Monday, November 24, 2025

.: FUNKY HAT :.

Assalamualaikum.

Nah, Funky Hat sempena hari kanak-kanak SKSJ yang bakal diadakan pada 27hb nanti.

Takde lah kreatif mana pun, sekadar meraikan dan buat anak² seronok.
Takde pula fikir tema ke apa.
Tapi, bila dah siap..macam ada tema lah pula.. hahaha.

Funky hat
Topi dedek yang incikSuami buat tu.
Tema dedek - aerospace kot.

Funky hat 1
Bahagian belakang, baru ada nampak 3d sikit.
Kalau tak, incikSuami tampal sticker je.
Tu yang kena bahan dengan kak M.. hahaha 

Funky hat 2
Yang ni pula kak M punya.
Linda balut kotak je, malas nak mereka cipta topi.
Tema kak M - Taman serangga

Funky hat 3
Bahagian atas topi.
Gambar² serangga tu print je, warna dan lekatkan dengan kawat bulu tu, nak bagi berdiri.

Abang Mueez punya, special sikit.
Memang dari awal dia dah gitu nak buat tema apa.

Funky hat 4
Jadilah tema - Blokees.

Semua tu robot² bLokees dia sendiri.
Linda cakap letak gam sikit je dekat kaki robot, nanti takde lah susah nak cabut semula.
Susunan semua by abang Mueez.
Linda tolong balut dan hias sikit².

Funky hat 5
Dari depan.
Tak tau nak buat design camne..
Susun² jelah kawat bulu tu jadi macam pagar, then tampal tajuk atas tu.
Selesai lah.
Hasil yang tak seberapa.

Tak sabar nak tunggu hari kanak², mesti macam² topi yang ada.

Till then, see ya.

hari kanak-kanak 2024
hari kanak-kanak 2023

32 comments:

  1. Mana ada tak seberapa. Hasilnya menarik sangat-sangat. Kreatif idea masing-masing buat sampai jadi menarik gitu. Cantik menarik ketiga-tiganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. terima kasih sis Fiza, itu je lah yang mampu pun...

      Delete
  2. Kreatifnyaa. Yg specialnya sbb seisi keluarga bekerjasama. Semua ni akan jd kenangan manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sob sob.. terima kasih mis mirror.. terharu kita pagi2 nie baca komen nie.. moga anak ingat la momen2 manis bersama ibu bapa mereka..aamin

      Delete
  3. Banyak betul sambutan hari kanak2 ni. Dari bulan lepas nampak sambutan. Kreatif la tu Linda. Cantik topinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... macam2.. tahun lepas rasa macam takde je buat sambutan kanak-kanak

      Delete
  4. Oh, hari kanak² tema topi ke? nnt nk refer sini jugak la kalau sekolah anak² guna tema ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..nanti boleh google "funky hat".. lagi kreatif diorang2 tu.. sampai boleh buat akuarium ikan dekat topi.. hihihi

      Delete
  5. Wahhh...Nice...Tema serangga kak M tu kalau sempat beli serangga mainan tu tampal..Lagi nmpk real...Sy dulu buat costume mummy, siap beli kala jengking, spider, lipan tampal dekat baju...=) Sorry ye..Ni pandangan cosplayer & amator prop maker =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice juga ni, tapi, topi tak seberapa je tu..plus ibu malas dah nak kemaskini topinya.. hahhaa....
      next kita boleh cuba guna ni...thank nieza.. memang membantu...

      Delete
  6. Bestnya kalau ada mak ayah kreatif macam ni. Kalau harapkan mereka buat sendiri, mesti bulat aje topinya, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa...kalau harap buat sendiri, tak buat dah tu

      Delete
  7. kreatifnya....
    anak2 nieyl hari kanak-kanak melaram sungguh..hehehe..
    baju2 bertema..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kalau baju bertema tu, agak pening sikit..nak mix n match..kita ni tak reti sangat

      Delete
  8. Kreatif la hasil kerja anak beranak ni, terbaiklah ๐Ÿ‘๐Ÿป
    Anak³ pun happy la tu dapat topi cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..boleh la sikit² PH..buat pelepas

      Delete
  9. Kreatifnya, saya suka-saya suka.
    Kitanya dah tak sambut hari kekanak. Tumpang seronok anak kekawan je la.

    ReplyDelete
  10. terbaik! kreatif metif.. nampak gembira mereka semua..

    ReplyDelete
  11. kreatif la ni...apa yang penting kerjasama...kan..

    ReplyDelete
  12. Boleh buka kelas kreatif ni.. takpun ambil job partime guru seni mana-mana center.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh... Jauh sangat tu part time job guru seni...

      Delete
  13. Comel je hasil tangan linda & suami ๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  14. Beruntung sangat anak2 Ini, kedua orangtuanya memang kreatif sungguh ❤️๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Bagus2 kak hasil topinya ๐Ÿซฐ๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Pasti banyak teman mereka yg suka juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..boleh la buat sikit².. kawan² punya lagi hebat²

      Delete
  15. Best gak eh tema gini…takyah sibuk nak sewa baju bagai. Biar budak sendiri yg tonjolkan creativity dorang

    ReplyDelete