lovvu Dobbu

Thursday, November 13, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Selagi ada gambar nak imbau.
Segmen throwback Thursday ni, akan wujud.

Thursday
Majlis cukur jambul abang Mu'az..
Ibu pun pakai shawl ala² Yuna.. hahaha.
Masa ni, incikSuami tengah bercuti sebulan, lepas tu pergi Lubnan semula.
Pertama kali jumpa abang Mu'az selepas 2 bulan abang Mu'az lahir.

Thursday 1
Geng penyelia asrama yang sama batch.
Kursus sama di Kolej Ulu Kinta.
Sekarang tak jumpa dah macam ni, FB, wasap je lah.


Thursday 2
Masa kecik kecik senang je semua nak beraksi depan kamera.
Dah besar, susah betul nak masuk dalam gambar.
Masa ni, dedek baru 6 bulan.
Tak join lah dalam gambar.. kikiki

Thursday 3
Dekat Melaka, kadang kadang paksa incikSuami mai kolej time lunch.
Waktu dia off duty lah, sebab nak makan sama sama.
Kadang kadang Linda saja ambil cuti, pergi tengok wayang berdua.
Anak 4 kan duduk rumah pengasuh dan taska sampai petang.
Jadi, takde kalut nak balik tengah hari.

Sekarang, susah sikit nak dating berdua.
Nak g pasar malam pun, semua nak ikut. Hahaha..

Seronok mengimbau ni, tengok gambar, macam macam memori yang datang.
Itulah orang cakap "memories remains".
Eh, betul ke? Kikiki.

Till then, see ya.

28 comments:

  1. Kalau semua ikut gi pasar malam komfom kena 'cukai'... hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..itu dah tentu..kalau tak ikut pun, dah bisik dekat telinga nak apa...

      Delete
  2. Selalu buka FB nak tengok memory tu jela. Sekarang memang jarang dah upload apa2 kat FB. Tengok status dulu2 boleh tergelak sendiri 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cie..tapi takpe, Cie upload juga dekat IG..Linda dekat IG pun malas.. harap status wasap link dekat FB dan IG je.. hihihi

      Delete
  3. Handbag Linda dah bertambah tu jadi memang kena bawa la ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tahun sekali bertambah kak. Masa kecik² berengkei orang Kabo.. hahah

      Delete
  4. Kadang2 rasa macam baru semalam peristiwa tu berlaku

    ReplyDelete
  5. Bagus juga ada throwback memories ni. Mengimbau kenangan lama. Dorang dah besar nanti dapatlah dating berdua kembali. Pergi pasar malam wajiblah ikut. Mana boleh tinggal, tempat dapat beli makanan sedap-sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap² masa tu sihat lagi...aamin..
      Tapi, Linda p Pasar malam, kdg² blur nak beli apa..

      Delete
  6. Betul tu...Makin berusia..Makin byk la kita nk flashback..Kdg2 smp[ senyum sorg2 =)

    ReplyDelete
  7. Seronok kan tengok gambar² lama, tersenyum sendiri... Si adik semalam tengok gambar PASTI dia. Pastu dia cakap, "macam orang tua² pulak tengok² gambar lama ni" ahaha 😂😂😂

    ReplyDelete
  8. Kenangan manis buat ingatan bersama. Semoga terus rukun dan bahagia keluarganya hingga akhir hayat dan ke syurga♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. terima kasih kak .
      Moga yang baik² untuk ajak juga ❤️❤️

      Delete
  9. MZ pun buat entry versi TB ari ni heheeh..best kan mengimbau zmn anak2 kecik2

    ReplyDelete
  10. sekarang abang muaz dah besar dah. nak masuk sekolah menengah. cepat je masa berlalu

    ReplyDelete
  11. Demi tugas ya.. incik suami tak dapat tengok Abang Muaz di hari kelahirannya.
    Bior ler diorang ngikut ke pasar malam.. nanti dah beso takdenya nak ikut.. pesan je apa yang nak dimakan.

    ReplyDelete
  12. Seronok bila dapat throwback kenangan macam ni.. Ini antara sebab kenapa Sha suka tangkap gambar dan bubuh di FB.. sebagai kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betl...tapi, dah banyak tepek dekat blog sekarang ni.. hihihi

      Delete
  13. Suka tengok status lama- lama yg FB Throwback..sebab tu suka letak gamabr kat FB...at least ada kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sekarang tak dan nak letak gambar dekat FB..banyak dekat blog je

      Delete
  14. Saya paham sekarang kenapa mama mertua saya sukaaaa sangat foto. Sementara saya tak suka kan. Jadi kdg terpaksa. Tapiiiii setelah mama mertua tak ada, kami bersyukur bisa lihat foto2 lama dengan mama yg kluar di FB atau google photos. ❤️. Langsung terobati rindunya

    ReplyDelete