lovvu Dobbu

Wednesday, October 1, 2025

.: OCCUPATIONAL THERAPY DAY :.

Assalamualaikum.

27 Oktober - Occupational Therapy Day.

Tapi, dekat Hosp dah sambut hari nie,ada pelbagai reruai yang disediakan.
Yang paling menarik minat tu, tentulah yang menjual makanan.

Sambil-sambil tu, ada tempat untuk photobooth untuk ambil gambar sebagai kenangan.

OT Day
Satu dengan kak Zu.
Lawa nya, buat photobooth pengantin pun lawa nie.
Warna purple tu memang menarik perhatian.

OT Day 1
Ada cermin.
Jom lah kita wefie.

Hari nie, pakai tudung tak matching² plak ngan uniform.
Dah jemu pula asyik pakai yang senada je.kikiki.

Antara makanan yang dibeli.

OT Day 2
Tapai ubi, sedap makan sejuk².
Just nice je, tak manis sangat.
Ubi pun lembut.

OT Day 3
Tapai pulut, sedap juga.
Tapi, agak manis. Memang tak boleh sekali ngap lah.
Simpan dalam peti, makan esok pula.

OT Day 4
Eh, nie bekal bawa dari rumah.
Maggi goreng, masak pagi.
Bawa bekal makan untuk lunch.
Alhamdulillah.

Petang ada seminar juga, nanti Linda share lain.
Tak sempat nak edit gambar.

Di kesempatan ini, jangan berhenti berdoa untuk delegasi GSF kita.
Mereka telah memasuki zon merah, lagi sedikit untuk sampai ke Gaza.
Semoga setiap detik dilindungi oleh Allah, selamat sampai ke Gaza untuk bantuan kemanusiaan dan selamat pulang ke pangkuan keluarga masing²..aamin.

Allahuakbar 
Allahuakbar 
Allahuakbar 

Till then, see ya.

28 comments:

  1. Replies
    1. Selalu ada event jual² dekat Hosp nie...sebab macam² hari nak disambutnya .kikiki

      Delete
  2. tapai ubi saya suka makan dengan santan .. terutama lepas keluar ice box

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi nampak makan dengan santan nie

      Delete
  3. Doa untuk Gaza, last entry ,ya Allah doa yang sama , semoga misi kemanusian itu selamat sampai dan kembali ke Malaysia dengan selamat..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..
      Pagi nie dengar berita dah ada yang ditahan, Allahuakbar...sebak ,luluh hati..semoga yang baik² saja untuk mereka dan delegasi yang lain.

      Delete
  4. Akan klik lagi bila ada kelapangan masa yang benar2 memihak kepada saya ya..

    ReplyDelete
  5. Oh sambut awal. Lipis ni taktau la takde dengar apa2 sambutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin banyak lagi aktiviti kot..sebab nak tempat Audi tu..Audi ada 1 je, memang fully booked je lah selalunya..

      Delete
  6. Allahul musta'an utk GSF... sedey baca psl ramai yg kena tangkap dgn zionis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangun pagi terus capai telefon...tengok² berita..sebak nya.. Allahuakbar...semoga sentiasa dalam lindungan Allah...aamin

      Delete
  7. Kat sini dah sambut juga tapi tak naik lobby. Tak nampak apa yang ada kat lobby tu.

    ReplyDelete
  8. Saya suka tapai ubi, tapi susah nak dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...susah nak jumpa tapai ubi yang sedap...selalu kalau balik kampung, di Sabak Bernam senang lah nak jumpa

      Delete
  9. cutenya deco photobooth tu. macam ada birthday partyy

    ReplyDelete
  10. wahhh siap ada photobooth lg
    mmg betul2 terapi ni ;-)

    ReplyDelete
  11. Aamiin... Aamiin YRA.
    Sedap tapai ubi. Kalau tapai pulut memang biasanya manis. Cantiklah raginya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, tapai Sarimah tak manis sangat...Kikiki..

      Delete
  12. Tapai pulut 😍😍😍😍. Saya kalau makan ini wajib dengan pulut bakar atau ketupat santan. Baru ngam 🤭😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..tak pernah pula di makan begitu .selalunya dalam cendol je

      Delete