lovvu Dobbu

Wednesday, September 18, 2024

.: ZIARAH KUBUR ARWAH FIL :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ahad lepas 15sept dapat pergi jenguk kubur arwah FIL dekat Titi Serong

masa nie was-was nak masuk
jadi, duduk luar je..
kadang ada part yang tak yakin..jadi tak buat

hari nie baru sempat gugel

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Saya ada soalan. Apakah hukum wanita haid ziarah kubur? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pada asasnya, menziarahi kubur hukumnya adalah sunat kerana ia membawa kepada keinsafan dan mengingatkan hari akhirat. Hal ini sebagaimana riwayat daripada Ibn Mas‘ud R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، فَزُورُوا الْقُبُورَ، فَإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا، وَتُذَكِّرُ الآخِرَةَ

Maksudnya: “Aku dahulunya melarang ke atas kamu ziarah kubur, maka (sekarang) ziarahlah kubur, kerana ia menzuhudkan dirimu dan mengingatkanmu kepada akhirat.”

Riwayat Ibn Majah (307) dan Ibn Hibban (981).[1]

Dr Wahbah al-Zuhaili turut menjelaskan bahawa menurut jumhur fuqaha’, ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi wanita. Ziarah kubur bagi wanita dianggap makruh kerana jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh dan seterusnya akan membawa kepada ratapan dan tangisan. Menurut ulama mazhab Maliki, larangan (makruh) ini hanyalah kepada wanita muda, tetapi bagi wanita tua yang sudah tiada ‘keinginan’, maka hukumnya sama seperti lelaki. Ulama mazhab Syafi’i menyatakan bahawa sunat memperbanyakkan ziarah kubur terutamanya menziarahi kubur orang soleh dan baik, dan hendaklah berdiri di hadapan kubur seumpama berdiri di hadapan orang yang hidup. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 2/541-542).

Berbalik kepada soalan yang diajukan, Syeikh Mahmud Syalabi, Setiausaha Fatwa di Dar al-Ifta’ al-Misriyyah pernah menyatakan bahawa dibolehkan bagi wanita haid untuk menziarahi kubur, mendoakan si mati dan berzikir kepada Allah. Dalam erti kata lain, dia boleh melakukan apa sahaja perkara yang dikehendaki (dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syarak), akan tetapi janganlah dia membaca al-Quran. Dia juga boleh bersedekah, melakukan apa-apa amalan soleh yang boleh dilakukan, tetapi ibadat yang memerlukan kepadanya suci daripada hadas seperti solat, puasa, membaca al-quran, maka janganlah dia melakukannya.

Begitu juga Syeikh Ahmad Mamduh, Setiausaha Fatwa di Dar al-Ifta’ al-Misriyyah juga pernah menyebutkan bahawa dibolehkan bagi wanita haid menziarahi tanah perkuburan, tetapi dengan syarat dia berpegang teguh kepada adab-adab Islam. Beliau menambah, jika wanita tersebut seorang yang berhijab, menutupi dirinya serta dirinya, hartanya dan kehormatannya selamat atau aman daripada fitnah, dia beriltizam dengan kesabaran dan ketenangan serta tidak beramal dengan amalan-amalan Jahiliyyah, maka dibolehkan baginya untuk menziarahi kubur dan orang mati. Beliau turut menjelaskan bahawa tanah perkuburan bukanlah sebagaimana di masjid. Oleh itu, wanita haid boleh pergi menziarah kubur, tetapi dia tidak boleh membaca al-Quran semasa dia sedang dalam haid.[2]

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, kami berpendapat bahawa tidak mengapa seorang wanita haid untuk menziarahi tanah perkuburan tetapi dia syarat dia hendaklah menjaga dirinya dengan adab-adab Islam. Hal ini kerana tanah perkuburan bukanlah seperti masjid, dan menziarahinya adalah untuk mengingatkan kepada kematian dan hari akhirat serta mengambil pengajaran daripadanya.

Sekalipun begitu, dia juga hendaklah menjaga dirinya daripada melakukan apa-apa perkara yang dilarang oleh syarak berupa amalan-amalan jahiliyyah seperti meratap dan tangisan yang keterlaluan. Apatah lagi jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh lalu membawa kepada perbuatan yang dilarang oleh syarak. Atas dasar inilah, sebahagian ulama berpendapat makruh kepada wanita untuk menziarahi kubur.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.

Wallahu a‘lam.

[1] Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut menyatakan bahawa sanadnya adalah dha’if dalam takhrij Sahih Ibn Hibban (981).

[2] Lihat https://www.elbalad.news/5099213. Diakses pada 24 April 2023. 


sambil-sambil tunggu kat luar tu..
ambik lah gambar padi yang tertinggal dekat bahagian tepi
sebab dekat bendang, padi dah kena tuai...

incikSuami konon nya nak tabur batu kecik-kecik atas kubur
niatnya, nak elakkan tanah rata je lah
yelah, kami nie tak selalu dapat ziarah kubur..
sekali kena tegur ngan qariah masjid, dia suruh korek balik batu kecik-kecik tu
katanya tak boleh buat di tanah perkuburan situ
tapi, garang betul ayat dia bila incikSuami cakap dah korek balik batu dan gembur2 tanah bagi tinggi sikit

kariah masjid tu jawab "tak boleh tinggi-tinggi sangat pun, kalau ikot sejengkal je dah cukup"  tapi, dengan nada yang tinggi jugak lah...

jadi, dah selesai tu, kami pun cepat cepat lah bergerak keluar dari situ

faham, lain pengurusan lain lah caranya
tapi, kawasan kubur pun tak tersusun..
kalau kubur belah dalam, jenuh nak mengelakkan terlangkah kubur orang lain...
folo je lah kan..

till then, see ya

 

20 comments:

  1. Sampai macam tu garangnya Linda ya. Tak boleh ke cakap elok2?. Hmmm.....kalau akak pun seram jugak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Agaknya, dia igt kitorg tak dengar kot... Sabar je lah...

      Delete
  2. Dulu kita pernah belajar, pasal takut menitis, tu yg tak boleh. Tapi skrg kan dah ada pad yg bagus. Tapi kita tetap berpegang pd larangan la, takuttt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Jadi nie, dah tahu.. Insya-Allah boleh je ziarah.. Tapi, jgn berlama2 lah...

      Delete
  3. Sama mcm kawasan kubur arwah ayah Akk, tak tersusun. Sekarang ni baru masjid buat lot dgn teratur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...sekali dengan perkuburan lama rasanya... Sebab nampak yang lama2 dengan batu sungai pun ada

      Delete
  4. Semoga smp sedekah doa2 kita kpd yg telah tiada..AMin

    ReplyDelete
  5. Saya pun selalu juga ziarah kubur papa mama mertua walo terkadang haid. Dulu pernah dibagi tahu ustad tak mengapa.

    Kasar juga Karimah mesjid tuh yaa.. bisa lah seharusnya jawab baik2, tak perlu meninggikan suara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Tak teringat nak yakin kan diri sendiri semula.. Jadi, kita tunggu di luar lah..

      Mungkih pakcik tu igt kami tak berapa dwngar kot..

      Delete
  6. Oh okay boleh la ziarah kubur dlm keadaan haid.. ok ok faham... Dgn memegang penuh syarat2 yg harus dipegang teguh.. Garang pula kariah situ tapi tak apa la.. mereka yg menjaga kebajikan kubur2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Kita ok je.. Anggap jelah kariah tu mcm bapak kita...

      Delete
  7. Terima kasih atas perkongsian.

    Pakcik tu garangnya tapi betullah, mungkin lain kariah, lain cara pengurusannya. Kita ikut jelah mana yang baik. Janji ada tanda untuk mudahkan kita mencari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...
      Insya-Allah... Naseb baik kubur arwah FIL belah2 depan je... Tapi, next tak pasti lah kan...

      Delete
  8. Betul lah. Lain pengurusan, lain pe'elnya. Kalau kat tempat saya, takde yang larang. Cuma tak boleh buat binaan kekal je.

    Sekarang musim hujan. Kalau tak letak batu-batul kecil, nanti rumput-rampai mudah tumbuh yang hanya akan buat kubur jadi semak samun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Suami fikir, sebab kami jarang nak menjenguk kubur...
      Tapi, nak buat mcm mana kan... Kena ikot rules lah

      Delete
  9. Ke mmg style org kampung tu bercakap guna “high pitch”?

    ReplyDelete
  10. strict dan garang betul yer...tgk tmpt lah kot sbb kat kg MZ, tak de apa2 restriction pun utk letak batu ker apa ker atas kubur

    ReplyDelete