Assalamualaikum
sedih,geram,marah
macam-macam emosi ada
“Dear Hongrang” mengisahkan Hong Rang (Lee Jae Wook), anak lelaki yang telah hilang selama 12 tahun dan tiba-tiba muncul semula di Persatuan Saudagar Min—keluarga pedagang terbesar di Joseon—tanpa sebarang ingatan tentang masa silamnya. Walaupun dia kelihatan dan berkelakuan seperti Hong Rang yang sebenar, keraguan mula timbul: adakah dia benar-benar Hong Rang?
Orang yang paling merinduinya, iaitu kakak tirinya Jae Yi (Jo Bo Ah), secara ironik menjadi individu pertama yang mempersoalkan identitinya. Hubungan mereka bermula dengan rasa curiga tetapi perlahan-lahan berubah menjadi satu ikatan misteri dan tarikan emosi yang mendalam. Ketegangan antara mereka digambarkan melalui pandangan penuh makna dan perubahan perasaan yang rumit.
- Lee Jae Wook menampilkan watak Hong Rang dengan penuh keyakinan, memperlihatkan konflik dalaman seorang lelaki tanpa memori tetapi dihantui persoalan identiti.
- Jo Bo Ah pula memaparkan pergolakan batin Jae Yi yang tersepit antara harapan dan syak wasangka, namun tidak mampu mengabaikan rasa tertariknya kepada lelaki yang mungkin bukan adiknya.
- Jung Ga Ram memberikan dimensi mendalam kepada watak Moo Jin yang dihantui rasa tidak selamat.
- Uhm Ji Won seimbang antara sifat keibuan dan manipulatif sebagai Min Yeon Ui.
- Park Byung Eun sebagai Shim Yeol Guk menambah ketegangan politik dan kuasa.
- Kim Jae Wook mencuri perhatian sebagai putera agung yang misteri dan berpengaruh.
Di sekeliling mereka, muncul watak-watak lain yang mencetuskan konflik dan memperkukuh plot, antaranya:
- Moo Jin (Jung Ga Ram), anak angkat dalam keluarga saudagar yang kedudukannya tergugat dengan kepulangan Hong Rang.
- Min Yeon Ui (Uhm Ji Won), ibu yang ingin melindungi “anaknya” dengan segala cara.
- Shim Yeol Guk (Park Byung Eun), pemimpin saudagar yang gilakan kuasa.
- Putera Agung Hanpyeong (Kim Jae Wook), bangsawan yang terkenal dengan cita rasa seni yang unik.
Gabungan misteri, sejarah, dan percintaan menjadikan Dear Hongrang sebuah karya yang penuh kejutan dan emosi.
kredit to Kmania
yang penting Lee Jae Wook encem...first tengok drama dia cerita Do Do Sol La La Sol.
till then, see ya
Menarik plotnya
ReplyDeleteSeronok.. Tapi, memang berat sikit lah.. Sarat dengan emosi
DeleteSy br nonton heavenly ever after, x abis2 lagi, boleh masuk list dh ceta ni
ReplyDeleteBoleh masuk list untuk tengok bila2
DeleteHaaa..Dh try tgk..X bleh terima sbb mcm cerita berat je ni...=D
ReplyDeleteA ah.. Memang berat.. Kena faham betul2.. Tapi, memang menarik minat linda untuk tengok... Hihihi
DeleteOk, nak habiskan The Haunted Place dulu lepas tu boleh layan ni. Hihi.
ReplyDeleteTinggal 2 ep je tu.. Minggu nie last lah
DeleteBelum sempat tengok lagi ni 😄😄
ReplyDeleteMasuk dalam list dulu
DeleteTinggi juga rate-nya di IMDb nih Mbak 7.7 point.
ReplyDeleteJadi penasaran ingin menontonnya.
Salam,
Wslm.. Boleh lah di tonton bila bila ada masa senggang
DeleteWah, sama kita, layan Korea. Akak tertengok Our Unwritten Seoul. Dah satu kerja kena tunggu episod baru pulak, setiap sabtu. Huhu..
ReplyDeleteYang nie tak tengok lagi.. Tunggu lah ep banyak sikit, baru tengok.. Hihihi
DeleteTengok sekejap je ritu... macam tak masuk dalam jiwa pula padahal akk paling suka nengok citer² zaman Joseon. Last² tukar Resident Playbook.
ReplyDeleteCerita nie lambat dan berat..dalam ep ke3 baru macam best sikit.. Linda pun tengok separuh2.. Hahaha.. Separuh ep2, separuh ep3.. Gitu..
DeleteAiseyh, resident Playbook tu kita tak boleh go plak.
Boleh la amsukkan dalam wishlist ni...
ReplyDeleteBoleh je kak..
DeleteKena skip baca takut spoil. hihi..Ada masa boleh tengok nanti.
ReplyDeleteSekarang tengah tengok K-Drama The Divorce Insurance. Pelakon best dah tapi ceritanya agak slow sikit lambat nak habis. Dah tengok separuh rasa macam tak best pula kalau stop. huhu...
DeleteKaaak, ending happy tak 😅? Kalo menggantung atau sad ending, memang saya prefer baca spoiler saja 🤣 takut mood jadi down hahaha
ReplyDeleteSad ending.. Hongrang mati, yg tinggal dalam family cuma ibu sama Jae yi..
Deleteok, masuk list. banyak gila dah nama movie/drama masuk list. asal tgk je ngantuk, asal ngantuk je nak tengok...bila thun nak selesai agaknya
ReplyDeleteHahaha... Tak payh tengok lah gini.. Tidur aje
Delete