lovvu Dobbu

Tuesday, June 10, 2025

.: SELESAI KEM CUTI SEKOLAH :.

Assalamualaikum. 

Tibalah pengakhiran kem yang anak soleh pergi nie. 
4 hari 3 malam, dari 2-5jun2025.
Waktu mendaftar, wak mas yang hantar, jadi nak balik tu, linda pula lah yang ambil. 
Memang dah set amik cuti rehat 5-9jun2025.

Sempat ke Tronoh dulu, hantar barang2 yang tertinggal sikit. 
Lepas tu baru gerak ke Sabak Bernam untuk ambil abang Mueez dan Ammar. 

Sampai dalam 2 petang lebih sikit. 
Anak anak tengah makan tengah hari. 
Macam dah tinggal separuh je pesertanya. 
Tunggu habis makan, cuci perkakas makan. 

Abang Mueez bersalam salaman dulu dengan kawan kawan yang masih ada. 

Kenangan nie, kita bawa balik.
Paper clip bentuk bintang tu, token kalau berjaya dalam aktiviti yang di lakukan. 

Dapat piala dan sijil juga. 
Boleh la masuk dalam PASJK(Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani dan Kokurikulum) juga agaknya. 

Abang Mueez dah tanya, kalau hujung tahun ada lagi. 
Dia nak pergi lagi.
Insya-Allah, ada rezeki, ibu hanta lagi. 
Lagipun, organizer ada cakap,next series macam nak buat dekat tempat lain. 
Kalau dekat, boleh la pegi. 
Kalau jauh sangat, idok ler kot. 

Till then, see ya. 

32 comments:

  1. Bagusnya Abang Mueez..
    harap2 dekat je next series nnt...

    ReplyDelete
  2. Anak2 memang suka pergi Kem macam anak2 soleh solehah kat rumah ni dulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Dah besar sikit.. Boleh join yang extreme sikit.. Ibu dia nak join masa kecik2 dulu, kena join dengan aktiviti sekolah lah... Mana ada duit nak pergi yang berbayar

      Delete
  3. Alhamdlillah...seronok Abg Mueez dan Ammar menimba ilmu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Seronok lah tu... Sekali sekala kan..

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah... Comel je tagging dekat piala tu

      Delete
  5. Bagus dapat hantar anak-anak ke kem begini. Dapat banyak pengalaman baru. Tentu seronok sangat tu, siap request nak pergi lagi 😀

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah selesai kem..Mesti seronok ni sbb tu nk pegi lg =D

    ReplyDelete
  7. wah sure seronok masing2 tu.Iris bulan 8 kota ada prog mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok lah tu..abang mu'az tu ada camping kt sekolah nya...tapi, takmo pegi pula...tak tau lah dia...tak aktif betul hahaha

      Delete
  8. Semangat Abang Mueez.
    Bagus aktiviti begini ketika musim cuti sekolah. Terisi lah masa diorang.

    ReplyDelete
  9. Banyak bintangnya Abg Mu'az dapat. Dapat piala juga. Bagus ye sertai Kem ni cuti sekolah. Bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Dapatlah lupakan seketika telefon tu..

      Delete
  10. Bagus berarti yaa, karena anak2 pun nak lagi ikut 👍👍👍. Kegiatan begini rekomen lah untuk melatih kemandirian mereka juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar... Tapi, anak2 ini, saat ibu ayah tiada depan mata.. Pandai berdikari.. Bila nampak ibu ayah, barang depan mata pun tak nampak

      Delete
  11. Bagusnya, join kem cuti sekolah macam ni. Mesti Abang Mueez seronok, sebab nak join lagi kalau ada.

    ReplyDelete
  12. Best sangat pengisian tu sampai nak pergi lagi tu. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Abang Mueez nie memang more to outdoor sikit.. Dan dia tak kisah pun jumpa orang2 baru.. Senang nak sesuai kan diri lah.. Macam mak dia.. Hihihi

      Delete
  13. Dapat piala ya Abang? Selamat ya
    Program pendidikan yang bagus Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      sempena cuti sekolah selama seminggu, dapat lah beraktivit selain bermain roadblox... hihihi

      Delete
  14. kalau ada lagi camp camni roger jugalah ye kat ammi. kotlah ammi "bersedia" nak hantar si bongsu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah... Katanya bulan 12 nanti ada juga.. Tapi, lokasi tak tau mana..
      Yang kt sabak bernam hari tu, peserta dari Seremban pun ada..

      Delete