Assalamualaikum..
rase macam baru je semalam linda bersalinkan abang Muáz nie.
rupanya dah hampir 13tahun umurnya.
dah pandai minta keluar nak lepak-lepak dengan kawan.
nie TB bulan lepas punya cerita.
abang Muáz tengok Blood Brothers dengan kawan sekelasnya.
di Capitol Selayang, naseb baik depan rumah je.
tapi, linda is risau juga nak lepas kan.
linda hantar dan ambil bila dah habis tu.
lupa nak selfie dengan mak iskandar(yang duduk mencangkung tu).
emak dia lah yang teman anak-anak nie tengok wayang.
terima kasih banyak2 puan.
next weeknya, kalut nak main badminton pula.
sewa court badminton dekat Selayang Mall tingkat 5.
sejam Rm18.
tong-tong lah diorang.
yang nie mula main lepas maghrib, malas nak balik, linda tunggu je.
sambil healing-healing makan laksa dekat Ah Cheng laksa.
lama rasanya tak makan nie.
beli yang junior set je.
tu pun kenyang rasenya.
air nya sedap betul..
teh + kopi, haisyh..
macam nak pegi repeat je.
berkawan baik-baik ye abang Muáz, semoga persahabatan ini membawa kepada kebaikan.
semoga dijauhkan daripada sebarang anasir yang tidak baik..aamin.
risau nya linda nak menghadapi fasa anak remaja nie.
risau pelajarannya, risau perwatakannya.
semoga yang baik-baik je untuk anak-anak kita..aamin.
till then, see ya.
InsyaAllah semoga yang baik-baik buat anak-anak kak linda. Yang penting ibu ayah kena mainkan peranan besar. Anak-anak ni hatinya mudah berubah. Mereka akan terfikir sendiri bila melihat tindakan dan contoh ibu ayahnya...
ReplyDeleteSemoga kita dapat menjadi role model yang dapat menjadi contoh buat anak-anak ^_^
aamin2x..terima kasih atas doanya SS...moga2 contoh yang baik2 nie anak ikot lah...yang tak baik kena sorok...
Deletemasa anak anak masih kecil ada kenangan yang paling indah buat ibu bapa
ReplyDeletebetul tu, walaupun anak dah nak masuk 13 tahun...banyak lagi yang kena belajar...
Deleteamin2....Alhamdulillah, mereka buat aktiviti2 sihat..
ReplyDeletealhamdulillah...
DeleteSedang merasa juga...
ReplyDeleteAbang dah upper form ni baru rajin nak keluar dgn kawan². Angah awal² F1 dulu rajin juga jumpa kawan² sekolah rendah. Now si Kakak la, gegirls kan byk aktivitinya. Tapi setiap kali tu adalah parents yg monitor esp gegirls tu.
cabaran anak zaman sekarang...dulu2 takde pun keluar jumpa kawan2...jumpa dekat sekolah je lah
DeleteInsyaÁllah walaupun lepas kena selalu main tarik tali supaya dia tak leka..sesekali tu tgk bila anak2 berkawan ni teringan zaman dlu2 kan linda..
ReplyDeleteBetul tu... Harap2 ibu dapat lah membimbing anak2
Deleteaamiin ya rabbal alamin
ReplyDeleteAamin2
DeleteAbg Muaz at this age dalam fasa nak berkawan dan ada kawan baik..sama ngan kakak Dania..dulu masa umur2 Abg Muaz pun akak pesan yang sama..
ReplyDeleteSemoga yang baik2 je untuk anak2..
DeleteMak dia nie dulu tak kawan sgt ngan org.. Lone ranger.. Jenis kalau ada kawan ok je, takde pun boleh hidup.. Kikiki
Doa yang baik-baik je untuk anak-anak. Lagi satu, boleh offer rumah sendiri sebagai tempat lepak. Dari dia orang pergi mana-mana, at least kat rumah, kita boleh nampak.
ReplyDeleteKalau rumah kampung @ rumah besar sikit, boleh juga consider tu...
DeleteIbu mana yang tak putus doa untuk kebaikan anaknya..
Anak2 remaja ni kita kena pantau dgn siapa dia berkawan... silap pilih kawan boleh hancur masa depan dia huhu. Sebab tu saya mesti kenal nama kawan anak2 & jumpa dieorg sbb nak tgk perwatakan dieorg macamana. Alhamdulillah so far baik2 aje 😃
ReplyDeleteBetul tu.. Dalam fasa nak mencuba... Tak sama zaman dulu dengan sekarang...
DeleteDah remaja dah anak sulung. Ni fasa2 remaja tgh nk explore semua benda, ralit dgn kawan2 je manjang. Semoga abang muaz jadi anak yg soleh yg membanggakan ibu dan ayah 😁
ReplyDeleteItulah..dah takde masa dengan adik2 dan ibu.. Kikiki...
DeleteDengan ayah lagi takde masa.
kita mungkin boleh pantau anak2 kita. tp dgn kawan2 mereka, mungkin kita juga patut alert. almaklum laa remaja kan... pengaruh kwn2 juga memainkan peranan dalam perkembangan usia mereka...
ReplyDeletebetul sangat...harap yang baik2 je untuk anak2..aamin
DeleteSemoga Muaz dikurniakan kesihatan yang terbaik, dimurahkan rezeki, dirahmati Allah, mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, menjadi anak soleh penyejuk hati keluarga.
ReplyDeleteAamin2 aamin YRA...
DeleteTerima kasih banyak2 atas doanya... 😊😊😊
kejap, anak sulong u sama baya dgn anak bongsu i la kiranya. hahahaa...
ReplyDeletebagus dia nak keluar berkawan buat xtvt luar dgn kawan2, takla mengadap gadjet 24jam.
Anak bongsu kita baru darjah 1...kikiki...
DeleteDekat rumah gajet juga...
selagi kita kenal kawan anak-anak kita, selagi tu insyaallah selamat.
ReplyDeleteInsya-Allah... Aamin2... Mudah mudahan macam tu
DeleteDah fasa nya gitu.. go with the flow je Linda.. Insyaallah semua akan baik² cuma kita kena pantau sebab mereka masih kecil lagi. Dulu masa Abang Rahimi baya² Abang Muaz pun sama gak.. tengok wayang dan jalan² dalam mall. Akaklah tukang bawa dan pulang dia dan kawan². Kadang bawa tengok bola kat stadium Shah Alam. Tu yang sampai sekarang kawan² Bami masih menegur akak kalau terserempak.
ReplyDeleteItulah.. Dulu2 linda duduk dekat estate, tak terfikir lah duduk bandar mcm mana.. Nie skang duduk bandar, celik2 mata nampak mall.. Memg nk teroka lah mereka.. Moga yang baik2 je doa untuk mereka..
Delete