Luluh hati Min baca berita hari ini. Hanya kerana minta dibelikan ayam gepuk kerana mengidam, seorang suri rumah dibelasah suaminya di sebuah flat di Cheras.
Allahu... para suami, tolong faham.
Isteri "mengidam" ni BUKAN sengaja nak mengada-ngada, bukan nak 'test' kesabaran suami, dan jauh sekali niat nak menyusahkan. Ia adalah adaptasi BIOLOGI dan SAINS yang berlaku di luar kawalan mereka!
Bila isteri hamil, badan mereka sedang lalui fasa 'berterabur' yang sangat meletihkan
1. Hormon Sedang 'Reset' Otak
Hormon estrogen dan progesteron mencanak naik. Ini mengubah cara otak memproses deria rasa dan bau.
Sebab itu makanan biasa tiba-tiba jadi meloyakan, dan makanan tertentu terasa sangat "memanggil".
2. Hormon Lapar-Kenyang Berubah
Sistem kawalan selera makan (seperti leptin & ghrelin) sedang bekerja keras menyesuaikan diri untuk menampung keperluan tenaga ibu dan menyokong pembesaran janin.
3. Sistem Perlindungan Semulajadi
Sains melihat 'mengidam' dan 'loya' sebagai cara badan melindungi janin daripada bahan yang berpotensi memudaratkan.
Jadi, jawapan paling tepat ialah wanita hamil mengidam kerana badan dan otak mereka sedang “reset” cara menghidu, merasa, dan mengawal selera makan ketika hormon berubah serta keperluan tubuh meningkat.
TAPI AWAS
Sebahagian besar mengidam makanan adalah normal. TAPI, kalau isteri mula mengidam benda BUKAN makanan seperti ais batu (secara luar biasa), tanah, kertas, atau kapur .
Ia bukan mengada-ngada, tapi amaran badan bahawa isteri sedang mengalami KEKURANGAN ZAT BESI (Anemia) .
Wahai para suami, emosi dan fizikal wanita hamil sangat rapuh. Kalau tak mampu, tak ada duit, atau tak sempat belikan apa yang isteri mengidam, berbincanglah elok-elok.
Peluk dan pujuk dia.
Mengangkat tangan dan membelasah isteri kerana isu makanan adalah satu jenayah dan perbuatan yang sangat dayus
#PublicHealthMalaysia #HentikanKeganasanRumahTangga #KesihatanIbuHamil #SainsMengidam #DomesticViolence #PDRM #KehamilanSihat #SuamiKenaTahu
till then, see ya.

ye betul...setuju..kalau akak kena...flying kick balik jantan dayus tu...biadap betul..satu lagi kes yang pukul bini tgh preggy anak kembar kat Melaka, lepas tu dia bawak bini dia lari..sampai skrg x jumpa kan..x tau la apa cerita selanjutnya
ReplyDeleteItulah..susah nak jumpa perempuan yang ada keberanian.. moga yang teraniaya tu cepat tersedar, cepat keluar dari ikatan yang toksik tu.
Deletekesian. semoga anak-anak dara kita nanti dapatlah jodoh yang tak perlu kaya tapi mampu jaga anak kita sebaiknya. Along ammi haritu pun cancelkan pertunangan anaknya sebab eh baru seminggu tunang dah macam2 hal. jeles tak bertempat. berumahtangga kat tempat kerja anakbuah sebab taknak anak buah tu senyum pun dengan customer. ehhh ko dah kenapa?
ReplyDeleteAamin YRA.. yang penting cukup seadanya dan dapat bimbing ke arah yang lebih baik..
DeleteHaaaa, bagus kak long Ammi..nasib baik anak buah ammi tak meroyan sama..kadang risau juga dengan tuan badan, masa bercinta kan semua nya indah.. hahaha
Kesiannya.
ReplyDeleteKan..kesian tau..kita ni kawin, tak mewah pun takpe..tapi, nak rasa dilindungi, dikasihi..tapi kalau sampai mcm ni.. Allahuakbar...
DeleteUncle pernah ada kawan mengidamkan peti ais... laki dia beli... (kisah betul)
ReplyDeleteHaaaa...macam ni lah suami yang kita mahukan...apa lah sangat dengan pengorbanan isteri yang mengandung dan melahirkan zuriat dia..hihihi
DeleteMemang takut bila ada isu macam ni. Moga Cuya dikurniakan suami yang terbaik disisi Allah dan bertanggungjawab. Nak cari lelaki pon nak kena tapis, zaman sekarang bukan leh caya
ReplyDeleteSame goes too perempuan Cuya.. hihi.. moga Cuya jumpa jodoh yang Soleh,bertanggungjawab dapat bimbing Cuya ke arah kebaikan..aamin
Deleteishhh tak faham jantan macam ni. memang elok di kakikan je jantan takde tanggungjawab camtu.
ReplyDeleteItulah..kudrat lelaki macam mana kan..pompuan ni memang kena belajar basic mempertahankan diri.. boleh la tepis kalau orang nak buat jahat kat kita..
DeleteSemoga anak cucu kita sentiasa dilindungi Allah. Seram baca cerita zaman sekarang ni
ReplyDeleteAamin YRA..
DeleteApa laaa...isteri nak makan jew pon bukan nyer suh beli lambo ke....wahai ibu yang mengidam kita beli sendiri jew...atau order on9
ReplyDeleteItulah..mana mampu buat sendiri, cari je sendiri..
DeleteIsh ish ish... kesian kita mendengornya. Tak tahu apa nak jadi zaman sekarang. Semoga dijauhkanlah dari kita dan keluarga kita.
ReplyDeleteaamin YRA... semoga yang baik2 je untuk anak cucu dan ahli keluarga kita...
DeleteTak tau nak kata apa, sedih geram semua ada ... Mudah-mudahan dijauhkan perkara buruk begini menimpa anak² kita
ReplyDeleteya Allah, betul sangat... tenant dah masyarakat kita sekarang..
Deletesemoga yang baik2 je untuk kita semua..aamin
Ayat penyedap.. kita tidak berada di tempat mereka..
ReplyDeleteAyat biasa.... vongok punya laki😬😬
tak boleh nak buat ayat penyedap... apa pun, suami tak boleh buat kekasaran pada isteri... 🥲🥲
DeleteTak faham dgn lelaki yg dah berkahwin ni kalau nak panas baran sangat dah kenapa.. kalau diri tu tak boleh nak cool down jgn kawen buat naya anak org jer..
ReplyDeletebetul tu...
DeleteSaya tak paham dengan lelaki macam ini. Coward sangat atau memang sakit jiwa 😡. Prinsip saya, sekali saja tangan tuh laki ada mendarat di badan saya dengan maksud kekerasan, tak ada maaf. Saya LGS memilih divorce. Sebab sekali dia berani pukul istri, berikut2nya akan lebih berani.
ReplyDeleteSaya dah bilang juga dengan anak perempuan saya. Nanti kalau dah dewasa, dah akan menikah, wajib pilih calon suami macam papi mereka. Lembut, sabar, tak pelit terhadap keluarga. Kalau standardnya di bawah papi mereka, tinggalkan sajalah terus.
Kadang² tu, lepas bernikah baru tahu semua nya..
DeleteMoga dijauhkan dari anak kita
Berapa sen jelah sangat ayam gepuk tu.. lagipun memang tanggungjawab hakiki suami sediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian pun kan. Bab makanan pun dah baran bebenor camne nak tanggung bini dgn anak ni.
ReplyDeleteYa Allah..betul sangat tu Mazni...
Deletekesian sangat. baran tak boleh control.
ReplyDeletecuma teringat teringin sgt mi bandung, skali jiran tlg belikan pes ja. hahaaaa~ menahan rasa nak makan mi bandung sampai mom dtg KL masakkan mi bandung. preggy si auni.
Itulah..kesian bila dengar mcm tu.. walaupun laki kita tak romantik mana pun, janji tak baran..
Delete