Sunday, November 30, 2025

.: HARI KANAK-KANAK SKSJ :.

Assalamualaikum.

Khamis, 27.11.2025 - sambutan hari kanak² dekat sek keb anak².

Tema tahun ni, "Funky Hat"
Hari tu dah share topi yang kami suami isteri buat bersama² anak².

Tiba² malam kejadian kak M tanya "ibu ada tudung warna kuning tak?,kakak nak jadi Rapunzel lah,jadi kena lah pakai tudung kuning"

Ahh, sudah..memang takde lah mak ni tudung kuning.
Belek² shawl yang ada, nasib baik ada warna gold ni ha.
Nampak lah juga macam rambut.

Nasib baik juga, kak M memang cakap nak pakai baju kurung je.
Haa, shawl panjang kat tepi tu, rambut la katanya.

Antara gambar yang cikgu kelas kak M share.
Meriah tengok topi anak² yang lain.
Anak kita biasa² je.

Ini jelah gambar yang ada.
Kelas dedek Ngan abang Mueez , takde pula cikgu nya share gambar.

Kak M dapat juga hadiah set pensel, katanya sebab topi cantik.
Mungkin ikut rezeki la kot, sebab gambar yang cikgu share macam semua je yang pegang hadiah tu.

Sementara anak sek rendah ni, layan la hari kanak² ni.
Nanti sek men, takde lah lah.

Till then, see ya.

26 comments:

  1. Wah! Baus la tema tu... Tema fun! Sesuai unruk anak2 sek rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..yang ni, semua pun mampu..baju tak kisah..pakai baju sekolah pun takpe..

      Delete
  2. Tema hari kanak² Funky Hat ni satu Malaysia ke? Sebab ritu nampak satu video anak² pakai topi tema² kat satu sekolah. Terus teringat anak² Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..tahun ni banyak funky hat..jadi, berjangkit² lah..hihihi

      Delete
  3. Tema mudah mudah macam ni senang mak bapak nak buat. Anak anak pun happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalau mudah² Gini, dan kos pun tak mahal sangat..senang sikit nak follow.

      Delete
  4. Mujurlah ada shawl kuning ibu. Dapatlah kak M feeling² rapunzel kejap. Agaknya semua dapat hadiahnya kot kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..itulah..tiba² ada penyelamat..kak M cakap pun dah lepas Isyak..memang tak la ibu nak berkejar ke kedai..

      Delete
  5. memori manis utk anak2 kita. cute jer topi kak M tu

    ReplyDelete
  6. buat ank-anak happy lepas dah kerja keras belajar kan...paling best semua dapat hadiah dan tiada pengkalah atau pemenang...baru adil

    ReplyDelete
  7. Cantik dah tu ... Tahniah Kak M dapat hadiah. Bagus hadiah gini, boleh guna naik kelas nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki kak M dapat...dedek pun dapat juga katanya..ntah, tak nampak mana hadiahnya pun

      Delete
  8. Rasanya macam tahun ini memang tema hat2 ni lah, tengok ramai orang share . Ada yang siap gerak-gerak hiasan kt topi tu... meriah

    ReplyDelete
  9. begitulah selalunya terjadi.. "esok hari kejadian, malam ni baru bagitau, cikgu suruh bawa itu ini esok..." haha.. saya pun selalu kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..betul lah tu, dari yang kecil sampai yang besar.. kalau saya yang ambil anak² balik sek keb, dalam kereta saya dah tanya..cikgu ada pesan apa² tak..ni sekarang, ayah dia yang ambil..memang tak tanya lah.

      Delete
  10. Rupanya ada budak jd rapunzel ye... hehehe... layankan je lah linda... janji diorang gembira

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tiba2 nak jadi rapunzel pula...nasib baik dia tak request nak pakai baju gaun...

      Delete
  11. Mak bapak memg auto kena kreatif kalau tiba hari kanak2 ni. Mencabar juga jadi mak ayah . Tahniah buat kak linda dan adik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kita ni takde lah kreatif sangat... Terima kasih Cuya

      Delete
  12. Comel anak dara Linda. Tahniah juga atas usaha buat topi cantik tu, ya. 👏👏

    ReplyDelete