lovvu Dobbu

Saturday, October 4, 2025

.: KHAMIS, JUMAAT, SABTU :.

Assalamualaikum.

2 hari je ke briswalk?? Hahaha..
Ehh, ada Khamis dengan Jumaat pun briswalk.
Takkan hari² nak up entry.
Jemu pulak orang nanti.. 🤭🤭

Hari Khamis, jumpa buah mangga.
Aduhai, ngences pula..
Tapi, tak berani nak petik pula.

Hari Jumaat, lama juga tempoh berjalan.
Sebab, terus pergi pasar malam dekat belakang hospital, dekat dengan sek abang Mu'az.
Terus lah jemput abang Mu'az balik sekolah.
Jalan kaki bersama lah kita. Hihihi.

Hari Sabtu, pergi Lotus Rawang lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan.
Nak p kedai jahit Pakistan dalam Lotus tu haaa.
Nak suruh buat semula seluar uniform pink Linda.

Yang ada sticker tu, Pakistan tu baru jahit.
Helai bawah tu seluar lama.
Dia kecilkan seluar baru tu, memang sendat la tang peha.
Aib weyh kalau nak share gambar .hahaha.
Jadi, Linda suruh dia buat lain lah.

Baju pun takde butang, dia cakap tak jumpa butang.
Linda diskaun lah lagi harga nya.
Seluar dah buat yang lain, ok sikit dah.
Sekali cangkuk pula takde.
Tadi, memang tak bayar apa pun.
Salah dia kan..Kikiki.

Dah nak balik, boleh pulak tersinggah dekat vending machine Hotwheels tu.
Abang Mu'az nampak pula model Saga warna putih.

Tapi, sebelum nak dapat Saga tu (yang Linda tunjuk dengan anak panah tu).
Kena keluarkan 2 ketul yang dekat atas tu.
Nasib baik RM10 je.
Tapi, hangus juga lah RM30.

Bukan duit Linda, duit abang Mu'az lah.
Duit belanja sekolah, dia simpan.
Pandai² lah urus duit sendiri.
Jangan pau kawan² dekat sekolah dah la.

Till then, see ya.

34 comments:

  1. sy selalu alter seluar yg dibeli di pasaraya sbb labuh. Maklumah tuannya ni pendek. Siap ada resident tailor... hehehe

    ReplyDelete
  2. Bila entah nak insof BW ni malas betul. Walking pad kat rumah ada pun malas.

    ReplyDelete
  3. Keep it up Linda! Akk minggu lepas Kakak exam PSRA & Abg Angah demam tu mmg tak BW. Terkejar2 nak urus macam2 hal :(
    Tak leh ke beli terus Saga putih tu? Rare la Saga tu, kalau jumpa Akk pun nak beli hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat vending machine memang gitu kak..yang rare² dia letak belakang..kena ngintai baru dapat..Nie pun nasib baik dekat Line yang RM10..mampu la dia nak beli tu..kikiki

      Delete
  4. Replies
    1. Ada..yg dekat rumah ada saga merah..yg tu beli kat TT.. belas² kot..tak igt pula linda

      Delete
  5. Xpepasal abg muaz kena jln kaki balik sek sb Teman ibu bw yer😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..dia tanya, motor mana? Selalunya, ayah pun yang ambil balik sekolah

      Delete
  6. pandai abg mu'az menabung! bagussss

    ReplyDelete
  7. Baru jumpa semalam kat AEON Bukit Raja... tunjuk kat husband, Hotwheels pun ada dalam mesin gedegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyaak dah mesin gedegang nya sekarang...hari tu pergi lotus dekat Jajan Viral tu, lagi la, sampai dekat tepi2 body mesin tu pun ada kereta

      Delete
  8. ala rindunya nak brisk walk balik, badan pun dah naik ni. haishh. ayuhlah kita! Haha

    eh murah jugak hot wheels eh, ingat kalau rare *saga putih dia akan lebih mahal. Betul, macam kita kecil2 dulu nak apa kene usaha sendiri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...bila anak cakap kete saga tu dekat line RM10, memang jackpot lah...tu yang tak kisah burn RM20 dulu mula2 tu.

      Delete
  9. Bagusnya.. Rajin briswalk.. Sha dah lama tak buat.. Nak mula balik tu bercinta rasanya.. kikiki..
    Saga putih tu legend..

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda baru je nak mula nie..makin berat pula rasanya..pelan2 lah...

      Delete
  10. Paling tak best & berdebar2 kalau alter / jahit baju tapi tak cukup bahan...Best la dpt kereta proton saga..Rare tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kita saja nak ubah angin try dekat PAkistan. sekali macam2 hal.. hahhaa...
      rase macam nak tekap je, cuba jahit sendiri..
      dekat rumah dah ada saga merah beli kat TT

      Delete
  11. briskwalk sambil cuci mata.
    amboi bershopping kereta begitu saja, ahaks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kaya budak2 sekarang nie..tak payah apply loan pun nak beli kereta

      Delete
  12. Kalau nak alteration rata-rata kat sini orang Bangladesh. Pernah Dania besarkan sikit kain sekolahnya....atasnya kat pinggang diletak kain berbunga-bunga. Hehe....nasib baik kat kain...tak nampak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak ezna..kalau yang pinggang kain bunga² tu, mak Linda selalu buat .Hihihi..tapi, dekat baju sendiri je lah..baju orang, kita cari la yang sesuai.

      Delete
  13. tulah, benda makan korang nak ammi belikan. benda merapu camni kalau nak kumpul duit sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...sama lah...linda pun cakap macam tu, bab makan ok lah..tapi pada2 juga la harga makanan nya

      Delete
  14. Bagus Muaz simpan duit, boleh beli hotwheel. Alert dia, boleh ternampak model Saga. Selalu juga tengok orang depan mesin hotwheel tu lama-lama, sebab perati model kereta, rupanya. Haha..
    Seronok akak baca, Linda rajin jalan. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jelah caranya kak..memang ibu dah pesan awal², nak beli benda merapu,mainan ke apa ke..kumpul duit sendiri..Hihihi..
      Memang anak² suka dok depan mesin tu, peranti lama², kot ada model yang berkenan..minggu cuti sekolah tu..abang Mu'az beli model yang harga RM80.. baik la dia belanja ibu makan roti canai ke.. hahaha.
      Terima kasih kak, rajin berkunjung dekat blog Kita

      Delete
    2. Masya-Allah, 80 hinggit? Pengsan, acik! Banyak duit dia. Takpe la kot, sesekali beli benda dia suka. Jadi semangat dia nak belajar elok-elok. Rasa macam menyembang dengan Linda pulak. 😁

      Delete
    3. harap nya, bersemangat la kak..aamin..risau kita dengan dia...
      memang duit dia kumpul sendiri tu, dari belanja sekolah yang kita bagi,,kadang2 balik kampung atuk bagi rm10..dia kumpul lah tang situ..memang komen nie tempat menyembang kan?? kiiki

      Delete
  15. Isssssh, kalau saya tinggal sana, saya bagi semuaaaa hotwheels anak saya ke Abang Muaz lah. Dia tuh sebenernya tak suka hot wheels. Tp waktu itu dia di rawat di rumahsakit sebab gangguan pernapasan. Ada bakteri pula. Jadilah 10 hari di rumah sakit.

    Dokternya baik luar biasa. Tiap kali periksa si adik, dibawakan 2 hot wheels. 🤣🤣. Jadi kalikan selama 10 hari. Mungkin fasilitas juga sebab kami ambil kamar vip. Trus temen2 yg datang rata2 bawa hot wheels saat jenguk hahahahahah.

    Masalahnya kalau si adik Suak, tak apa.. ini tak suka.. so, penuh lemari dengan hot wheels tak terpakai, dan masih segel 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik betul doktor dan juga teman² yang melawat ..
      Kalau di letak dalam kotak see through tu...lawa juga .disusun baik²

      Delete
  16. macam-macam design kereta Hot Wheels ikut kategori

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..begitulah..kak Linda pun tak tahu sangat..

      Delete