Dalam mazhab al-Syafie, disunatkan kepada imam atau orang yang solat bersendirian untuk membaca doa qunut pada rakaat terakhir solat sunat Witir dan ia dibaca pada 15 malam terakhir bulan Ramadan, iaitu bermula malam 16 Ramadan. [Lihat: al-Muktamad, 1/309]
Menurut Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat, disunatkan untuk berqunut pada keseluruhan bulan Ramadhan, dan ini merupakan mazhab Malik.
Selain itu, terdapat juga dalam kalangan ulama yang berpendapat disunatkan untuk berqunut dalam solat witir sepanjang tahun — yakni tidak dikhususkan hanya bulan Ramadhan — dan ini merupakan pendapat empat ulama besar dalam kalangan ashab (ulama mazhab Syafi‘i) iaitu Abdullah bin al-Zubairi, Abu al-Walid al-Naisaburi, Abu al-Fadhl bin ‘Abdan dan Abu Mansur bin Mihran.
Inilah pendapat yang kuat dari sudut dalil berdasarkan hadith al-Hasan bin Ali.
Akan tetapi pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i ialah pendapat yang pertama — yakni pada separuh akhir bulan Ramadhan — dan inilah yang dipegang oleh jumhur ashab (ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i).
Walau bagaimanapun, tiada masalah jika seseorang itu mahu beramal dengan berqunut dalam witirnya sejak hari pertama Ramadan lagi kerana ia juga merupakan pendapat sebahagian ulama kibar dalam kalangan mazhab Syafi‘i, yang tidak mengkhususkan qunut dalam witir hanya dalam bulan Ramadan.
رَأَيْتُهَا فَأُنْسِيتُهَا، فَتَحَرَّهَا فِي النِّصْفِ الْآخِرِ
Maksudnya: “Aku melihatnya (lailatul qadar) dan terlupa akannya. Maka carilah lailatul qadar pada separuh yang terakhir — dalam bulan Ramadhan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir (347)]
Kejap je masa berlalu. Terima kasih ingatkan tentang qunut witir.
ReplyDeletesama2...ingatkan diri sendiri jugak nie
Deletekejab je dah 15 hari kan
ReplyDeletebetul MA...kejap je rasenya
DeleteTahu2 dah separuh ramadhan kita lalui kan?....
ReplyDeleteberbaki lagi 15 hari...semoga kita dapat beramal ..aamin2x
DeleteSekejap je masa sekarang ni, rasa baru je bulan Ramadhan.
ReplyDeletebetul tu...kejap je rasenya
DeleteSebelum kita merindui Ramadan, baik rebut segala kelebihan yang ada pada Ramadan yang sedang dijalani ini
ReplyDeleteBetul tu... Sementara masih ada peluang.... Rebut lah...
DeleteTidak terasa bulan ramadhan sudah hari ke 15, dan nanti sholat tarawih ada bacaan doa qunut.😀
ReplyDeleteBetul tu Mas Agus... Terasa nya baru semalam puasa
DeleteCepat betul masa berlalu. 😥
ReplyDeleteYa Allah.. Betul sgt... Sekejap kita insaf, sekejap kita lupa... Allahuakbar
DeleteSedar tak sedar dah 15 ramadhan kan
ReplyDeleteSemoga berpeluang bertemu malam lailatul qadar.. Aamin
DeleteYe betul..cepat betul masa berlalu...terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteSama2 SA
Deletethanks for sharing
ReplyDeletesama2 sis
Deletebarakallah fiik for the sharing
ReplyDeleteSama2
DeleteGa berasa ya kak lin 😍. Antara senang dah dekat idul Fitri, tapi juga sedih ramadhan sebentar lagi berakhir.. semoga tahun depan kita masih bisa bertemu lagi dengan puasa
ReplyDeleteInsya-Allah.. Mudah mudahan...
Delete