lovvu Dobbu

Friday, October 17, 2025

.: LAIN PULA YANG DAPAT :.

Assalamualaikum.

Hari nie kan Jumaat, rehat panjang.
Lepas hantar abang Mu'az ke surau diri jumaat dalam IPD Gombak tu, terus pulas minyak motor. 
Menuju ke Selayang Mall.
Sebab minggu lepas, masuk juga Selayang Mall, lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan KAFA.

Nampak beg nie dekat Parkson.
Dekat tagging tulis RM38, tapi Linda tak belek. Serius rasa nak beli.
Tapi, tak beli.

Hari nie p, takde dah beg nya, dah gantung beg lain pula.
Aaahhh, terus rasa menyesal tak belek² minggu lepas tu. 😔😔

Alang-alang dah sampai, round juga la.
Sampai dekat kids corner, eh..murah² pula baju..sebab Deepavali ke?
Geram tengok baju gegirl, tapi kak M nie, macam² peel.

Last² pegang juga yang nie.

Dengan yang nie.

Seluar nie lawa, stripes macam zebra.
Tapi, boleh pening kepala kalau fokus je kat seluar tu.

Tapi, ambik sepasang je lah dulu, boleh simpan buat baju raya next year.
Hahaha, mak anak ramai. Gini lah, memang beli awal².
Kalau nak keluar sedebuk tu, memang takde lah duit nya. Hahaha.

Linda ambil pilihan yang nie.

Baju RM19.
Seluar RM25.
beli juga seluar kecik abang Mueez, asyik la takde je. konpius ibu

Seluar tu ada poket kat tepi. macam seluar cargo tu.
tapi warna jeans gitu.
boleh la mix n match dengan baju2 lain nanti.

till then, see ya.

33 comments:

  1. tahniah ibu, belanja awal tak kalut. beli mana yang murah dlu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..alang² nampak..raya pun tak lama dah..sekali Ngan sekolah lagi..

      Delete
  2. Anak2 Cie sejak dah besar ni kena pilih sendiri. Sat lagi kita pilih tak cantik la, tak kena la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, nie memang cari untuk yang no 3, 4 tu je..sebab kecik lagi..yang bujang² tu memang kena bawa orangnya..pilih sendiri..diorang shopee je senang...

      Delete
  3. Beli awal tak pening kepala nanti. Tapi anak2 Linda tak cepat meninggi ye? Takut nanti senteng pulak seluarnya bila nak pakai raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang gegirl nie,belum meninggi sangat..so, ok je..lagi pun beli tu saiz besar sikit juga lah..

      Delete
  4. Alamak..Terlepas plk...Parkson kalau sekali skala offer mmg rambang mata tau..Dah lama betul x kesana..Masa tggl dkt kepong selalu mkn dgn JM Briyani tu..Lps tu kids main dkt arked tgkt atas Selayang mall tu =)..Ntah ada lagi ke idak arked tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi arked tu..tapi, tulah biasa² je..takde lah meriah sangat, buat pelepas angin..rm50 pun tak cukup juga..kikiki

      Delete
  5. Best la kak M ibu belanja baju baruuu..untung ank dara sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, anak dara tu pun banyak cengkadak nya...kikiki

      Delete
  6. bagus beli bj awal2! ni MZ nak kena cari baju utk my boys sbb ada wedding my nephew dec nanti..tema plak pepel adoyai, my boys tak de bj pepel masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pepel memang lelaki takde la..Hihihi..selalu hitam Aje..

      Delete
  7. Best shopping dekat Parkson, banyak pilihan dan affordable. Dulu anak kecik² mmg asal ada offer je grabbed. Bila ada majlis ke raya ke dah ada stok baju baru. Senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..dulu anak² kecik pun beli kat situ..sekarang susah sikit nak cari baju abang² tu..kikiki

      Delete
  8. perangai org pompuan kot
    time nampak murah tak nak beli
    bila dah tak de haaa baru nak menyesal...

    ReplyDelete
  9. alaaa melepas handbag tu.
    tapi rezeki lah juga dapat sambar baju n seluar harga murah tu. warna pun lawa jugak. okaylah dari takde langsung~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari bagi lain la macam nie...hahaha...
      Geram lah tengok baju² tu, lawa²..tapi tu la kak M nie,tak reti nak melawa...hahaha..ikot ibu dia juga..

      Delete
  10. Seluar stripe tu uncle panggil seluar jack skellington...

    ReplyDelete
  11. Dah bertahun rasanya tak masuk Parkson. Best juga, jalan-jalan dalam Mall, shopping baju anak-anak. Beg tu, dia gantung tempat lain pula kot. Mana tahu, berubah tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan² sorang..senang nak cuci mata..dengan anak², ibu nak memilih pun tak senang..kikiki..

      Dah tengok setiap sudut tempat beg tu kak Nur, takde juga..malu pula nak tanya promoter..hihihi

      Delete
  12. BUlan 12 nanti pun Kak SA nak belanja awal...awal x kalut kan...lagipun raya bulan 3 tu banak benda nak hadap, roadtax insurance keta Nia, puasa dan raya lagi...poning acik dh ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan 12 kita nak buat surat beranak baru untuk babyRuz tu..hihihi...bulan 1 nak sekolah anak 4 tu pulak, insyaAllah dekat sek baru, lagi lah macam2 yang baru nak kena beli.

      Delete
  13. Ha begitulah kita rakyat marhaein. Kita shopping sikit-sikit apabila terjumpa baju yang ada sales

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu kak Sari..memang dari anak 4 kecik lagi, linda beli sikit2

      Delete
  14. Akak kalau lipat baju stripe Kak Wi memang boleh pening. Terutama jenis yang stripe kecil.

    ReplyDelete
  15. Rezeki beli pakaian baru..bahagiakan anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..simpan untuk raya tahun depan..hihihi

      Delete
  16. selalu org hilang pasangan stokin...sampai kat abam mueez suar kecik pulak yang hilang ye. Kalau si bongsu ammi hilang seluar kecik, silalah cari kat laci abahnya sebab dia tukang kemas spender yang ammi dah gulung tapi jenis malas nak check. dia main sumbat je dalam laci pastu mulalah keluar ayat "semuaaaaa spender alip dah tak ada"... memanglah takde kalau semua dia park kat laci abah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..malas lah nak gulung sependa..lipat je lah macam biasa....

      Delete