lovvu Dobbu

Thursday, June 5, 2025

.: HARI ARAFAH - KEMUNCAK HAJI :.

Assalamualaikum 

Semalam, mak bapak dan jemaah haji yang lain dah gerak ke Gunung Arafah. 
Semoga mereka diberi kekuatan dan kesihatan untuk melengkapkan haji mereka. 
Semoga beroleh haji yang mabrur.. Aamin2 

---------------------------------------------------------------------

 PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.


WAKTU ARAB SAUDI

9 Zulhijjah - KHAMIS - 5 Jun 2025

Zuhur 🇸🇦 12:22pm

Maghrib 🇸🇦 7:04pm


WAKTU MALAYSIA

9 Zulhijjah - JUMAAT - 6 Jun 2025

Waktu 🇲🇾 5:22pm

Waktu 🇲🇾 12:04am


Bagi yg berada di 🇲🇾, Puasa pada Hari KHAMIS di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari JUMAAT 6/6/2025 (9 Zulhijjah 1446H) dikira Puasa Arafah.*


DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam 

✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Aamiin Ya Rabbul Alamin.

Kredit : Khairul Azri

34 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. Semoga lancar dan mabrur ibadahnya

    ReplyDelete
  3. Sama² kita perbanyakkan istighfar dan doa di hari mulia ni...
    Semoga dipermudahkan urusan seluruh jemaah haji hendaknya 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. semoga mendapat haji yang mabrur,dan kuat di sana

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan urusan mereka kat sana aminnnn

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah semua di bawah lindunganNya...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian, Linda.

    ReplyDelete
  8. terima kasih share list doa. waktu mustajab tu
    semoga parents dalam jagaanAllah selalu dan mendapat haji yg mabrur :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...
      Aamin3 YRA.. Terima kasih atas doanya..

      Delete
  9. Semoga dipermudah urusan mak bpk linda di tanah suci sana.. selamat berpuasa dan beramal di hari paling mustajab berdoa ni

    ReplyDelete
  10. semoga ibubapa Linda mendapat haji yg mabrur. Aamiin. Yes. Abe Kie posa semalam n hari ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Terima kasih AK..
      Alhamdulillah, tahniah AK berjaya puasa... Susah nak jumpa orang lelaki berpuasa sunat nie...

      Delete
  11. smoga doa kita smua di makbulkan ..aamiin

    ReplyDelete
  12. Semoga Ibu dan Bapa nya Mbak mendapat haji mabrur.
    Selamat hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2 YRA.. Terima kasih Abah Titik Asa..
      Selamat hari raya juga

      Delete
  13. Aamiin YRA.
    Semoga Allah permudahkan perjalanan haji mak dan bapak Linda.

    ReplyDelete
  14. Semoga keduanya sihat dan terus kuat untuk mendapatkan Haji Mabrur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2.. Terima kasih kak, ataw doanya...
      Alhamdulillah, dah selesai di mina dan arafah... Dah balik ke hotel semula

      Delete
  15. Semoga Allah permudah segala urusan ibadah haji buat mereka yang menunaikan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. Aamiin...

    ReplyDelete
  16. Semoga ayah ibu kakak dijadikan haji mabrur dan kembali dengan selamat ke Malaysia

    ReplyDelete