Assalamualaikum.
Umum semua tahu, semalam hari paling buruk di daerah Larut Matang Selama.
Tak terkecuali Taiping.
Tempat yang tak pernah naik air, naik air terus tinggi.
Dapat video dalam wasap group family incikSuami, tinggi sampai bumbung kereta.
Keadaan memburuk sebab air pasang dan hujan lebat 2 hari berturut-turut.
Rumah MIL, alhamdulillah tak terjejas, tapi tiba² mak call incikSuami, kabo bilik belakang banjir, sebab bumbung bocor.
Dah la MIL dok sorang².
Memang incikSuami call tukang rumah suruh tengok juga bumbung rumah.
Jadi, Linda suruh incikSuami balik Taiping lah. Nak tolong mak kemas² bilik yang basah tu..barang dah la banyak dalam bilik tu.
Kesian MIL kalau nak kemas sorang²..
Selagi ada orang tua, marilah berbakti.
Tapi, incikSuami balik dengan dedek, kak M je.
Linda tak ikut, abang Mueez ada kelas tambahan UPKK.
Minggu depan dah tentu tak pergi, sebab ada kerja kahwin dekat Penang.
Jadi, minggu nie, g lah kelas tambahan.
Semoga yang baik² je untuk mangsa banjir..aamin.
Till then, see ya.


Hujan tak henti² kome. Dari pagi sampai ke malam. Tak leh briskwalk, tak leh berkebun. Semoga rumah MIL Linda tak apa² dan cepat dibaiki bumbungnya. Kalu hujan je takpe, ni siap ada angin², jadi tempat biasa ok pun ayor hujan masuk.
ReplyDeleteSama juga Selayang kak..Rabu, Khamis hujan..hari nie baru nampak matahari.. Alhamdulillah, siang tadi tukang dah baiki betul²..
DeleteSemoga dipermudahkan urusan MIL Linda. Musim tengkujuh dah datang, memang kena berjaga2 simpan dokumen penting dan barang2 berharga di tingkat atas.
ReplyDeleteItulah..tapi, rumah pun setingkat je..gitu jelah...
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan. Kelate ni biasa je banjir2 ni. Harap x teruk la thn ni.
ReplyDeleteAamin... itulah,kalau yang dah memang tempat banjir, kita tak terkejut sangat..nie tak pernah banjir.. moga yang baik² je .aamin
DeleteSemoga dipermudahkan urusan mereka yang terlibat. Kesian tengok mangsa yang duduk atas bumbung kereta. Air naik cepat sangat mereka tak sempat menyelamatkan diri.
ReplyDeleteBetul tu..tempat tu kalau naik air pun, selalunya rendah je.. nie memang tinggi..kesian betul..tu cakap dengan husband, lepas nie dah boleh tambah dalam insurans utk yang bencana tu
Deletesmalam tanya rumah maklong kat kamunting terjejas tak. dia kata air masuk sikit. tapi sekarang dah reda.
ReplyDeletememang dahsyat yg sampai bumbung kereta tu. semoga dipermudahkan urusan..
Macam banjir kilat pun ada, hujan berhenti, air pun surut lah..tapi, tulah .kesian mangsa banjir
DeleteUjung² tahun nii memang dah masuk musim tengkujuh
ReplyDeleteBetul.. Alhamdulillah, Sabtu Ahad nie cerah je
DeleteRisau juga dengar ada kawasan di Perak banjir. Anak ada hantar gambar banjir. Kita pesan jangan tidur lena, takut air naik walaupun jauh dari kawasan banjir.
ReplyDeleteBetul kak..sekarang nie tak boleh jangka..lagi² dengan pembangunan merata²..
DeleteAllahuakbar..Semoga bumbung yg bocor tu dpt cpt2 dibaiki..Masa hata OTW blk dari arau perlis, dia x dpt berenti dkt rnr Taiping sebab rnr tu banjir...Kereta x bleh masuk..
ReplyDeleteNasib baik tahu awal, kalau dah masuk, jenuh...
DeleteAlhamdulillah, nie dah baiki..2 hari nie,cerah kat Taiping..suami balik Taiping tu
Allahul musta'an
ReplyDeleteAamin
Delete24hb tu akak balik dari Kedah, dapat maklumat highway jammed area Taiping. Balik petang sikit dah ok cuma nampaklah air kat tepi highway tu dan Hentian Taiping tutup sepenuhnya.
ReplyDeleteA ah..situ memang spot juga..nasib baik selamat sampai
DeleteAlhamdulillah, hati2 selalu bila selalu tempat banjir ya..cuaca sekarang tak menentu..
ReplyDeleteBetul tu..cuaca sekarang tak menentu
DeleteMasa akak tgok video yang banyak viral tu akak terus kena anxiety...harap2 sekarang diorang dah OK...
ReplyDeleteAllahuakbar..kesian akak.. alhamdulillah,dah ok sekarang..tapi, ada juga tempat² yang masih bergenang air
Deleteyelah masa minggu banjir kat Tepeng tu mmg hujan lebat bukan main lagi kat KL, Seremban semua. Tapi minggu ni belum hujan pun lagi dan panas lit lit pulak cuacanya
ReplyDeleteBetul..minggu nie, panas betul
DeleteDi sana sini banjir ya kak ðŸ˜ðŸ˜ž. Hujan tak berhenti memang
ReplyDeleteDeras pula sekali turun. Semoga yg menjadi korban banjir di Taiping, dan mana2 tempat dikasih kemudahan utk mengurus semuanya, termasuk barang2 yg terkena banjir..
Betul..tapi, sekarang nie. Panas pula... Kesiannya yang banjir lah..penat nak bersihkan, barang² pun rosak..dugaan
Delete