Assalamualaikum.
Nah, Funky Hat sempena hari kanak-kanak SKSJ yang bakal diadakan pada 27hb nanti.
Takde lah kreatif mana pun, sekadar meraikan dan buat anak² seronok.
Takde pula fikir tema ke apa.
Tapi, bila dah siap..macam ada tema lah pula.. hahaha.
Topi dedek yang incikSuami buat tu.
Tema dedek - aerospace kot.
Bahagian belakang, baru ada nampak 3d sikit.
Kalau tak, incikSuami tampal sticker je.
Tu yang kena bahan dengan kak M.. hahaha
Yang ni pula kak M punya.
Linda balut kotak je, malas nak mereka cipta topi.
Tema kak M - Taman serangga
Bahagian atas topi.
Gambar² serangga tu print je, warna dan lekatkan dengan kawat bulu tu, nak bagi berdiri.
Abang Mueez punya, special sikit.
Memang dari awal dia dah gitu nak buat tema apa.
Jadilah tema - Blokees.
Semua tu robot² bLokees dia sendiri.
Linda cakap letak gam sikit je dekat kaki robot, nanti takde lah susah nak cabut semula.
Susunan semua by abang Mueez.
Linda tolong balut dan hias sikit².
Dari depan.
Tak tau nak buat design camne..
Susun² jelah kawat bulu tu jadi macam pagar, then tampal tajuk atas tu.
Selesai lah.
Hasil yang tak seberapa.
Tak sabar nak tunggu hari kanak², mesti macam² topi yang ada.
Till then, see ya.
hari kanak-kanak 2024
hari kanak-kanak 2023







Mana ada tak seberapa. Hasilnya menarik sangat-sangat. Kreatif idea masing-masing buat sampai jadi menarik gitu. Cantik menarik ketiga-tiganya.
ReplyDeletealhamdulillah.. terima kasih sis Fiza, itu je lah yang mampu pun...
DeleteKreatifnyaa. Yg specialnya sbb seisi keluarga bekerjasama. Semua ni akan jd kenangan manis.
ReplyDeletesob sob.. terima kasih mis mirror.. terharu kita pagi2 nie baca komen nie.. moga anak ingat la momen2 manis bersama ibu bapa mereka..aamin
DeleteBanyak betul sambutan hari kanak2 ni. Dari bulan lepas nampak sambutan. Kreatif la tu Linda. Cantik topinya.
ReplyDeleteitulah... macam2.. tahun lepas rasa macam takde je buat sambutan kanak-kanak
DeleteOh, hari kanak² tema topi ke? nnt nk refer sini jugak la kalau sekolah anak² guna tema ni
ReplyDeleteiye..nanti boleh google "funky hat".. lagi kreatif diorang2 tu.. sampai boleh buat akuarium ikan dekat topi.. hihihi
DeleteWahhh...Nice...Tema serangga kak M tu kalau sempat beli serangga mainan tu tampal..Lagi nmpk real...Sy dulu buat costume mummy, siap beli kala jengking, spider, lipan tampal dekat baju...=) Sorry ye..Ni pandangan cosplayer & amator prop maker =D
ReplyDeletenice juga ni, tapi, topi tak seberapa je tu..plus ibu malas dah nak kemaskini topinya.. hahhaa....
Deletenext kita boleh cuba guna ni...thank nieza.. memang membantu...
Bestnya kalau ada mak ayah kreatif macam ni. Kalau harapkan mereka buat sendiri, mesti bulat aje topinya, hihi.
ReplyDeletehahhaa...kalau harap buat sendiri, tak buat dah tu
Deletekreatifnya....
ReplyDeleteanak2 nieyl hari kanak-kanak melaram sungguh..hehehe..
baju2 bertema..
Hihi..kalau baju bertema tu, agak pening sikit..nak mix n match..kita ni tak reti sangat
DeleteKreatif la hasil kerja anak beranak ni, terbaiklah 👍🏻
ReplyDeleteAnak³ pun happy la tu dapat topi cantik
Alhamdulillah..boleh la sikit² PH..buat pelepas
DeleteKreatifnya, saya suka-saya suka.
ReplyDeleteKitanya dah tak sambut hari kekanak. Tumpang seronok anak kekawan je la.
Tak sekreatif mek Cha kita...
Deleteterbaik! kreatif metif.. nampak gembira mereka semua..
ReplyDeleteAlhamdulillah..moga seronok la semuanya tu
Deletekreatif la ni...apa yang penting kerjasama...kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah...boleh la kak.. buat ada2..
DeleteBoleh buka kelas kreatif ni.. takpun ambil job partime guru seni mana-mana center.
ReplyDeleteAduh... Jauh sangat tu part time job guru seni...
DeleteComel je hasil tangan linda & suami 👏🏻
ReplyDeleteTerima kasih sis
Deletecute dan kreatif laaaa
ReplyDeleteTerima kasih MZ
DeleteBeruntung sangat anak2 Ini, kedua orangtuanya memang kreatif sungguh ❤️😍😍😍. Bagus2 kak hasil topinya 🫰👍👍. Pasti banyak teman mereka yg suka juga
ReplyDeleteAlhamdulillah..boleh la buat sikit².. kawan² punya lagi hebat²
DeleteBest gak eh tema gini…takyah sibuk nak sewa baju bagai. Biar budak sendiri yg tonjolkan creativity dorang
ReplyDeleteBetul..
Delete