Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, August 6, 2026

.: GANGGUAN SISTEM BLOGGER :.

Assalamualaikum.

semalam kecoh kan, team blogger Google buat hal. hahaha
banyak juga geng blogger yang tetiba hilang blog diorang.
terkejut la weyh, blog yang dah berbelas tahun.
kisah dari anak kecik sampai besar.

Alhamdulillah, nampak macam dah dapat semula blog2 blogger yang hilang tu.
tapi kan, memang semalam ada masalah.
blog linda, alhamdulillah ada.
tapi tiap kali nak baca blog lain atau nak buka dekat komen sendiri.

dia keluar pengesahan kod ni.

kod pengesahan
macam captcha, haaa tu lah.
untuk pastikan kita manusia, bukan sistem yang tengah mengodam.

agak2 google semalam kena hacked kot??
sebab tu juga yang PV mencanak canak naik je bulan2 sebelum ni.
entah la nak.

apa pun, syukur hari ni dah seperti biasa.
macam biasa, jgn link kad kredit, kad bank dekat telfon, intenet ya. hahaha
itu la yang linda buat.
tiap kali nak buat pembayaran yang guna no kad tu, memang akan gigih la menaip semula.
kad pun linda tak link kan dekat telefon.
yang NFC tu kan.
nampak tak, betapa risau nya kena hack.
yang berani, apps bank je lah.
itu pun, duit ada sikit je. hihihi.
takpelah orang kata linda tak up to date pun.
janji rasa selamat.

till then, see ya.

22 comments:

  1. Sama la.Sy pun rasanya tak link kad bank. TU yg kdg2 COD je ...Hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna app bank, ok.. kalau kena link kad tu, guna juga..tapi, tak simpan dekat web.. guna kad tu untuk beli tiket keretapi je.. kalau website² yang setakat jual barang, takpelah..tak jadi la beli barang kalau tak boleh online banking

      Delete
  2. haaa.. malam tadi je kena masukkan captcha tu.. itu pun akak tak berani buka blog... pagi ni Alhamdulillah dah ok semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..asyik kena dua tiga kali, memang rest la scroll blog...malas nak stress.. hahaha..

      Delete
  3. memang kalut sungguh semlm sbb ramai yg kena...pagi ni pun masih ada yg baru kena...carneyz baru kena pagi ni..risau sungguh hrp2 blog MZ tak kena laaa

    ReplyDelete
  4. Oo. Tak tau pulak. Cuma terprasan lately ni byk traffic dari overseas. Itu ke penggodamnya?. Hihi.

    Dari awal blogging mmg dah sematkan dlm hati “Blog bukan hakmilik kekal.”. Tapi ralat juga klu hilang sbb ia dah umpama diary bergambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lah tu.. bila tengok asal usul PV, semua dari oversea.. kita pun pelik lah, dah la memang fully BM je blog pun.. hahaha..

      Haha, betul juga tagline Missmirror tu, tapi ralat tu mesti ada..

      Delete
  5. Risau betul dibuatnya. Sayang kalau hilang begitu saja. Syukur semua dah dapat blog masing-masing. Harap tak terjadi lagilah. Semalam nak buka blog sendiri pun kadang Error 503. Service unavailable. Menatang apa pulak dah. Macam-macam hal blogspot ni. Isu update terkini pun masih lambat update lagi kat bloglist tu. huhu...

    ReplyDelete
  6. Eh samalah, keluar suruh taip itu. Ingatkan diri sendiri je kena. Terbantut nak melawat blog.

    ReplyDelete
  7. Allahu Akbar. Saya pun ikut cemas dengan masalah yang berlaku. Mungkin ada gangguan sistem. Syukurlah dapat kembali blog masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Saya pun kena. Dua Kali kena removed. Baru je dapat balik tengahari tadi. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dapat semula..
      Sampai 2 kali tu..adoi

      Delete
  9. Alhamdulillah blog dah pulih! Langkah keselamatan tak pautkan kad memang bijak untuk elak risiko godaman dan isu hacker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Bila terlalu moden ni, terbayang cerita Ironman, bila sistem sibuk nak jadi orang sebenar

      Delete
  10. Entahla kan kenapa memang kecoh sekejap ramai kena. Yang masukkan captcha ni pun Cie kena juga tiap kali nak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda bukan saja tiap kali komen.. tiap kali refresh blog la kiranya .hahaha..

      Delete
  11. tak perasan pula blog ade masalah semalam. diaorg tgh buat maintenance kot. tp kalau hilang terus mmg menangis tak berlagu la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin semalam tak tengok blog sangat kot..
      Katanya ada serangan virus..

      Delete