Assalamualaikum.
Tibalah pengakhiran kem yang anak soleh pergi nie.
4 hari 3 malam, dari 2-5jun2025.
Waktu mendaftar, wak mas yang hantar, jadi nak balik tu, linda pula lah yang ambil.
Memang dah set amik cuti rehat 5-9jun2025.
Sempat ke Tronoh dulu, hantar barang2 yang tertinggal sikit.
Lepas tu baru gerak ke Sabak Bernam untuk ambil abang Mueez dan Ammar.
Sampai dalam 2 petang lebih sikit.
Anak anak tengah makan tengah hari.
Macam dah tinggal separuh je pesertanya.
Tunggu habis makan, cuci perkakas makan.
Abang Mueez bersalam salaman dulu dengan kawan kawan yang masih ada.
Kenangan nie, kita bawa balik.
Paper clip bentuk bintang tu, token kalau berjaya dalam aktiviti yang di lakukan.
Dapat piala dan sijil juga.
Boleh la masuk dalam PASJK(Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani dan Kokurikulum) juga agaknya.
Abang Mueez dah tanya, kalau hujung tahun ada lagi.
Dia nak pergi lagi.
Insya-Allah, ada rezeki, ibu hanta lagi.
Lagipun, organizer ada cakap,next series macam nak buat dekat tempat lain.
Kalau dekat, boleh la pegi.
Kalau jauh sangat, idok ler kot.
Till then, see ya.
Bagusnya Abang Mueez..
ReplyDeleteharap2 dekat je next series nnt...
Insya-Allah.. Moga2 next series dekat2 je..
DeleteAnak2 memang suka pergi Kem macam anak2 soleh solehah kat rumah ni dulu2.
ReplyDeleteKan.. Dah besar sikit.. Boleh join yang extreme sikit.. Ibu dia nak join masa kecik2 dulu, kena join dengan aktiviti sekolah lah... Mana ada duit nak pergi yang berbayar
DeleteAlhamdlillah...seronok Abg Mueez dan Ammar menimba ilmu ye...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Seronok lah tu... Sekali sekala kan..
DeleteWahhh tahniah....Superstar lagi
ReplyDeleteAlhamdulillah... Comel je tagging dekat piala tu
DeleteBagus dapat hantar anak-anak ke kem begini. Dapat banyak pengalaman baru. Tentu seronok sangat tu, siap request nak pergi lagi 😀
ReplyDeleteAda rezeki, kita hantar lagi.. Insya-Allah
DeleteAlhamdulillah dah selesai kem..Mesti seronok ni sbb tu nk pegi lg =D
ReplyDeleteAlhamdulillah... Seronok lah tu..
Deletewah sure seronok masing2 tu.Iris bulan 8 kota ada prog mcm ni...
ReplyDeleteseronok lah tu..abang mu'az tu ada camping kt sekolah nya...tapi, takmo pegi pula...tak tau lah dia...tak aktif betul hahaha
DeleteSemangat Abang Mueez.
ReplyDeleteBagus aktiviti begini ketika musim cuti sekolah. Terisi lah masa diorang.
iye, takde lah dok tengok henset je
DeleteBanyak bintangnya Abg Mu'az dapat. Dapat piala juga. Bagus ye sertai Kem ni cuti sekolah. Bermanfaat.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Dapatlah lupakan seketika telefon tu..
DeleteBagus berarti yaa, karena anak2 pun nak lagi ikut 👍👍👍. Kegiatan begini rekomen lah untuk melatih kemandirian mereka juga
ReplyDeleteBenar... Tapi, anak2 ini, saat ibu ayah tiada depan mata.. Pandai berdikari.. Bila nampak ibu ayah, barang depan mata pun tak nampak
DeleteBagusnya, join kem cuti sekolah macam ni. Mesti Abang Mueez seronok, sebab nak join lagi kalau ada.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Seronok lah tu
DeleteBest sangat pengisian tu sampai nak pergi lagi tu. Alhamdulilah.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Abang Mueez nie memang more to outdoor sikit.. Dan dia tak kisah pun jumpa orang2 baru.. Senang nak sesuai kan diri lah.. Macam mak dia.. Hihihi
Deletetahniahhhh
ReplyDeleteTerima kasih MZ
DeleteDapat piala ya Abang? Selamat ya
ReplyDeleteProgram pendidikan yang bagus Mbak.
Salam,
Alhamdulillah...
Deletesempena cuti sekolah selama seminggu, dapat lah beraktivit selain bermain roadblox... hihihi
amboiii superstar gituuu ;-)
ReplyDeleteRiuh sgt agaknya... Hihihi
Deletekalau ada lagi camp camni roger jugalah ye kat ammi. kotlah ammi "bersedia" nak hantar si bongsu tu
ReplyDeleteInsya-Allah... Katanya bulan 12 nanti ada juga.. Tapi, lokasi tak tau mana..
DeleteYang kt sabak bernam hari tu, peserta dari Seremban pun ada..