RIBUT TROPIKA SENYAR: Peristiwa Paling Pelik Dalam Sejarah Cuaca Malaysia
Hari ni, 27 November Malaysia dan dunia cuaca dikejutkan dengan ribut tropika Senyar ribut yang lahir di tempat yang selama ni pakar anggap mustahil.
Ribut tropika ini terbentuk dalam Selat Melaka.
Benda ni tak pernah tercatat dalam sejarah MetMalaysia.
Biasanya ribut macam ni lahir di:
📌 Laut China Selatan
📌 Lautan Pasifik
📌 Kawasan perairan dalam dan luas
Tapi hari ni dengan izin Allah Senyar ni hidup di tempat yang paling pelik iaitu di Selat Melaka perairan yang sempit, cetek, kiri kanan daratan.
Secara logik ribut tropika memang tak patut wujud kat sini tapi dia muncul juga.
1. Pergerakan & Kekuatan Senyar.
Ribut ni mula terbentuk di utara Sumatera kemudian bergerak perlahan ke arah timur laut, masuk ke Selat Melaka sebelum menghentam kawasan barat Semenanjung dengan kelajuan angin sekitar:
▶️ 24 km/j pergerakan
▶️ 50 km/j angin kencang
▶️ Hujan lebat tanpa henti
▶️ Laut bergelora dari utara sampai ke selatan Pantai Barat
Kesan dia terasa hampir seluruh barat Semenanjung:
Kedah, Penang, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor sampai Pahang pun kena tempias.
Kedudukan terakhir direkodkan kira-kira 102 km barat daya Lumut dan masih bergerak ke timur laut.
2. Kenapa Ribut Senyar Ni Unik Sangat?
Sebab ini kali pertama dalam sejarah Malaysia:
Ribut tropika terbentuk dalam Selat Melaka.
Selama ni pakar cuaca sendiri anggap mustahil kerana:
▶️ Selat Melaka sempit
▶️ Paras air cetek
▶️ Dikelilingi daratan
▶️ Kurang tenaga haba untuk lahirkan ribut besar
Tapi Senyar muncul, membesar dan bergerak macam ribut tropika sebenar.
Ini antara peristiwa cuaca paling pelik dalam era moden Malaysia.
3. Risiko Yang Kita Kena Bersedia.
Ribut Senyar dijangka boleh sebabkan:
✅ Banjir besar di kawasan rendah
✅ Tanah runtuh di cerun dan kawasan berbukit
✅ Gangguan elektrik di beberapa lokasi
✅ Laut bergelora
Kita doakan semua yang berada di kawasan terjejas berada dalam lindungan Allah.
Cuaca sekarang memang luar biasa. Hati-hati ye semua.
Kredit : FB


Terima kasih infor hal cuaca ini. Hati2 semua bila ada angin ribut taufan..
ReplyDeleteSama²..moga selamat semuanya
DeleteSemoga dipermudahkan urusan semua di SM sana.. anak2 yg duduk SPM.. ujian dr Allah.. hati2 ya semua
ReplyDeleteAamin...pagi ni hujan tak berhenti lagi.
DeleteSemoga Allah lindungi kita semua. Risau betul dengan cuaca sekarang ni. Hujan tak berhenti dari malam tadi sampai pagi ni.
ReplyDeleteAamin.. betul tu Fiza...
DeleteSemoga dijauhkan dari segala keburukan dan musibah asbab cuaca buruk skrg ni.
ReplyDeleteAamin.. hati2 hantar dan ambil anak sekolah ya PH
DeleteItulah baru muncul istilah ribuf tropika senyar.
ReplyDeleteiye kak NA, Malaysia pun dah tak selamat sekarang.. banyak gempa dah berlaku.. tanda akhir zaman
DeleteYe..senyar ni dah sampai PD dan Seremban dapat tempias gak..dari pagi semalam sampai pagi ni tak berhenti hujan
ReplyDeletebetul kak... take care ya...selayang pun hujan juga dari semalam..hujan, berhenti, hujan, berhenti
Deletesmoga dipermudahkan segala urusan especially kt kawasan yg cpt naik air and banjir..kawasan sekitar pn kena waspada juga...bila ujan non stop mmg risau bab banjir
ReplyDeleteYa, betul tu..risau kalau hujan Non stop .
Deletemasa sy kecil2 dulu kalau berlaku banjir pun selalunya di Pantai Timur tp skrg ni negeri2 di Pantai Barat pun terkesan sama dek banjir n bencana lain.
ReplyDeleteBetul tu AK, tempat yang tak banjir pun tiba² banjir...
Deletebanyak dah tempat yang ditenggelami air.. mudah-mudahan kita semua dilindungi-Nya.. Allahu al-Musta`an
ReplyDeleteAamin...
DeleteMoga mangsa banjir tabah
102km Dari Lumut tmpt wak tinggal nih.. jauh lg tuhh.. huhu
ReplyDeleteKalau nak sampai, sekejap je dia tiba..risau.. moga baik² je wak.. pantai Teluk Batik pun dah hilang pantainya
Deletemengerikan tgk TT mlm td. allah alih ke pantai la pulak ek.
ReplyDeleteItulah...petang ni, nampak langit cerah..harap² cuaca esok ok lah..
DeleteAllahul musta'an
ReplyDeleteAamin
DeleteMemang teruk dibuatnya daerah sumatera ðŸ˜. Padang, Aceh, dan kampung saya di Tapanuli betul2 hancur. Sibolga sampai skr belum bisa diakses. Adik saya tinggal di sana pula. Banjir dan tanah longsor nya seram. Sampai seatap rumah. Memang sedih, dan di Sibolga pun mulai ada penjarahan , Krn orang2 panik tak ada makanan 😞. Adik saya yg wa kondisi nya tadi sore. Sampai takut nak kluar rumah Krn ada penjarahan itu .
ReplyDeleteMoga adik fanny baik² saja..itulah, tengok berita..teruk juga kondisi di Acheh, dan sesetengah Indonesia.. moga mangsa² yang terlibat, tabah dan baik² saja.. Alhamdulillah, hari ni di Malaysia sudah tidak hujan lagi..moga cuaca terus cerah..aamin
DeleteMoga adik Fanny selamat dan bantuan segera tiba.....
DeleteAamin
DeleteRibut ni tak diduga juga jadinya di selat melaka. Katanya macam mustahil tapi kuasa Allah kan....
ReplyDeleteAlhamdulillah...risau juga kalau kena dekat tempat berpenduduk...
DeleteAlhamdulillah.. saat genting sudah berlalu. Seminggu dalam keadaan hujan dan banjir di sana sini.
ReplyDeleteHarap semua yang terkesan dengan bencana alam akan pulih secepat mungkin.
Aamin..semoga takde gelombang kedua
DeleteSemoga dijauhkan kita semua dari malapetaka...apapun ribut ni dah berlalu kan...semoga yang baik- baik aje untuk kita semua
ReplyDeleteAamin..betul tu kak..
Delete