Assalamualaikum.
" Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agong kepada Allah SWT, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya, nescaya Allah SWT perkenan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya, nescaya Allah SWT ampunkan mereka"
(Riwayat al-Nasa'iy dan Ibnu Majah)
Alhamdulillah, pada 29.04.2025 yang lepas, linda adik beradik dapat bersama-sama menghantar mak dan bapak di Movenpick Tabung Haji.
Rezeki mak dan bapak tahun nie dijemput menjadi tetamu Allah untuk musim haji kali ini.
Takmo karang panjang-panjang, moh tengok gambar.
Bapak dan abang nya.
Alhamdulillah, dapat naik flight yang sama.
penerbangan yang ke5 untuk musim haji kali ini.
Gambar beramai-ramai di Movenpick.
Bersama saudara mara, adik beradik dan besan mak bapak dari Kelantan turut sama datang untuk menyantuni.
Aamin2x YRA.
incikSuami pun amik aura, mana tahu suatu hari nanti giliran kita pula..Aamin
Bagasi mak dan bapak.
Wefie lah kita.
Walaupun bapak tak tengok kamera.kikiki
Sampai ketiduran abang Mueez.
Lepas mengamuk lapar.. hahaha.
Dia igt dekat KLIA, boleh la nak huru hara.
Sekali dekat Movenpick, dengan ramainya orang, tak boleh nak melasak.
Tapi, incikSuami dah bawa ke parking lot masjid, ada gerai jualan.
Murah lah sikit dari cafe dekat movenpick tu.
Meriah suasana.
Anak,menantu , cucu semua turut menghantar.
Wefie selagi boleh.
Abang Mu'az sampai menguap berapa kali dah..hahaha
Lagi.
Lagi cipta kenangan.
Sebelum ke Movenpick.
Linda book homestay dekat Kg labohan dagang.
Dalam 10-15 min je nak ke Movenpick.
Senang sikit, tak payah nak kelam kabut.
Anak saudara mak datang melawat di homestay.
Sekali bagi tips sikit.
Alhamdulillah, rezeki mereka menunaikan haji pada tahun 2022.
Yang ada dot pink - mak, bapak
Dot oren - sepupu bapak, bik Nor
Dot biru - abang bapak, wak amat dan isteri wak yati.
Alhamdulillah, 1 flight, 1 maktab.
Linda dan kanak-kanak tak tunggu sampai mak bapak masuk ke dalam Movenpick.
Anak-anak semua dah penat.
Mak bapak, masuk betul-betul jam 12.40 pagi.
Dalam pukul 1 lebih mak beritahu, dengar taklimat, setel kastam semua.
Naik bas ke KLIA, penerbangan pukul 6.30 pagi @ 30.04.2025.
Kita yang dengar nie penat.
Alhamdulillah, selamat sampai Madinah.
Sampai maktab dalam pukul 5 petang waktu Malaysia.
Terkini - 02.05.2025
Gambar pertama mak kirim dari bumi Madinah.
Di hadapan masjid Quba.
Semoga sejahtera hendaknya di sana, dapat menunaikan ibadah dengan lancar.
Mendapat haji yang mabrur, Aamin2x.
Till then, see ya.
Alhamdulillah.. semoga diberi kesihatan yg baik & dipermudahkan urusan mereka semua, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteAamin2 YRA.. Terima kasih SK atas doanya
DeleteAlhamdulillah, dah selamat sampai Madinah. Tumpang seronok baca orang pergi haji ni. Semoga orang tua Linda, dan semua la, sihat² belaka dan kuat untuk beribadat di sana. Aminnn..
ReplyDeleteAlhamdulillah... Insya-Allah.. Kalau mak update, kita pun update..
DeleteAamin2x.. Terima kasih atas doanya kak Nur
Alhamdulillah dah selamat tiba di madinah ye.. seronoknya baca kisah perjalanan org yg menjadi tetamu Allah kat sana.. moga sihat semuanya utk menunaikan ibadah spnjg masa kat sana aminnnnn
ReplyDeleteAamin2..terima kasih atas doanya ana...
Deletemoga mendapat haji mabrur! Allahumma yassir
ReplyDeleteAamin2 YRA... Terima kasih MZ
DeleteAamiin aaamiiin. Semoga mabrur hajinya, semoga keluarga kakak dijaga dan dilindungi Allah selalu selama dalam perjalanan sampai pulang nanti.
ReplyDeleteSemoga giliran kita pergi haji pun bisa lebih cepat yaa.
Zaman dulu orang haji bisa beberapa kali. Orangtua saya sampai 2x. Tp skr, nak tunggu giliran memang sabar bertahun2 😄😅
Semoga sempat kita menunaikan haji sebelum menutup mata... Aamin2
DeleteAmin...semoga mendapat haji yang Mabrur..diberikan kekuatan dan kesihatan juga dalam mengerjakan ibadah haji
ReplyDeleteAamin2... Terima kasih kak SA atas doanya
Deletesemoga kesemua duyufurrahman mendapat haji yang mabrur, diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah
ReplyDeleteAamin2... YRA... Terima kasih atas doanya ammi
Delete