lovvu Dobbu

Monday, April 14, 2025

.: RAYA KETIGA :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah raya kali kedua sabtu lepas.
jadi, ngam lah hari nie raya ketiga...kikiki

raya ketiga, baru turn raya rumah Linda.
geng raya Sungai Samak lah pula.
dekat entry nie, linda tengah OTW nak balik Sungai samak lah.

pagi raya ketiga hujan agak lebat juga, tapi kena redah juga.
sebab nak beraya ke rumah pakcik-pakcik saudara sekitar kampung.

selesai rumah pakcik saudara, terus baraan (beraya beramai-ramai) dengan satu family
balik ke kampung mak.
tapi, tinggal sepupu-sepupu mak je.

mak sponsor kain nie, terima kasih mak.
saje gedik nak sama semuanya.

dekat tangga.
nie rumah mak masa kecik-kecik.
sekarang sepupu mak yang duduk sini.
tangga nie masih tangga asal.
walaupun ada yang dah renovate sana sini.

geng-geng baraan Miswan.
nie depan rumah adik bapak.
rumah last lah baraan bersama.
linda nak terus balik Selayang.
esoknya, Khamis (03.04.2025) dah naik kerja weyh.

satu gambar family dengan mak bapak di hari raya.
abang Mueez tak ikot beraya.
dia beraya dengan sepupu dia, Amar dekat kampung.
basikal ada 2 biji, pulun nak naik basikal.
abang Mueez kan pernah sekolah dekat kampung setahun, jadi ada je kawan-kawan yang dia kenal.

dedek muka masam, sebab nak tinggal dekat kampung.
linda tak bai sebab, abang Mu'az, abang Mueez pun dah tinggal kat kampung.
sat g jenuh orang nak jaga dia pula.

nie dah macam gambar dalam CCTV pula.

singgah beraya rumah kakak mak, di Sungai Besar.
rmah yang memang tak pernah miss.
cepat atau lambat mesti datang.

nie beraya rumah kakak sepupu masa OTW nak balik Selayang.
sebab rumah dia dekat Sekinchan, memang laluan lah.
terjumpa adik bapak yang dari Sg Petani, pagi tu dah beraya juga di rumah pakcik yang bongsu, dekat kampung.

one with Izhar.
adik Linda, anak no4.
ada juga azam, yang bongsu.
mana ntah dia dah lari.

gambar-gambar kredit pada adik ipar, isteri Izhar.
kalau dia takde, jenuh kitorg nie takde gambar..kikiki

jangan tanya lah jalan jem ke tidak.
memang jem lah.
dari Sekinchan nak sampai Selayang, 3jam juga lah.
padahal sejam dah boleh sampai.
nama pun hari raya kan.

till then, see ya.

34 comments:

  1. Baju yang suami Linda pakai tu macam viral je. Ramai pakai corak tu tahun ni. Saya tu hari pun ada perasan kat kedai, ingat nak beli juga. Memandangkan dah beli baju raya takpelah, lain kali je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...lepas suami buka parcel...macam terperasan je pernah nampak...hihihi..kitorg tak pernah set pun nak warna sedondon, kecuali raya pertama je

      Delete
  2. Walaupun mak dah tk duduk situ, tpi rumah masih dijagaI oleh ahli keluarga yg lain. Masih merasa suasana kampung lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...ada makcik sepupu yang beli tanah tu dan menetap di situ...tapi, sebaris tu juga, ada rumah arwah atok saudara..memang dah tinggal semak samun je...anak-anak semua dah ada rumah sendiri

      Delete
  3. Cantik tangga tu payah dah nak jumpa sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah, kebanyakan orang dah tukar tangga batu ataupun jadikan rumah setingkat

      Delete
  4. Masa rayalah ni dapat jumpa saudara mara

    ReplyDelete
  5. Tangga rumah ini masih kukuh lagi ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah masih kuat lagi...rumah bahagian atas pun masih digunakan

      Delete
  6. Susah dah nak nampak tangga rumah lama..
    skrg ni klu ada pun dah tukar jadi tangga batu...

    ReplyDelete
  7. meriah dpt ziarah byk umh juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie memang kategori rumah waib beraya...sama ada linda pergi atau tak..mak bapak mesti sampai

      Delete
  8. Wahhh..Meriah jgk raya Linda ni..Byk pitstop..Baru best beraya kan? Hadap jammed pun xpe janji dpt jmp sedara mara...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...memang banyak pit stop nya...lupa nak share, raya ketiga tu lebih kurang 10 rumah tara nak sampai Selayang...kikiki

      Delete
  9. walaupun penag tp acara ziarah mcm ni laa yg paling best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tp, jgn anak meragam sudah..anak linda walaupun yang bongsu tu dah 7tahun. ada masa nya, nak cepat2 ajak balik.. hahaha

      Delete
  10. Seronok dapat beraya ramai ramai di rumah saudara mara. Pantang nampak tangga, tempat wajib bergambar gitu. hihi...Jem tu jangan cerita lah. Jenuh nak hadap.

    ReplyDelete
  11. Seronok raya ramai² gini...
    Elok lagilah rumah pusaka tu ye, ada org tinggal dan menjaganya 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah...rumah pusaka memang tak pernah ditinggal kosong...cumanya, linda tak merasa balik ke rumah pusaka..sebab masa kecik-kecik arwah datuk dah meninggal, jadi arwah nenek masa tu dah duduk dengan kakak mak yang di Sungai Besar...jadi, yang seingat memeori masa kecil, memang hari raya berkumpul di rumah makcik...sebab arwah nenek duduk situ...dah meniti tahun2 terakhir, arwah nenek menetap dekat rumah linda pula, dan meninggal di rumah linda

      Delete
  12. best kan kalau dapat raya baraan.. tuan rumah pun senang.. terus ramai-ramai sediakan ayaq 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...jgn tuan rumah pening kepala sudah lah...hihihi

      Delete
  13. Alhamdulillah seronok meriah kan beraya dengan keluarga dan saudara mara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Betul tu kak mulan... Riuh dia setahun sekali
      . Hihihi

      Delete
  14. wahhhh seronokkkk tengok baraan meriahhh! Ana suka sgt kwsn sg besar, sekinchan sbb view cantik sangatttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. view sawah padi kan...macam seberang perak, felcra tu lah

      Delete
  15. Rumah orang dulu banyak dr kayu, tp kuat2 sangat. Tak ada dimakan rayap. Memang kayunya pasti yg kuat dan bagus. 👍👍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kayu dulu memang bagus...padat...gigi anai-anai tak dapat tembus

      Delete
  16. bestnya sambung beraya tu! gmbr atas tangga tu cun sgt! lighting on point gitew

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik ipar pakai filter tu...hihihi..
      muka suami pun nampak jambu je

      Delete
  17. suka rumah ada tangga macam tu..klasik...pas tu petang2 duk menebeng kat situ kan...

    ReplyDelete