Assalamualaikum.
Alhamdulillah, semalam lepas juga hajat Linda,nak belanja team asrama makan².
Sempena Aisah nak balik Indonesia dah, permit dah cukup 13tahun.
Lepas tu, sempena birthday Linda juga.
Ada rezeki mereka dan saya.
Makan dekat Seha Kitchen je lah.
Yang senang, tempat lain tak tau kat mana..Hihihi.
My partner, geng pink, Izzah dah masuk kerja.
Moga dia kuat lah, PJJ dengan baby dan suami nun di Kelantan.
Nie lah Aisah.
Baik budaknya, senang nak minta tolong apa²..
Moga dipermudah urusan Aisah bila balik kampung nanti, dimudahkan juga urusan bersalin.
Alhamdulillah, rezeki nya dah mengandung.
Antara gambar makanan yang sempat ambil.
Nasi penyet ikan bawal.
Chicken chop.
Nevi dengan Aisah order lontong.
Dahriyah punya ikan bawal tadi.
Izzah, order nasi ala kak wok.
Dapat juga bawa diorang nie makan dekat luar, susah nak culik diorang nie.
Risau kena marah dengan supervisor nya.
Aisah last 23 Sept nanti.
Linda pula nak cuti seminggu, tu yang guna kesempatan yang ada.
Takot tak dan je nanti.
29 Sept nanti Aisah dah bergerak balik ke kampung nya.
Naik kapal laut katanya.
Semoga selamat sampai.
Terima kasih selalu bantu kak Linda, harap² pengganti selepas nie, senang juga lah berurusan, rajin, tak perlu dipantau selalu.
Till then, see ya.
Kat sana Radicare juga ye? Lipis hari tu kena raid dengan imigresen. Habis la pekerja indon kena angkut. Ada permit tapi permit kerja lain.
ReplyDeleteA ah..area Selangor, bawa ke pantai timur Radicare..
DeleteSelatan - Medivest.
Utara - Edgenta.
Sabah, Sarawak..tak tau pula Linda..Hihihi..
Ish tak hajak ahaha...
ReplyDeleteAkk tak try lagi set bawal tu, nampak sedap tu
Kikiki...sambalnya tak pedas katanya...ayam chicken chop semalam pun mcm tak garing sangat ..
DeleteSeramnya makan dengan baju putih... kalau uncle sure terpercik baju!
ReplyDeleteUncle kena pakai apron nie
DeleteSedih juga bila staf yang bagus terpaksa berhenti atau berpindah
ReplyDeleteBetul..nanti satu hal pula nak kena pantau yang baru..
DeleteSemoga dipemudahkan perjalanan aisah nak balik ke kampung dan bersalin. Harap pengganti yg baru nanti pun buat kerja bagus mcm aisah
ReplyDeleteAamin...terima kasih atas doanya...harap² dapat pengganti yang ok lah.
Delete