Assalamualaikum.
Khamis, 27.11.2025 - incikSuami bagi greenlight abang Mu'az follow trip ke Bangi Wonderland dengan kawan² kelas.
Tapi, ponteng sekolah lah sehari. 🤭🤭
Jadi, dalam pukul 9 pagi gitu, Linda hantar abang Mu'az ke tempat berkumpul.
Masa sampai takde siapa lagi, Linda p pick up Zus jap.
Pusing semula, tengok dah sampai ketua rombongannya.
Tara, kak Daryna, mak Iskandar(kawan kelas abang Mu'az).
Terima kasih kak, sudi bawa anak² ke Bangi nun.
Linda sabit kak M dengan dedek periksa akhir tahun KAFA je.
Kalau tak, mau follow sekali..Kikiki.
Bulan 5 ritu pun, kak Daryna teman anak² tengok wayang juga, cerita Blood Brothers.
Ada lah gambar sikit masa dekat Bangi.
Kak Daryna share.
Harap abang Mu'az, bertuah lah.
Gerak dalam pukul 10 pagi juga, tunggu yang lain sampai.
Alhamdulillah, pukul 11.15 pagi gitu dah sampai Bangi.
Nampak cerah cuaca tu.
Puas lah hati abang Mu'az tu.
Dapat p waterpark, main dengan kawan².
7 orang yang pergi katanya.
Owh, duit tiket, guna duit belanja sek yang abang Mu'az kumpul sendiri.
Beli online, murah RM10.
Tapi, semalam Linda hulur la juga RM50 buat makan².
Lepas tu ada juga pesan kat abang Mu'az duit minyak dalam sampul, bagi dekat mak Iskandar.
Sampai rumah semalam pukul 9 malam juga lah.
Hujan + jem kan.
Linda ambil dekat Selayang Mall.
Buat kenangan abang Mu'az, moga tak putus kawan lah bila balik Perak nanti.
Till then, see ya.




Seronok la tu dapat main waterpark dengan kawan2.
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok lah tu
DeleteWah!. Ceria Muaz dpt gi rombongan.
ReplyDeleteMcm kita2 dulu masa kecik la kan.
Linda dulu yang lepas g rombongan, yang free je..sebab masuk pertandingan ihtifal, ustazah sewa van..ustazah belanja bawa ke teluk batik..selain dari tu, memang takde lah.
DeleteRajin mak Iskandar tu, teman dan bawa anak² ke sana sini 👍🏻
ReplyDeleteBest la Abg Mu'az enjoy main ayaq dgn kawan².
Alhamdulillah...nasib baik lah..agaknya Iskandar tu anak bongsu...Linda pun asyik la lupa nak tanya
DeleteSeronoklah Abang Mu'az dapat green light trip ke Bangi Wonderland. Main air tu yang best. Pergi pulak dengan kawan-kawan. Bertambahlah seronoknya.
ReplyDeleteItulah.. memang seronok lah.. lepas ni, takde dah la peluang Gini.. hahaha...
DeleteWahhh..Bestnya gini...Semoga persahabatan mereka kekal selamamya..Amin
ReplyDeleteAamin.
DeleteSeronok la hajat hati dipenuhi..kikiki
memori manis utk abg muaz!
ReplyDeleteBetul MZ.. sebelum berpindah sekolah lagi, ibu kasi can lah
DeleteWah happynya bisa main di waterpark juga 😄. Dah selesai ujian juga kan mereka. Bisa refreshing kejab 😄😍
ReplyDeleteIya..untuk abang Mu'az awal lagi dah selesai ujian nya.
DeleteKalau dengan kawan2 perginya riuh dan seronok la tu.
ReplyDeleteItulah..moga² seronok lah dan Ingat ibu..hihihi
DeleteMula² baca ingat rombongan sekolah.. dah kenapa namanya ponteng. Rupa²nya dengan kawan sekelas.
ReplyDeletePergi weekdays baru lah puashati main takde ramai sangat. Sporting ya mama Iskandar sudi bawa anak².
Itulah..weekdays orang tak ramai, tiket pun murah sikit.. alhamdulillah, memang sporting mak Iskandar tu..dah la hari kejadian tu selsema sikit²..main air plus hujan..esok nya tumbang anak beranak..mak dan Iskandar nya
DeleteSeronok la abang Muaz ye...Bangi Wonderland ni dekat betul dengan rumah adik bongsu akak tapi kami x pernah pi pun..ntah bila la nak masuk x tau
ReplyDeleteBoleh tahan juga harga tiketnya..tapi, puas hati lah kalau dapat main seharian
DeleteTapi sekolah pun bukan belajar lagi dah kan…sekolah Alip 2 minggu sudah dh pulang textbooks
ReplyDeleteA ah..tapi, tetap lah kehadiran diambil..kena beritahu alasan juga... Sek rendah anak² ni, minggu depan baru nak pulang buku
Delete