Assalamualaikum.
Khamis, 27.11.2025 - sambutan hari kanak² dekat sek keb anak².
Tema tahun ni, "Funky Hat"
Hari tu dah share topi yang kami suami isteri buat bersama² anak².
Tiba² malam kejadian kak M tanya "ibu ada tudung warna kuning tak?,kakak nak jadi Rapunzel lah,jadi kena lah pakai tudung kuning"
Ahh, sudah..memang takde lah mak ni tudung kuning.
Belek² shawl yang ada, nasib baik ada warna gold ni ha.
Nampak lah juga macam rambut.
Nasib baik juga, kak M memang cakap nak pakai baju kurung je.
Haa, shawl panjang kat tepi tu, rambut la katanya.
Antara gambar yang cikgu kelas kak M share.
Meriah tengok topi anak² yang lain.
Anak kita biasa² je.
Ini jelah gambar yang ada.
Kelas dedek Ngan abang Mueez , takde pula cikgu nya share gambar.
Kak M dapat juga hadiah set pensel, katanya sebab topi cantik.
Mungkin ikut rezeki la kot, sebab gambar yang cikgu share macam semua je yang pegang hadiah tu.
Sementara anak sek rendah ni, layan la hari kanak² ni.
Nanti sek men, takde lah lah.
Till then, see ya.



Wah! Baus la tema tu... Tema fun! Sesuai unruk anak2 sek rendah
ReplyDeleteBetul..yang ni, semua pun mampu..baju tak kisah..pakai baju sekolah pun takpe..
DeleteTema hari kanak² Funky Hat ni satu Malaysia ke? Sebab ritu nampak satu video anak² pakai topi tema² kat satu sekolah. Terus teringat anak² Linda.
ReplyDeleteItulah..tahun ni banyak funky hat..jadi, berjangkit² lah..hihihi
DeleteTema mudah mudah macam ni senang mak bapak nak buat. Anak anak pun happy.
ReplyDeleteBetul..kalau mudah² Gini, dan kos pun tak mahal sangat..senang sikit nak follow.
DeleteMujurlah ada shawl kuning ibu. Dapatlah kak M feeling² rapunzel kejap. Agaknya semua dapat hadiahnya kot kan.
ReplyDeleteHahaha..itulah..tiba² ada penyelamat..kak M cakap pun dah lepas Isyak..memang tak la ibu nak berkejar ke kedai..
DeleteTahniah kak M =)
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletememori manis utk anak2 kita. cute jer topi kak M tu
ReplyDeleteItulah..comel je topinya....
Deletebuat ank-anak happy lepas dah kerja keras belajar kan...paling best semua dapat hadiah dan tiada pengkalah atau pemenang...baru adil
ReplyDeleteGitu lah kak..
DeleteCantik dah tu ... Tahniah Kak M dapat hadiah. Bagus hadiah gini, boleh guna naik kelas nanti
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki kak M dapat...dedek pun dapat juga katanya..ntah, tak nampak mana hadiahnya pun
DeleteRasanya macam tahun ini memang tema hat2 ni lah, tengok ramai orang share . Ada yang siap gerak-gerak hiasan kt topi tu... meriah
ReplyDeleteItulah..tahun ni, banyak yang guna tema...
Deletebegitulah selalunya terjadi.. "esok hari kejadian, malam ni baru bagitau, cikgu suruh bawa itu ini esok..." haha.. saya pun selalu kena
ReplyDeleteHahaha..betul lah tu, dari yang kecil sampai yang besar.. kalau saya yang ambil anak² balik sek keb, dalam kereta saya dah tanya..cikgu ada pesan apa² tak..ni sekarang, ayah dia yang ambil..memang tak tanya lah.
DeleteRupanya ada budak jd rapunzel ye... hehehe... layankan je lah linda... janji diorang gembira
ReplyDeleteitulah, tiba2 nak jadi rapunzel pula...nasib baik dia tak request nak pakai baju gaun...
DeleteMak bapak memg auto kena kreatif kalau tiba hari kanak2 ni. Mencabar juga jadi mak ayah . Tahniah buat kak linda dan adik2
ReplyDeleteItulah..kita ni takde lah kreatif sangat... Terima kasih Cuya
DeleteComel anak dara Linda. Tahniah juga atas usaha buat topi cantik tu, ya. 👏👏
ReplyDeleteTerima kasih kak..
Delete