lovvu Dobbu

Tuesday, May 13, 2025

.: SESI BERSAMA BLOGGERS :.

Assalamualaikum. 

Tajuk tak menahan eh, mcm glamour nau Linda nie... Kikiki
Komen boleh buat modal entry.. 
So, linda share lah untuk bacaan bersama dan untuk panduan geng geng yang pakai roofbox. 

Sama je macam linda pun, incikSuami je yang guna roofbox tu. 
Malas nak menyusahkan diri sendiri yang kurang sabar nie.. Kikiki

Tak dan 5 min, staf TAKA buat.. 
Dah boleh terbuka box nya.. 
Puncanya..sarung kerusi healing tu termasuk dalam lubang lock sekali. 
Yang sebelah tu pulak, tali panjang dalam box tu termasuk dalam lubang lock. 
Dia jadi macam autolock, bila ada benda asing.. Terus jem. 

Staff tu pesan, kalau masa nak lock tu rase ketat, jangan paksa lock.. 
Buka semula, dan cek balik dalam box tu macam mana. 

 masa simpan2 barang atas roofbox tu tengah panas.. 
So, incikSuami nak cepat cepat je lah.. 
Tak sempat nak telek betul betul. 
Jadi pengajaran lah lepas nie. 

Kilang TAKA dekat AutoCity Juru, Penang. 
Yang best nya TAKA nie, ada waranty. 
Tapi, problem kitorang kecik je.. 
Staf kata tak perlu bayaran @ nak buat claim apa-apa. 
Owh, dekat Juru nie.. Owner dia Melayu..
Pekerja dia semua Melayu. 

Next komen pula. 

Cerita nie, incikSuami 3 beradik ja.. Dia anak sulung. Beza dengan adik dia 6 tahun. 
Jadi memang takde lah kazen yang sebaya umur... Kikiki. 

Baju mak bapak, selamat dah.. Sebab memang ada je baju masa muda muda dulu. 
Baju ank 4 jelah. 
Sebab kami tak tinggal baju kat Taiping, jarang balik kan.. 
Anak pula membesar bagai juara, takot balik sekali lagi, baju dah mengecut..

Masa menetap dekat Melaka, memang boleh kata balik time raya je.. Kikiki. 
IncikSuami kerja tak tentu masa, memang linda tak balik kampung bila dia takde. 

Dengan alasan tu, terpaksa lah juga beli baju sepersalinan sorang. 
Haaa.. Gitu lah ceritanya. 

Till then, see ya. 

36 comments:

  1. Sesi soal jawab bersama bloggers ye..dah terjawab dah persoalan di hati..betul tu dari komen pun boleh buat satu entry

    ReplyDelete
  2. Ada jugak plan nak pakai box tu. Nampak mcm memudahkan je. Blh sumbat barang banyak2 kat atas tu. Xpyh nak risau kalau xmuat bonet. Tapi tulah, mcm xsesuai plak utk myvi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kereta myvi or axia, ada je yang saiz pendek...ok je dok atas bmbung tu, comel je...

      Delete
  3. Pernah jugak terpaksa beli baju tapi lain pulak cerita nya. Hehe.

    ReplyDelete
  4. betul, dengan komen sebenar nya boleh tercetus nya idea nak buat entry

    ReplyDelete
  5. ooo begitulah kisah nak bukak roof boxnya yer hehhhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitu lah kesah nya...satff TAKA tu pun seluk pakai tangan je, tapi tulah, nampak juga tangan dia macam terkepit, sebab memang bila tutup tu rapat dah boxnya...

      Delete
  6. Alhamdulillah dah selesai...Next time kena berigt la ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...gitu lah...lepas nie kena beringat lah

      Delete
  7. Terima kasih di atas perkongsian ya hehehheh

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ada warranty dan semua dah kembali okay 👍🏻
    Tak pekena nasi kandaq pelita ka dekat Juru tu ? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Tak dan kak.. Kyg lagi pas makan kenduri.. Nanti buat entry lain

      Delete
  9. Oh, gitu ceritanya. Menjawap persoalan kawan-kawan bloggers di satu entri. :D
    Suami akak pun pernah berminat nak pasang Taka ni, dulu la. Sekarang anak-anak pun dah tak minat ikut kami balik kampung, terus tak jadi.

    ReplyDelete
  10. SSaya pula setiap kali nampak box tu akan tersenyum sendiri kerana dulu2 saya ingtkan tu fiber glass boat...🤭..Setiap kali nampak box tu saya terfikir mesti driver dia nak gi memancing kat laut...kan rupa box tu ada iras iras boat🤣

    ReplyDelete
  11. Oh itu kesahnya kenapa tak boleh buka ye. Seram je ingatkan rosak kan. Tak rugi beli baju tu boleh pakai je bebila nanti ingat la kesah takde baju balik kampung. Hihi

    ReplyDelete
  12. Xtau cerita apa ni, lepas ni baca scroll ke bawah, hahahaha.. apapun semua dh ok, alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Semua dh kembali kepada asal...

      Delete
  13. Dah lama cadang nak dapatkan 1 roofbox untuk alza. Harap bulan ni dapat cash out adsense bolehlah rembat 1

    ReplyDelete
  14. dulu2 kan sy sangka roofbox tu tempat simpan sampan / bot hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dok panggil sampan ja kat roofbox tu

      Delete
    2. ehhhh sama! Ana pun duk pikir tempat simpan sampan! ahahaha

      Delete
    3. kecik nau sampan nya nak di simpan atas tu

      Delete
  15. baca tajuk ingatkan ada sesi gathering dengan bloggers awesome😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa...kita nie nubis2 je kak..mana nak jumpa otai2

      Delete
  16. Ammi pun tang menyusun barnag kat storage box tu mmg kerja husband and khilfi. Tak kuasa ammi nak memanjat2. Tp org lelaki ni sabar dia len macam ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Sebab tu lah talak di tangan lelaki...ehhh..tiber...😂😂

      Delete
  17. Nampaknya saya mesti baca yang sebelum2nya, agak kurang connect soalnya 😅😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...kadang tu bersambung entry nya...sebab penat nak tulis panjang2

      Delete