lovvu Dobbu

Wednesday, October 8, 2025

.: PANTAI TELUK BATIK @ PERAK :.

Assalamualaikum

Jumaat, 19.09.2025 - berkelah di Teluk Batik, Perak.
masih entry cuti sekolah ya.kikiki

sebabkan incikSuami masih menunggu parcel untuk sampai, jadi tak boleh la nak balik kampung Sungai Samak.
abang besar dah stress.. hahaha..
jadi, lepas solat Jumaat tu, moh la kita menghibur hati.
ikot highway, 45min je dah sampai Teluk Batik.
parking banyak kosong lagi.
dah hujung cuti sekolah, tak jem sangat lah.
masa awal cuti sekolah dengan long weekend tu, makcik cakap, nak keluar dari Teluk Batik ke jalan besar tu pun lebih sejam.
pishang nak menunggu.

berendam lah sekejap.

makan aiskrim di tepi pantai memang wajib lah kan?
sorang-sorang datang pau aiskrim.

kak M menikmati aiskrim


wefie sat dengan incikSuami.
anak-anak je yang mandi, mak pak malas.

dedek siap pau cermin mata dekat ayah.
nasib baik RM5 je satu.
takdelah cekik darah sangat harga dia.

abang Mu'az menikmati aiskrim.

eh, gambar abang Mueez makan aiskrim takde pula.
sebab dia paling awal mai, baru  mandi kejap. lepas tu dia mai kat ibu marha-marah.
katanya budak sebelah datang hancurkan pasir yang dia buat, padahal budak tu kecik lagi.. hahaha.
abang Mueez tu cepat berangin sikit, tapi dia lah paling kuat sakat adik beradik dekat rumah.

dalam 2jam juga diorang berendam, moh lah mandi-mandi.
orang pun makin ramai pula bila nak ke petang tu.
sambil anak-anak mandi dekat tandas awam tu, linda jalan-jalan sat dekat belah hujung.

dah ada Campsite rupanya.
takde lah bergaduh dengan orang yang datang nak mandi je.
sebab dah asingkan siap2 tempatnya.
bagus juga macam nie.

luas juga bahagian sini.
kalau yang suka camping tu, boleh la.
tandas pun ada, tapi tulah, tandas tu takde lah tip top sangat.
plug eletrik tak nampak pula kat mana.
tapi, ada lah kot tu.

sambil-sambil tunggu anak2 mandi pantai tadi, terasa juga macam ada rintik2 hujan.
tapi tak jadi.

selesai mandi2, incikSuami teringin pula nak beli baju dekat kedai2 yang jual tu.
ala, yang ada tulis Teluk Batik.
linda tak pilih, tak terasa nak ada baju tu.
yang lain semua ambil sorang sehelai.
boleh tahan juga harganya, 4helai baju (ala-ala jersey) dengan seluar tido yang petak2 kain pelekat tu, dengar pekedai tu cakap dalam RM100 something juga.
takpelah, rezeki pekedai tu hari tu..
yelah, zaman sekarang nie, kadang2 orang tak beli dah dekat kedai2 gitu.
sebab memang tau harga mahal, boleh dapat murah dekat kedai online yang sama je kualiti nya.

lama dah tak mandi dekat Teluk Batik nie.
moga ada la kenangan untuk anak-anak.
habis mandi, cnfrm lah lapar.
jadi tugas linda lah yang kena cari kedai makan. kikiki

next entry kita up  ye makan dekat mana.

till then, see ya.

24 comments:

  1. lama tak pergi teluk batik ni. dulu last pergi masa kecik.
    tahun 2022 family besar pergi bercuti kat teluk batik ni, masa tu opah pun ikut skali. tapi silap saya sebab tak join, rupanya itulah trip kali terakhir bersama opah... terkilan sampai sekarang

    ReplyDelete
  2. Lama tak pi TB tu. Kalau ke rumah kakak kat Manjung selalu la berkelah kat situ. Dulu2 banyak monyet. Sekarang ada lagi ke?

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak pegi Teluk Batik. Kecik2 dulu abang rajin bawa kami ke sini sbb dia kerja di Lumut. Makan aiskrim tepi pantai nyaman je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai dengan aiskrim tak boleh dipisahkan .hihihi

      Delete
  4. i need vitamin-sea!! dh lama tak gi pantaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la pergi nanti...Linda tak pergi lagi pantai Morib..nak cuba lah

      Delete
  5. Dulu kan...dulu laaa...masa umur 20an, kak SA pernah bertunang dengan orang Setiawan, jodoh x panjang...lepas tu pernah la pi Teluk Batik jenjalan..masa tu xde kereta ada motor je...pi mana- mana naik motor atau naik bas...pernah mandi laut gak kat sini...memang x dinafikan ramai orang especially hujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu² senang naik bas, sekarang bas pun susah nak jumpa...
      Sampai sekarang Teluk Batik memang ramai pengunjung..kalau cuti² sekolah, long weekend cnfrm penuh.

      Delete
  6. Wahhh..Bestlah time linda pegi x berebut parking & x ramai org sgt =D...SY ada beli baju tulis teluk batik tu...La ni baru nak merasa..Acah2 pelancong gitu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah...tenang je pergi dan balik..
      bukan selalu ke Teluk Batik, saja2 la beli..

      Delete
  7. ammi belum pernah cuba bercamping kat tepi pantai. kadang2 kalau ke pantai pun rasa tak selesa sebab anginnya macam angin melekit gitu. kalau kat Port Dickson tu ramai juga yg camping tp risiko kat situ adalah angin kencang

    ReplyDelete
  8. Seronok juga bawa anak mandi-manda ye Linda, hujung minggu. Mahainya baju jual situ. Teringat pernah sarapan kat kedai makan hujung tu, mahal juga. Sekali tu je la pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la tu kak..tempat² cmtu sedia maklum dah harganya

      Delete
  9. Lama dulu, mungkin 10 tahun lalu pernah sampai sini. Waktu tu dua anak ikut jamboree pengakap peringkat kebangsaan. Saya dan suami saja datang tengok, kami berkereta dari rumah emak di Selangor.

    ReplyDelete
  10. Kalau nampak baju kat tepi pantai dan nak beli terus je beli.
    Kalau beli online nampak yang lain-lain pula. Kadang masuk cart duduk je kat situ diam-diam sampai ke sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..yang tu betul la..tapi, sekarang banyak dah clear cart..

      Delete
  11. Makan eskrim dengan roti, tuh paliiiiing sedap 😍😍😍. Saya lebih suka begitu, drpd pakai cone.

    Anak2 nih kalau dah main pantai, lupa kluar yaaa 🤭😁. Saya pula memang tak suka mandi pantai. Ribet nak bersih2 kan pasirnya 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, kak Linda pun suka makan aiskrim dengan roti ..

      Kdg² saja ke pantai .kak Linda pun rimas juga dengan pasir² yang melekat ..hihihi

      Delete
  12. Last CCL sampai sini masa tingkatan 5 .. alahaiii dah lama bebenorrr tak jejak kaki ke pantai teluk batik.. mesti suasana dah berbeza kan

    ReplyDelete