lovvu Dobbu

Monday, October 6, 2025

.: HUJAN PETANG :.

Assalamualaikum.

Petang, hujan di Selayang.
Tak dapat nak keluar briswalk.
Jadi lompat bintang je lah dalam rumah.

Buat 2set 100.
Cukup lah tu.
Laju je rasa jantung nie..

Abang Mu'az tak sekolah hari nie, petang rasa panas badannya.
Esok kena bawa p klinik staff lah, tapi esok ada mesyuarat pukul 9 pagi.
Dah bujang, boleh la kot tinggal sorang² kat klinik staff tu untuk jumpa doktor.

Apa apa pun, jaga kesihatan ya semua.
Musim pun tak menentu sekarang nie.

Till then, see ya.

34 comments:

  1. Masya-Allah, banyaknya Linda lompat. Kalau akak tu, boleh terpeleot lutuit. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sikit² kak..takde la direct..50,50... Rehat jap..50,50

      Delete
  2. Dekat sini pun hujan petang tapi kita tak lompat bintang, kita jadi honey star 😁

    ReplyDelete
  3. skarang mmg ujan ptg...kalo dr opis bila ujan ptg riso sbb air naik kt area opis byk contruction..wah sronok lompat bintang tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu risau kalau hujan lebat..tiba² banjir kilat ..
      Itulah .lompat bintang je lah

      Delete
  4. Pokcik dah tak larat dah nak lompat bintang.. otot betis pernah koyak.. petang petang menyangkul kat kebun je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkebun tu pun bagus pokcik..aktiviti sihat juga

      Delete
  5. Nampaknya macam setiap petang akan hujan sekarang.

    ReplyDelete
  6. Janji kuar peluh kann...Kita pun main sapu2 daun Kering blkg umah je arini balik keje td

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung ada daun kering dekat rumah...kita ada pokok keladi dalam pasu je .yang kejap hidup..kejap mati..kikiki

      Delete
  7. wow bagusla dia lompat bintang... kalau skipping lagi la laju jantung linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi..skipping tu tak boleh nak lama²..bukan sebab tak boleh tahan lama..tapi, sebab masalah pompuan tu la...hahaha..

      Delete
  8. Terus akak search lompat bintang tu cemana... kadang buat tapi tak tau pula namanya lompat bintang.

    ReplyDelete
  9. menarik gak idea lompat bintang tu.. kadang2 rasa serbasalah sebab mampu keluar peluh time hujung minggu je. padahal waktu weekdays, boleh je buat senaman dalam rumah. asalkan berpeluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalau rajin..search dekat YouTube..selalu kak Linda tengok kat situ je

      Delete
  10. Betul tu..Che mek & Ammar mcm ade selesema sikit..Cpt2 bagi minum air vitamin c & ubat selesema pd che mek.

    ReplyDelete
  11. wow lompat bintang. kalau ahkak emmm boleh bergegar lantai.... hehehehe

    ReplyDelete
  12. tinggal tu mmg boleh, tapi yang geramnya nanti sepatah doctor tanya sepatah dia jawab. Kadang2 ada doktor yang tak reti menanya pulak. itu lagi masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan doktor kemain malu nak cakap...kalau dengan ibu, tak berenti mulut, ada je jawapannya...
      tapi, dah suruh ayah dia teman tadi, bawah 18 tahun, masih anak jagaan...kikiki

      Delete
  13. Sama la macam yang di ofis ni.. batuk pun dah sahut-menyahut, termasuk la sis ni.. dah masuk bulan ke4 masih bebatuk juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab aircond sama kot tu...
      moga cepat sembuh lah

      Delete
  14. memang area gombak ni gilir2 hari panas selang seli hari hujan..pg2 ni hujannn...semlm panassss

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..pagi nie hujan sebelum subuh lagi..nasib nak hantar anak sekolah boleh redah naik motor..kalau tak, jem juga lah

      Delete
  15. Betul kak. Lagi banyak yg sakit. Cuaca tak menentu pula. Saya tengah rajin minum multi vitamin dan vit D juga K2. Sebab November dan Desember saya akan traveling lama, jadi supaya imun tubuh tak mudah sakit di negara orang 😁

    ReplyDelete
  16. Betul ..cuaca kejap panas terik ..kejap hujan niii boleh demam on off

    ReplyDelete