lovvu Dobbu

Friday, October 3, 2025

.: OT DAY - GODDIES BAG :.

Assalamualaikum.

sambungan sambutan OT Day dekat SINI.
petang tu lepas rehat, join la seminar.
buat tambah-tambah hours untuk masukkan dekat kursus..
penjawat awam kena attend kursus 7 hari setahun, kira salah satu KPI untuk tahun semasa lah.

tajuk seminar - Parenting Style dan Screen time.

Adalah Linda snap sikit² slide and share dekat sini ya.
Penceramah adalah founder Nuha Kids Care Center.

jenis-jenis parenting style

perkembangan emosi kanak-kanak terbentuk dari umur 1.5-4 tahun.

kalau anak tantrum, ada 3 stage yang kena tahu.
1- apa jadi sebelum tu?
2- perangai dia masa tantrum.
3- apa solution kita.

kena tahu 3 basic rules nie, baru boleh kawal tantrum anak, dan insyaAllah dapat mengurangkan tantrum tu.

anak-anak pun ada jenis-jenis nya ya.
dan selalunya jenis anak-anak nie dipengaruhi dengan parenting style kita.

tu yang selalu sedih, kalau anak "kurang baik" dari anak orang lain.
maknanya ku lah yang gagal, sebelum anak ku gagal.
tapi, jom kita move on, insya-Allah masih belum terlambat, usaha, doa, tawakal.

beg goodies masa daftar seminar

meriah isi dalam dia.
terima kasih ya

siap ada tampal label dekat belakang kotak

dan linda tak dapat nak tunggu seminar sampai habis.
sebab dah ada yang call nak ambil barang dekat asrama.

ini lah barang nya.
nak ambil kerusi, bawa ke aras 7, wad Nefrologi.

jenuh nak menolak, dah macam anak gajah.
dah la lif kargo rosak.
bantai je lah lif penumpang.
tapi kan, lif kargo tu baru je tukar, asyik la rosak juga.
takde kualiti, ataupun heavy penggunaan.
tapi yelah, nama pun hospital, memang lah lif tu keutamaan.
memang dah tahu akan ada heavy penggunaan nya.
sabar je lah.
tu yang kadang-kadang doktor nie, nak naik wad guna tangga je mudah.
sebab cepat, tapi pishang weyh nak naik tangga sampai aras 10.. hahaha.

till then, see ya.

#semoga berkat hari Jumaat, segala doa kita akan diperkenan Allah, linda tahu mesti semua doakan kesejahteraan peserta GSF, dengan rasminya, malam tadi kesemua peserta dari Malaysia telah menjadi tahanan Issewel. semoga dipermudah segala urusan mereka dan dibebaskan dalam keadaan selamat..aamin.
kita jangan berhenti bersoladiriti, insya-Allah.

34 comments:

  1. Naik tingkat sepuluh tu kalo sekali x per...nak kena turun naik jenuh jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau doktor, mungkin turun naik..turun naik juga...

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap Snickers nie..tapi, boleh tahan manis juga

      Delete
  3. wow tingkat 10 tu jenuh weiii. Ahkak lagi best sangkut dalam lif nasib baik ramai dgn boss lagi. Trauma juga rasanya. Baginilah nasib hospital yang lama oh kkm opssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib lah Hosp Selayang nie ada 10 tingkat je kak..kalau lebih, pishang...hahaha

      Delete
  4. Snickers tu coklat dah lama kat pasaran. Sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  5. bagus seminar parenting.. boleh touchup apa2 yang perlu.. agar anak2 pandang parent sebagai hero.. bukan doraemon, boboiboi ke atau apa2.haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..kadang² kita rase apa yang kita buat selama nie betul,rupanya zaman dah berubah..😂😂

      Delete
  6. saya pernah pergi menara LPPKN, masa tu kat level 15 gitu kot. geram menunggu liftnya tak sampai2, terus turun tangga je. smpai bawah tu rasa menggigil jugak lutut ni haha

    tu baru turun, kalau naik entahlaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau turun gagah lagi ..
      Kalau naik, fikir dulu 24kali..hahaha

      Delete
  7. Replies
    1. Meriah dan mahal²..Kikiki .selalu nya barang beli kedai Eco je

      Delete
  8. isi goodies macam baru balik dari kenduri kahwin ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..boleh la buat kudap² kalau lapar kat pejabat tu

      Delete
  9. Cie dah terlebih2 kursus tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa, bravo...
      Geng² sokongan 2, lagi² jawatan Linda nie,susah nak dapat kursus..memang inisiatif sendiri je lah.. cari yang online

      Delete
  10. Selain dapat ilmu, dapat goodies bag. Best 👍🏻
    Fengsan nak naik tangga tingkat 10 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..tangga hospital tu pulak jenis curam .
      Naik 2 tingkat pun dah mengah.. naik tangga asrama sampai tingkat 5, ok je

      Delete
  11. Isewel yg sgt biadap..dia Pgil peserta sumud flotilla pengganas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seluruh dunia dah tau israeeelll tu yang pengganas

      Delete
  12. nak isi goodies bag tu, ihiks~
    wah nak manjat tangga sampai tingkat 10, jenuh aih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunggu lif lambat...tapi , kalau barangan berat macma tu, tetap kena tunggu la lift..memang tak la nak angkut seketui2 tu naik sampai aras 10

      Delete
  13. Pergh!! 10 tingkat tu.. jenuh nak panjat tangga.. Hospital Sha kerja ini pun sama.. Masalah lif.. Baru baiki dah problem.. Nak tak nak memang kena panjat tanggalah.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..lif memang kegunaan kan...tak berhenti lif tu

      Delete
  14. Hahahahha kalau sampai lt 10, memang olahraga lah itu kak 😂. Jadi teringat drama Korea yg saya tonton, Don't dare to dream, ada adegan dia lari ke lt 20. Ya Allah, kalo saya bengek rasanya sampai atas. Kumat asma 🤣🤣.

    Anak2 tantrum nih memang hrs lihat penyebabnya. Tapi saya bersyukuuuur sangat dengan babysitter anak2 saya, sebab mereka tak pernah tantrum . Tantrum yg sampai menjerit2 maksud Saya. Itu tak pernah. Palingan hanya menangis, itupun tak lama. Bersyukur sangat dpt babysitter yg paham cara mendidik dan mengasuh anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merangkak di tangga nak sampai tingkat 10 tu..hahaha .
      Anak kak Linda yang no 2 ,hebat tantrum nya dulu... Jadi sebelum apa² kak Linda warning dulu..kalau dia buat juga ,memang berlalu pergi je lah..

      Delete