Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, June 7, 2026

.: BLACK CARAVAN, SERI ISKANDAR, PERAK :.

Assalamualaikum.

Rabu, 03.06.2026 - siang tu, terasa panas beno. Malam tu terasa dahaga pula. Ajak la incikSuami p lepak² dekat Black Caravan.


Antara yang top juga la untuk western dekat Seri Iskandar ni (pencarian Google).
Moh Lerr kita cuba.

Dek setia dengan chicken chop dia.
Kira belanja dedek makan sempena birthday dia dah lepas lah.
Sebab hari tu Wak Da (kakak ipar Linda), bagi duit suruh belanja dedek.
Jadi, kita gunakan lah.. hihi.

Jom tengok order apa je.

grilled chicken chop - incikSuami

Mushroom soup - kak M

Air pelbagai perisa

Crispy chicken chop - dedek

Details order. Nasib baik ambik screenshot dulu.
Sebab kita order sendiri guna QR, terus order sampai ke dapur, staff hantar makanan, sambil makan diorang hantar bil, siap makan, boleh bayar dekat kaunter.

Bil nya ngetor ngetor . Hahaha

Keseluruhan, boleh la.
Salutan crispy tu ada pedas² sikit, untuk orang dewasa ok la. Untuk dedek, dia tak tahan sangat.
Kuah black pepper cair, boleh la nak makan.
Mushroom sup pun cair, hirup gitu je tak sedap.
Memang kena cicah roti, boleh la g.
Kak M pun tak suka mushroom sup tu, dia letak sos black pepper atas roti tu.

Linda tak order makanan pun, rasa sikit² je dekat orang lain punya.

 

9 comments:

  1. Tak pernah makan sini, tapi akak pernah makan di kedai tomyam sebaris dengan Black Caravan ni. Diet ya Linda, tak makan malam, minum air je.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat dekat ada request chicken chop, tu yang bawa ke western..hihi..
      Idak la diet pun kak, tapi tak terasa nak makan... Minta je lah dekat orang yang order . 🤭🤭

      Delete
  2. Terketor² nak bayar ke Linda? Ahak 😆
    Lama tak makan western teringin la pulak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kena tiup kipas, kita yakin je gambar nya elok..sekali cek, dah sampai rumah..ehhhh..kena scam pula..

      Delete
  3. Nampak meriah CC siap ada sosej lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah, banyak side dish nya..ayam saiz comel je..

      Delete
  4. Presentation setiap menu nmpk menarik =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, presentation takdelah huru Hara sangat..hihihi

      Delete