Assalamualaikum.
Baru ada mood nak up pasal raya...
Raya kedua masih di Taiping.
Yang mana terlepas pandang tu...
Raya pertama linda dekat SINI ya.. hihihi
Raya kedua kita berjalan ke rumah mak ngah/pak ngah (abang arwah FIL) di Selama.
Dedek je yang layan ibu pakai baju melayu lagi.
Gambar makanan takde..
Gambar proper ngan makngah, pakngah pun takde.
Pernah share sini, muka pakngah sama macam arwah FIL.
Gambar yang ada.
Waktu nak balik.
Mak ngah dok korek keladi.
Buah tangan bawa balik taiping..hihihi
Sungguh-sungguh mak ngah korekkan keladi.
Beraya rumah orang, dapat bawa balik keladi.
Alhamdulillah, rezeki.
lepas tu, balik Taiping.
Singgah rumah makngah(adik MIL), dengan paklang(adik MIL).
Lepas tu, balik rumah.
Kemas-kemas, sebab nak balik raya turn Sg Samak pula.
Till then, see ya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
ReplyDeleteSeronoknya beraya di rumah pakcik makcik. Dapat buah tangan sekali tu yang seronok.
Selamat hari raya juga kak fiza.. Maaf zahir batin.
DeleteSyok dpt buah tangan.
rajinnya Mak Ngah tanam tanam... ada hasil pula tu
ReplyDeleteOrang tua memang rajen menanam...
DeleteSelamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Rayakan sebulan.. 😀
ReplyDeleteSelamat hari raya juga..
DeleteBetul, raya sebulan..
Orang tua² gitulah kan, sungguh² nak bagi buah tangan kalau ke rumah depa. Tu la cara depa raikan sedara mara.
ReplyDeleteAkk pun skrg janji Ummi Walid sedondon dah, anak⁴ ikut la suka suki komer ler haha
Betul.. Macam kita nie pun, setahun sekali baru nak pergi rumah mak pak saudara... Yang sorang dekat sg Petani.. Memang jarang lah p.
DeleteAnak2 belum fasa nak bergaya lagi.. Yg sulung tu, keluar pakai seluar treksuit je.. Kemana2 pun, sampai bising pak dia.. Hahaha
Orang tua selalu usahakan supaya kita tak balik tangan kosong. Itu yang seronok rasa bila balik kampung.
ReplyDeleteBetul tu kak nur... Seronok diorg bila kita datang ziarah.
DeleteSedap keladi.
ReplyDeleteBalik kampung hari tu sempat goreng keladi, buat pengat keladi juga.
Lama tak makan pengat keladi.. Sedap tu
DeleteBatang keladi tak bawak sekali ke?
ReplyDeleteBawak.. Batang dengan ubi... Linda tak reti makan sangat
DeleteBesar hati Mak Ngah kalau apa yang dibekalkan kita amik kan..itulah orang kita..seronok bercucuk tanam dan berkongsi rezeki...
ReplyDeleteBetul tu kak.. Orang tua, kalau tanam.. Semua jadi..
DeleteAda satu masakan keladi yang akak suka....keladi masak asam rebus.
ReplyDeleteLinda tak reti sangat makan.. Kalau ubi keladi buat pengat @ goreng, boleh lah nak makan
DeleteKalau beraya dikampung & pegi beraya rumah sedara mara...Jarang blk dgn tangan kosong =D
ReplyDeletebetul tu...tapi, kita nie tak nak menyusahkan tuan rumah...
DeleteSenangnya bisa raya ke rumah saudara begini. 😍. Raya tahun nih macam biasa di JKT, hampir semua saudara mudik 😅. Tak banyak yg bisa didatangi jadinya
ReplyDeleteraya nya sebulan...tidak mengapa...dulu, saat suami masih berkhidmat, hanya 2, 3 kali bisa beraya di kampung..lain nya beraya di dalam kem sahaja...hihihi
Delete