lovvu Dobbu

Friday, November 28, 2025

.: FUN WITH FRIENDS :.

Assalamualaikum.

Khamis, 27.11.2025 - incikSuami bagi greenlight abang Mu'az follow trip ke Bangi Wonderland dengan kawan² kelas.
Tapi, ponteng sekolah lah sehari. 🤭🤭

Jadi, dalam pukul 9 pagi gitu, Linda hantar abang Mu'az ke tempat berkumpul.
Masa sampai takde siapa lagi, Linda p pick up Zus jap.
Pusing semula, tengok dah sampai ketua rombongannya.

Tara, kak Daryna, mak Iskandar(kawan kelas abang Mu'az).
Terima kasih kak, sudi bawa anak² ke Bangi nun.
Linda sabit kak M dengan dedek periksa akhir tahun KAFA je.
Kalau tak, mau follow sekali..Kikiki.
Bulan 5 ritu pun, kak Daryna teman anak² tengok wayang juga, cerita Blood Brothers.

Ada lah gambar sikit masa dekat Bangi.
Kak Daryna share.
Harap abang Mu'az, bertuah lah.

Gerak dalam pukul 10 pagi juga, tunggu yang lain sampai.
Alhamdulillah, pukul 11.15 pagi gitu dah sampai Bangi.
Nampak cerah cuaca tu.

Puas lah hati abang Mu'az tu.
Dapat p waterpark, main dengan kawan².
7 orang yang pergi katanya.

Owh, duit tiket, guna duit belanja sek yang abang Mu'az kumpul sendiri.
Beli online, murah RM10.
Tapi, semalam Linda hulur la juga RM50 buat makan².
Lepas tu ada juga pesan kat abang Mu'az duit minyak dalam sampul, bagi dekat mak Iskandar.

Sampai rumah semalam pukul 9 malam juga lah.
Hujan + jem kan.
Linda ambil dekat Selayang Mall.
Buat kenangan abang Mu'az, moga tak putus kawan lah bila balik Perak nanti.

Till then, see ya.

22 comments:

  1. Seronok la tu dapat main waterpark dengan kawan2.

    ReplyDelete
  2. Wah!. Ceria Muaz dpt gi rombongan.
    Mcm kita2 dulu masa kecik la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda dulu yang lepas g rombongan, yang free je..sebab masuk pertandingan ihtifal, ustazah sewa van..ustazah belanja bawa ke teluk batik..selain dari tu, memang takde lah.

      Delete
  3. Rajin mak Iskandar tu, teman dan bawa anak² ke sana sini 👍🏻
    Best la Abg Mu'az enjoy main ayaq dgn kawan².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...nasib baik lah..agaknya Iskandar tu anak bongsu...Linda pun asyik la lupa nak tanya

      Delete
  4. Seronoklah Abang Mu'az dapat green light trip ke Bangi Wonderland. Main air tu yang best. Pergi pulak dengan kawan-kawan. Bertambahlah seronoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. memang seronok lah.. lepas ni, takde dah la peluang Gini.. hahaha...

      Delete
  5. Wahhh..Bestnya gini...Semoga persahabatan mereka kekal selamamya..Amin

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Betul MZ.. sebelum berpindah sekolah lagi, ibu kasi can lah

      Delete
  7. Wah happynya bisa main di waterpark juga 😄. Dah selesai ujian juga kan mereka. Bisa refreshing kejab 😄😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..untuk abang Mu'az awal lagi dah selesai ujian nya.

      Delete
  8. Kalau dengan kawan2 perginya riuh dan seronok la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..moga² seronok lah dan Ingat ibu..hihihi

      Delete
  9. Mula² baca ingat rombongan sekolah.. dah kenapa namanya ponteng. Rupa²nya dengan kawan sekelas.
    Pergi weekdays baru lah puashati main takde ramai sangat. Sporting ya mama Iskandar sudi bawa anak².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..weekdays orang tak ramai, tiket pun murah sikit.. alhamdulillah, memang sporting mak Iskandar tu..dah la hari kejadian tu selsema sikit²..main air plus hujan..esok nya tumbang anak beranak..mak dan Iskandar nya

      Delete
  10. Seronok la abang Muaz ye...Bangi Wonderland ni dekat betul dengan rumah adik bongsu akak tapi kami x pernah pi pun..ntah bila la nak masuk x tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga harga tiketnya..tapi, puas hati lah kalau dapat main seharian

      Delete
  11. Tapi sekolah pun bukan belajar lagi dah kan…sekolah Alip 2 minggu sudah dh pulang textbooks

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..tapi, tetap lah kehadiran diambil..kena beritahu alasan juga... Sek rendah anak² ni, minggu depan baru nak pulang buku

      Delete