Assalamualaikum.
Akhirnya, terjebak juga Linda ke Suka Dessert ni. Padahal depan spital je.
Masa mula² pindah Selayang, pernah dah masuk. Masa tu tak viral lagi macam sekarang.
Masuk pun, ada dessert biasa je.
Anak beli corndog pun, dia cakap tak sedap..
Lepas² dah viral tu, tak pernah la masuk tengok apasal viral.. Kikiki.
Tapi, Izzah p beli cookies, sebab nak bawa balik Kelantan, kak ipar dia kirim.
Izzah bagi Linda rasa sikit.
Sedap, tak manis leting sangat.
Macam rasa cookies coklat cip tu lah.
Ni lah cookies nya.
Singgah pun, sebab takde orang beratur.
Terus lah singgah.
Nampak tak atas tu,ada tong pelbagai saiz.
Itulah saiz tong yang di jual.
Tak ingat pula harga² nya.
Saiz S, M dan L
Linda beli saiz M RM38 + RM1 paper bag.
Patut la kena beli paper bag, memang dia isi sampai melimpah.
Berbaloi lah RM38.. sedap.
Dalam cookies tu, memang dapat ni sekali.
Ada tisu basah, susu full cream dengan air batu 1 cup tu.
Linda punya dah cair, sebab tak tau ada air batu tu. Bawa p Pasar malam sekali.
Sampai rumah baru belek.
Memang boleh repeat la lepas ni.
Kalau makan sorang, lambat la habis.. hahaha.
Kalau makan ramai² memang sat jaa habis.
Till then, see ya.



