Saya tidaklah minat politik tapi saya tertarik dengan tindakan pertama yang di buat oleh Vijay, Ketua Menteri baru Tamil Nadu.
Pelakon popular Thalapathy Vijay (nama rasmi dalam politik ialah C. Joseph Vijay), yang baru mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 10 Mei 2026, telah membuat keputusan besar mengenai penjualan arak di negeri tersebut.
📌 Penutupan 717 Kedai:
Dalam keputusan pertamanya sebagai Ketua Menteri, Vijay mengarahkan penutupan serta-merta 717 kedai arak milik kerajaan (TASMAC) di seluruh negeri.
📌 Zon Larangan 500 Meter:
Kedai-kedai yang ditutup adalah yang terletak dalam radius 500 meter dari kawasan sensitif seperti rumah ibadat (kuil, masjid, gereja), institusi pendidikan (sekolah, kolej), dan stesen bas.
📌 Tempoh Pelaksanaan:
Pegawai kerajaan diberi tempoh dua minggu untuk memastikan kesemua 717 kedai tersebut ditutup atau dipindahkan.
📌 Matlamat Kebajikan:
Langkah ini diambil untuk mengurangkan gangguan sosial dan melindungi golongan belia, selaras dengan janji kempen partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), untuk mewujudkan negeri yang "bebas ketagihan".
Tindakan berani ini mendapat sokongan luas daripada masyarakat tempatan, termasuk rakan artis seperti Kamal Haasan.
----
Alangkah bagusnya kalau di Malaysia pun boleh tutup kedai arak atau undang-undang yang lebih tegas selepas dah banyak kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati.
Lisa Sara
#NotaPolitik
#cnp FB

Tidak sangka eh dia jadi Ketua Menteri.
ReplyDeleteDiorang memang suka jadi ahli politik kot..in the end nya..hihihi
DeleteWah bagus lah idea dia. Bukan macam orang politik di malaysia sebelum bertanding kalau menang nak buat itu ini tapi bila dah menang eh apa pun tadak. Idea ni kalau buat kat malaysia emm boleh tunggang terbalik kaum yang mabuk dan buka kedai arak.
ReplyDeleteItu biasa..memancing undi nama dia..bila dah kena pancing, pasrah jelah apa pun..hahaha
DeleteMenarik.. menarik... masuk chart dulu.
ReplyDeleteLepas tengok Teach You A Lesson weekend lepas, stop dulu Netflix... nak BW pula.. takleh dah layan semua sekarang, mata tak tahan.
Baru ep 4 Teach u A Lesson, tu pun setelah terpengaruh..padahal tengah tengok cerita lain.. hahaha
DeleteSuka jgk tgk dia brlakon =D
ReplyDeleteStar lah kiranya ni
DeleteMacam abang ipar Cie suka tengok cerita tamil.
ReplyDeleteLinda memang favourite.. hahaha.. dengan suami sekali kita ajak tengok
DeleteItulah, terbaca juga di fb. Kat Malaysia bertuah ler buat camtu. Kat kedai serbaneka pun ada jual arak.
ReplyDeleteMoga satu hari nanti, Malaysia betul² negara Islam..bukan sekadar nama..aamin
DeleteAkk pun suka juga layan citer Tamil ni kadang2. Banyak mesej
ReplyDeleteMemang Tamil lagi syiokk lah dari cerita melayu..kiki..
Delete