Assalamualaikum.
Ahad, 2.11.2025 - weyh.. lama dah gambar ni peram dekat draft.
masa tu, mak, kakak dengan adik dekat kampung tido rumah adik dekat Shah Alam.
so, ahad tu kitorang pun gerak dari Selayang lepas abang Mueez habis kelas tambahan UPKK.
terus ke Shah Alam.
linda goreng keropok keping je.
sampai-sampai Shah Alam, hujan lebat.
air naik gak sekejap.
risau masa tu meredah air.
tapi, babyRuz kan tinggi, so ok lah, rasa macam separuh tayar babyRuz gak.
tengok kete rendah dah stop tepi, tak berani nak harung.
meh la belanja sikit gambar hari kejadian tu.
nie mek Meera. takmo ye linda pegang dia.
haisyh, nak dengan kak Mas je.
BTW, hari nie, 01 Disember - birthday Meera.. happy birthday Meera yang ke 3 tahun, moga membesar jadi anak solehah ya.
dengan abang Mu'az.
sebabkan rumah adik ada tangga, senang sikit nak wefie yang semua masuk gambar.
berdiri je kat tangga semua.
dekat bawah pula stau.
dengan kanak-kanak riang.
yang belakang tu dah jadi kanak-kanak purba. hahaha
balik tu, tak hujan dah.
air yang kitaorang redah masa datang tadi pun, dah takde.
magik betul. hahaha
till then, see ya.





Posing di tangga memang best kan? kalau beraya pegi umah saudara di kampung-kampung mmg kompom posing di tangga... hehehe
ReplyDeletebetul..memang cari tangga lah...lagipun, senang kalau nak bergambar tu ramai, cnfrm semua masuk dalam gambar
Deletememang scary sikit kalau nak mengharung air hujan --cepat surut tu sbb banjir kilat lah kan
ReplyDeleteiye...lepas tu waktu hujan lebat je...tapi, tulah, banjir kilat ni tak jangka dan kadang2 serius juga.. kalu stay KL je, sekarang nie..memang patut dah ambil insurans yang cover banjir sekali
Deletesangat risau bila meredah jalan yg naik air ni kan..
ReplyDeletenasib baik waktu balik dah xde dah...
Itulah...kalau kereta rendah tu yang risau..
DeleteCepat betul airnya surut. Banjir kilat macam tu agaknya kot kan. Meriahlah kalau dah berkumpul ramai-ramai ni. Wefie tu yang penting buat kenangan.
ReplyDeleteItulah yang selalu jadi..kalau hujan lebat..air berpusu² nak keluar..kalau jalan raya tu lagi rendah dari tebing, jalan raya lah jadi mangsa...
DeleteHappy birthday Meera... Comeynya dia... Lega sikit rasa kelas tambahan UPKK dah habis. Kalau tak, tak boleh nak ke mana mana
ReplyDeleteTerima kasih kak Yan..memang Comey, tapi tak nak Linda pegang dia..geram betul..kalau mau ngikut, dah bawa balik rumah sendiri..
DeleteAlhamdulillah, lega dah habis periksa, tunggu keputusan je..tu seram pulak.
Ceria muka semua orang. Banjir kilat ye, sekejap air naik, sekejap air hilang.
ReplyDeleteNak ambik gambar, kena senyum lebar².. hahaha..
DeletePosing dkt tangga mmg style legend =)
ReplyDeleteTiap² tahun..gambar raya mesti ada tangga
Deletehappy birthday meera.. moga membesar dengan sihat.. kalau tangga kayu lagi rare posing
ReplyDeleteAda lagi tangga kayu dekat kampung belah mak..rumah arwah embah dulu, tapi dah dijual pada anak saudara nya..masih lagi di tapak yang sama..cuma rumah bawah je berubah..rumah atas masih sama.
DeleteHappy birthday meera. Sebulan dah usia gambar2 tu. Sama la Cie kekadang yang dah lepas baru nak cerita.
ReplyDeleteTerima kasih aunty Cie..
DeleteItulah, sebulan dah gambar nya..ada lagi yang lain..hahaha.. nak menaip malas betul rasanya
Alhamdulillah dapat berkumpul saudara mara
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSekarang banjir sikit je terus naik air. Ingat tahun lepas kat Selayang Baru naik air...
ReplyDeleteHappy Birthday Meera. Comel budaknya...
Terima kasih Naniey.. itulah, Linda duduk area Hospital tu..jadi tinggi sikit kawasannya.
Delete