Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, February 13, 2026

.: DEVIL'S PINCH :.

Assalamualaikum

Hantu juga yang salah.
Tapi bukan salah hantu tau.

Gigitan hantu

Bangun pagi ada lebam di paha bukan sebab hantu tapi ini puncanya

Pernah tak jadi kat korang, malam tadi tidur elok je, tak terlanggar bucu meja, tak jatuh, tapi pagi ni bangun tengok ada lebam biru keunguan kat paha atau lengan?

Orang tua-tua panggil "Gigitan Hantu".

Doktor panggil "Purpura Simplex" atau "Devil's Pinch" (Cubitan Syaitan).

Jangan risau, tak perlu panggil bomoh. Panggil doktor kalau ia berlarutan.


Ini 4 sebab kenapa badan anda lebam sendiri:

1. Salur Darah Rapuh (Fragile Capillaries)

Ini paling biasa berlaku pada wanita. Dinding salur darah halus (kapilari) di bawah kulit anda nipis. Bila anda stres atau tertekan sikit semasa tidur, salur darah ni pecah sendiri dan darah merembes keluar jadi lebam.

2. Masalah Platlet (ITP)

Platlet adalah "batu bata" dalam darah yang tolong tampal luka. Kalau platlet rendah atau tak berfungsi, darah mudah bocor keluar dari salur darah walaupun tiada kecederaan. Ini boleh jadi tanda awal masalah darah (ITP).

3. Kurang Vitamin C & K

Vitamin C bukan untuk putih saja, ia adalah "simen" yang kuatkan dinding salur darah. Kurang vitamin C menyebabkan salur darah mudah pecah (Scurvy). Vitamin K pula penting untuk pembekuan darah.

4. Kesan Ubat Tahan Sakit

Pengambilan ubat seperti Aspirin, NSAIDs (Painkiller), atau ubat cair darah boleh menyebabkan darah lambat beku dan mudah lebam.

Bila kena jumpa doktor?

Kalau lebam ni datang pakej sekali dengan:

- Gusi berdarah masa gosok gigi.

- Kerap mimisan (hidung berdarah).

- Demam yang tak kebah.

- Lebam makin banyak dan besar tanpa sebab.

Ini mungkin tanda Leukimia atau gangguan darah serius. Tapi kalau setakat lebam "manja" sekali-sekala, itu tandanya anda kena kurangkan stres dan makan buah oren lebih sikit.

Hantu tak salah, badan kita yang minta rehat.

Kredit to PHM.


Till then, see ya.

14 comments:

  1. Ingatkan hantu nak darah. Tapi kadang cam pelik juga kalau kat lengan tiber ada lebam.Puas fikir aku lepuk sapa sampai lebam rupanya devils pinch....nasib baik lepas beberapa hari hilang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..memang selalu yang nampak dekat lengan lah..

      Delete
  2. tq share. tula kadang2 bangun pagi pelik jugak dari mana datang kesan lebam ni.. padahal smalam tak langgar mana2 pun huhu

    sian hantu, asyik dipersalahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama².. itulah...kak Linda pun terfikir juga .tapi, selalu kalau terlanggar apa2. Lebam tu lepas 2, 3 hari

      Delete
  3. Dulu pernah kena..lepas tu x pernah dah..haaaa....hantu jugak yang kena fitnah...hantu pun dah boring erk...

    ReplyDelete
  4. KSarie rasa KSarie memang kurang vitamin C dan K la sebab selalu juga kejadian lebam di sana sini ni

    ReplyDelete
  5. Tp itu la yg selalu kita fikir kan? =D

    ReplyDelete
  6. Asal lebam je kena gigit hantu. Hehe.. Kesian hantu kena tuduh.

    ReplyDelete