kerajaan yang ada nombor dekat tempat awam ni.
Siapa pula pegawai yang bertanggungjawab?
Terus terfikir, staf TBS ni penjawat awam ke?? Emm, keliru sekejap.

Alhamdulillah, bas Linda tak delay.
Cuma lambat sebab depan dia ada bas yang delay tengah ambil penumpang.
Lewat 10min je, so ok je .

Arwana Express
Eh, bas kali ni eksekutif betul.
Siap ada pengecas USB.
Yang balik hari tu takde.
Elok sangat lah, kebetulan earphone habis bateri.
Cas la sekejap.

Hentian bas Seri Iskandar
Screenshot wasap status incikSuami.
Linda suruh dia tunggu dekat terminal je, walaupun bas lalu je depan taman rumah kami sebelum sampai terminal.
Sebab, naik bas hari tu, minta berhenti tepi je, driver bas tak nak berhenti mula².
Katanya, kena turun dekat terminal.
Kalau siang, Linda faham la.
Ni, 2 pagi, takkan la berkira juga.
Jadi, kali ni, malas nak minta berhenti tepi, suruh incikSuami tunggu dekat Terminal je lah.

Alhamdulillah, 2 pagi dah sampai Seri Iskandar, terus balik rumah.
Tukar² baju..tidur.
Siangnya nanti nak balik Taiping, sepupu belah suami buat kenduri akikah anak nya.

Till then, see ya.

13 comments:

  1. Bagus basnya, ada tempat caj. Dalam bas, peluang untuk tidur dan rehat ya, Linda. Akak pernah naik bas di TBS, cangak bangak juga cari pintu nak tunggu bas. 🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat juga duduk dalam bas kak..tapi, ada masa. Tido memang tak sedar...hihihi

      Delete
  2. Banyak dah kemudahan dalam bas sekarang ni. Lama sangat tak naik bas.

    ReplyDelete
  3. Bas pun dah ada kemudahan mcm tu ye .. Akk dah berzaman x naik bas hihi

    ReplyDelete
  4. kita kalau tau selalu nak pergi tempat tu mmg akan survey mana pot nak cucuk charger.. dah tau nanti senang. lagi2 bakteri laptop yang selalu buat masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalau tempat memang selalu pergi..kena tahu juga..

      Delete
  5. Ohh balik Seri Iskandar. Saya pernah juga ke sana melawat family tinggal di situ. Aman damai je tempatnya. Semoga dipermudah segala urusan PJJ sis dan encik suami dan diberi kekuatan sepanjang PJJ. Ameeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..setakat ni, memang bandar untuk pencen la..tapi, ramai juga penduduk nya... Sek penuh..hihi.
      Aamin, terima kasih atas doanya...

      Delete
  6. Pernah beberapa kali blk KB naik bas tahun 2013 waktu mlm. Lepas tu tak naik dah =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat naik bas sebenarnya..lagi² kalau yang jauh²..jem satu hal..kalau naik kereta sendiri, penat ke..boleh la berhenti ikut masa kita..hihihi

      Delete
  7. Saya nak cari resep paprik lah. Favorit sangat dengan menu ini. Mengingatkan saya zaman kuliah di Penang, kalau makan di kantin kampus, pasti paling sering pesan paprik 😄😍😍.

    Saya juga tipe yg agak worried kalau minta driver berhenti dj mana gitu, kuatirnya mereka tak bagi. Malas memang ribut soal begitu. Jadi kadang kalau suami minta hal2 macam tuh, saya lgs tolak, kecuali dia yg langsung bicara dengan orangnya 😅😅

    ReplyDelete