lovvu Dobbu

Sunday, May 11, 2025

.: HARI IBU YANG PALING TERKESAN :.

Assalamualaikum 

Kisah viral untuk hari ibu tahun ini. 


Scroll scroll FB, nampak video gajah dok tunggu tepi lori. 
Mula-mula ingat gajah tu tersepit ke cmne. 
Rupanya, meratapi anaknya di bawah lori 
Cuba bayangkan betapa laju lori, langgar dan boleh menyebabkan anak gajah terperosok bawah lori. 

Ibu gajah tak berganjak, dari malam bawa ke siang. 
Ada part video yang malam tu, nampak ibu gajah dalam keadaan nak tolak lori tu. 

Betapa binatang pun penuh naluri keibuan, inikan pula manusia. 
Yang dikurniakan akal dan fikiran. 

Selamat hari ibu buat semua. 
Semoga yang baik baik je untuk kita, kuat dan tabah demi keluarga kecil kita. Aamin2 

Till then, see ya. 

34 comments:

  1. Seekor Binatang pun sayangkan anak nya.....ada pula sesetengah manusia sampai hati untuk membuang anak yang merupakan anugerah daripada Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang membuang bayi tu, Allahuakbar...
      Semoga dijauhkan dari keturunan kita.. Aamin2

      Delete
  2. Saya terbaca dI FB.
    Sebak, pilu rasa di hati. Kasihan ibu gajah🥹🥹🥹

    ReplyDelete
  3. Baru je baca di FB, pilu sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkaca kaca je mata bila baca kisah mama gajah..

      Delete
  4. Sedih, gajah memang hewan yg punya naluri seperti manusia. Bahkan mereka juga suka berterima kasih jika ada yang menolongnya.
    Kasih sayang seorang ibu itu tanpa batas.
    Semoga makin banyak ibu-ibu di dunia yang benar-benar menyayangi anak-anak mereka.

    Selamat Hari Ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Gajah mempunyai naluri seperti manusia..

      Delete
  5. Kesian kan sedih tengok video tu. Tunggu je anak dia.

    ReplyDelete
  6. Sedih tul baca kisah gajah ni... 😭

    ReplyDelete
  7. Akk tak boleh tengok videonya, even news pun tengok headline je. Sedih sangat 😭😭😭

    ReplyDelete
  8. Uncle tak sanggup tengok video yg viral tu

    ReplyDelete
  9. Pagi tadi buka fb, tengok gambar gajah tu tepi lori. Baca caption, terus rasa sedih. Tak tergamak nak bayangkan kalau diri sendiri dlm situasi tersebut. Tak blh nak bayangkan apalah yang dirasai oleh si ibu melihat keadaan anaknya macam tu. Semoga si ibu kuat dan tabah.
    Saya follow sis ye. Salam ukhwah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita tabah sekiranya diuji... Aamin2..
      Thanks folo.. Done folo back

      Delete
  10. sama dgn uncle gedek, tgk gambar pun da sayu, mmg tak tgk la video tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada release video yang malam dia keliling lori tu.. Naseb baik jenis linda sound off sesiap... Jadi takde lah sedih sgt, tak dgar raungan mama gajah

      Delete
  11. Terkesan juga. Sedih rasa, bila baca dan tengok gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berul kak Nur...depan mata jadi.. Mesti gajah tu trauma

      Delete
  12. Takleh tengok lagi.
    Sedih sangat 🥲

    ReplyDelete
  13. Baca tajuk rasa terkesan dalam hati.

    ReplyDelete
  14. saya ternangis bila baca psl insiden ni..sedey sgt2

    ReplyDelete
  15. Sedih kan...akak memang dah decide x nak dah baca berkenaan kisah ni..sedih x leh tahan..nak- nak akak ni dah xde mak plak tu...

    ReplyDelete
  16. Sedih kan mak gajah ni, haiwan pun sayangkan anaknya, tp manusia ni ada je yg sanggup dera anak, hrp driver lori tu digantunglah lesennya, besar kot anak gajah dia langgar tu sampai masuk bawah lori, laju mcm manalah dia bawak

    ReplyDelete
  17. Hari yg sedih. Sampai ke tengah malam asal skrol je TT keluar pasal ibu gajah ni…ditambah pulak dgn lagu2 yg sedih alahaiiii bertambah koyak seketul ammi yg cengeng ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebab ammi cenggeng.. Tapi, memang sedih

      Delete