Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, November 23, 2026

.: KENDURI DI SEKINCHAN :.

Assalamualaikum. 

Sabtu, 31 Oktober 2026 - rentetan incikSuami seterika baju tu. 
heading to Sekinchan, ke majlis perkahwinan anak kakak sepupu linda (anak buah bapak).
linda gerak dari Tronoh, terus ke Sekinchan.
Alhamdulillah, jalan tak jem pun.
sampai dalam pukul 11 pagi.

sampai-sampai, makan dulu.
lepas tu, baru la berkeliling jumpa sepupu sepupu, makcik makcik, saudara mara.

semeja,wak Yati yang bertudung hijau.
kak mas tengah2 tu.
lelain semua sepupu sepupu.
yang memang jumpa setahun sekali, waktu raya, itu pun kalau ada rezeki.

tudung hitam, bik Jam, emak dan bik Midah.

candy booth sepupu putrajaya sponsor.
Alhamdulillah, murah rezeki selalu.

dengan cik ros(baju hijau), dan sepupu linda

dalam 12.30 tengah hari, pengantin dah mula berarak.
syantek ya pengantin.
anak sepupu yang perempuan tu, Mira namanya.

ini Musa.
stail malu-malu tucen nak bergambar. hahaha

one with adik, Aishah yang dekat Shah Alam tu.
dia balik rumah mak malam tu.
lepas balik kerja hari Jumaat, terus shoot balik kampung.
tengah hari tu dia terus balik Shah Alam semula.
linda pun balik Tronoh semula, tak bermalam dekat kampung.
sebab abang Mueez pun tak ikut waktu tu, dia jadi runner game bola tampar dekat taman perumahan tu. hari sabtu dan ahad.

sebelum balik, dengan mak pengantin.
ni la sepupu linda, kak Lina.
anak buah bapak.

saja la nak up.
sedondon dengan incikSuami waku ni.
dah balik, sampai dekat rumah, baru la kita ambil gambar.
takpelah lewat pun, janji ada gambar. hihihi

till then, see ya.

notakaki - apa ntah yang dibizikan, lama betul peram entry nya.ada lagi tau entry peram. hahaha

18 comments:

  1. gambar last pengantin lama pun masih sweet berseri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Akak, dah boleh masuk muzium pun pengantin lama ni.. Waranti pun dah habis.. 🤣🤣

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah, dapat jumpa yang jauh2, jarang jumpa

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Hadir kenduri memang seronok nk lg sedaramara kan
    Dpt lah berjumpa bersembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, betul tu kak.. Sambil bawa anak kenal2 saudara mara

      Delete
  4. Seronok kan jumpa famili yg kdg susah nak jumpa. Selalu masa majlis kahwin lah dpt jumpa

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak sepupu Linda dapat menantu. Nampak muda lagi orangnya tu.

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru buat pengantin walaupun dah peram entri ni 😁

    ReplyDelete
  7. Selamat pengantin baru..
    seronok jumpa sepupu-sepupu, sedara marah dkt rumah kenduri...

    ReplyDelete
  8. Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair. Selamat pengantin baru buat anak saudara Linda 🌸

    Muka pengantin perempuan saling tak tumpah muka maknya, sepupu Linda tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Sama muka pengantin dengan mak nya.. Anak perempuan sorang.. 3 orang lelaki

      Delete
  9. Bestnya dapat berkumpul masa kenduri kahwin, meriahnya tu rasa lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Diberi kesempatan berkumpul saudara mara..

      Delete