Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, February 20, 2026

.: BERBUKA 1&2 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Hari tu, Linda baca entry Sha, persiapan Ramadan, dia ada beli kurma.
Eh, Linda pun terus la intai dekat Shopee juga, sebab Sha ada tinggalkan link sekali.
Mula² order kan untuk rumah Tronoh, penghantaran cepat.. 
Kalau takde gap cuti, memang order hari ni, sampai esok lah.

Ni trip untuk Linda dekat asrama.
Tapi, bukan Linda punya semua tu.
Saja beli lebih, bagi cleaner yang buat kerja dekat tempat Linda, lepas tu Izzah satu.
Alhamdulillah, ada rezeki nak memberi.

Kurma Ajwa ni, memang sedap lah. 
Abang Mueez tu cukup suka yang ni,dia sorang je makan.
Kurma lain mana pandang, tapi tu lah, keras sikit lah kan harga dia. Benda premium.. hihi.

Jom tengok menu berbuka Linda.

Hari pertama puasa - buat wrap telur je.
Makan satu je dah kenyang, satu lagi simpan dalam bekas, makan waktu sahur.

Hari kedua puasa - buat garlic bread 2 keping.
Ratah sayur yang bawa bekal dari Tronoh semalam tu.

Alhamdulillah, berbuka orang bujang..hihi.
Jangan lah sedih sangat tengok menu berbuka Linda.
Dah keluar juga tadi, pergi kafe, pergi belakang hospital.
Tengok² apa yang orang menjual, tapi takde satu pun yang berkenan dekat hati.
Lepas tu, malas nak simpan² kalau ada lebih.
Jadinya, kita makan je lah apa yang ada.
Perut Linda pun, bukan jenis boleh makan banyak. Kalau bawa pergi buffet buka puasa. Rugi lah.. hahaha.

Apa pun, syukur atas nikmat yang Allah berikan.

Hari ni Jumaat, tapi tak balik Tronoh.
Next Jumaat baru balik.

Till then, see ya.

P/s - kak mas kata, raya nanti boleh pakai kebaya la kalau menu berbuka mcm tu je sepanjang Ramadan.. bidooh je kak mas ni..hahaha

18 comments:

  1. Akk kalau sorang pun suka yg simple je Linda... Tapi ini dah semuanya hantu nasi, mmg berbuka, sahur kena masak nasi dan lauk² lah. Harap² istiqomah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau duduk Ngan family .memang harus masak nasi kak

      Delete
  2. makin slim la linda..menu sihat tu time berbuka

    ReplyDelete
  3. Simple Linda berbuka. Asal kenyang dan sedap di tekak kita, Alhamdulillah ya, Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sorang kak..lepas tu, perut kalau puasa ni, tak boleh isi banyak..sat g membazir je

      Delete
  4. Berbuka sorang kiranya makan apa yang ada je ya.. asal kenyang.. nak makan best makan dengan family ramai². Kadang makanan simple tapi bila berkumpul tu suasananya lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..nak masak² pun tak best .sedap dalam bilik je, Linda pun malas nak beli kelengkapan sangat...tapi, berbuka hari ni, insyaAllah, lain sikit..hihihi

      Delete
  5. Fuh berbuka puasa tanpa nasi... idaman saya tu tapi masih lagi berbuka dengan nasi setiap hari hahaaha...

    ReplyDelete
  6. Sy pun bila dah makan kurma ajwa nie mcm kurg dah makan kurma2 lain... cuma keras sikitlah harga haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sebab alhamdulillah, terjamin buah kurma nya..kalau beli yang biasa tu, ada je yang sedap dan kena tekak..tapi, dah lupa brand yang mana..hihi..kalau yang ni, dah tahu macam mana produknya.

      Delete
  7. Kalau Kak SA sorang pun..sama...simple je..

    ReplyDelete