Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hampir siap..
Tinggal lagi 4 kuntum bunga, sekali daun tak cukup pula.
Memang dah order yang lain, tengah tunggu sampai.
Sampai juga selepas 4 hari buat pesanan.
Besar kali ni, sebab dah tahu perlukan berapa banyak.
Terus je beli semua.
Ada warna hijau, ungu dan putih.
Next nak buat bunga warna ungu pula.
Kakak angkat last minit beritahu nak buat majlis kahwin.
Kena pulun lah. Nak buat juga untuk kak Husna.
Tapiiii... Kannan...
Warna hijau nya tak sama 🥹🥹
Sehingga entry ini dibuat, Linda dah pergi Eco, dah pergi Mr DIY.
Takde warna hijau gelap macam tu.
Kena bagi diskaun dekat bakal pengantin macam ni.
Sebab warna daun tak sama semua.
Till then, see ya.





Alamak, cerah sikit warna yang baru ni. Kenalah juga bagi diskaun kan sebab tak sama. Harap penerima terima lah. Cantiknya bunga kawat warna maroon ni. Kemas je Linda buat.
ReplyDeleteBetul..kena bagi diskaun sikit..gitu lah risiko, kalau tak cukup..beli lain, memang lari warna selalunya...
Deleteharap pengantin tak kisah sgt hijau kureng kehijauanannyer., huhu
ReplyDeleteHarapnya begitu
DeleteWahhhhh cantik betul gubahan bunga telurnya. Semoga tona warna hijau yang berbeza menambah keunikan bunga telur yang dibuat
ReplyDeleteTerima kasih kak..
DeleteTakat 3 batang, tak perasan sebenarnya..tapi nak ambil duit orang, kena terang juga lah.. tak nak customer rasa tertipu
Dah pergi kat Yun Yun? Kat Taman Samudera, Manjung. Tapi biasanya, pokok-pokok kat luar tu, daun memang tak sama warna. Ada daun muda, daun tua. Kalau akak, ok je terima lain tone hijaunya.
ReplyDeleteHahaha..jauh beno kak Taman Samudera dengan Selayang ni kak.. itulah, kalau Linda ok je..tapi, orang punya kan..
DeleteRealitinya warna daun sepokok memang tak sama.
ReplyDeleteAda daun muda, ada daun tua ada daun kering.
Betul.. pelbagai warna daun ada
Deletetak sama tapi tak ketara sgt tu...masih kategori hijau ;)
ReplyDeleteHijau muda..hihihi
DeleteHarap pengantin ok je... Sebab kadang kadang bukan daun warna pun dalam satu pohon tu.. Ada yg hijau tua ada yang hijau muda..
ReplyDeleteInsyaAllah, cuma kena explain juga lah nanti..
Deletedalam himpunan daun hijau bolah lah letak sehelai dua warna kuning, coklat ke.. daun nak layu dah bagtau kat pengantin hehe..gurau je ye..
ReplyDeleteHahaha..itulah tu..daun pun banyak warna
Deletealamak daun dia hijau cerah sikit pulakk. tapi tinggal 4 batang jekan tak cukup dun tu. sapa yg dapat daun hijau cerah tu kira special haha
ReplyDeleteItulah, lagi 4 kuntum je.. betullah ,yg dapat tu..special la sikit
DeleteKalau uncle nampak sama je hijau tu.... "Ku lihat hijau"
ReplyDeleteLelaki memang nampak 1 warna je.. kikiki
DeleteWalau pun dah comey, kena tawarkan diskaun utk menjaga reputasi. Wah!. Gitchew.
ReplyDeleteIni utk keuntungan & kepercayaan jangka pjg.
Ya..begitulah kak..sebab duit orang kan.
DeleteMungkin bila dah siap akan lebih menyerlah sebab ada tone colour. Cuma customer comes first lah kan.. kalau dia terima perbezaannya, Alhamdulillah.
ReplyDeleteMemang kena explain lah nanti..dan kasi diskaun.. nak cari tak dan dah..next week nak hanto
DeleteAlamak...Tp ok jgk..Colorful daunnya =)
ReplyDeleteItulah..saya suka Gini..kikiki
DeleteSemoga customer okey with it.
ReplyDeleteIf me, suka ja.
InsyaAllah, customer ok je..tapi, still kena inform kan..kasik la diskaun sikit..
DeleteHijaunya tak sama ya.. Tu lah masalah kadang bila beli online ni..
ReplyDeleteHarapnya pengantin okaylah..
betul sangat tu...tapi, kat online boleh beli banyak..senang
DeleteHaah Laaa...x sama plak warnanya...
ReplyDeleteItulah..sabar je lah..
DeleteWaah dah habis stok yg warna hijau gelap tuh ya kak? Tp sbnrnya cantik juga warna hijau yg baru. Kalo bagi saya sebagai customer, tak ada masalah beda sikit. Toh warna Daun memang tak selalu sama 😄.
ReplyDeleteTapi kdg beda orang, beda berpikirnya
Ya...lawa juga kalau selang seli...ada yang suka mix..ada yang suka senada.
Delete