Assalamualaikum.
Sabtu, 28.02.2026 - mak,bapak,kakmas, Amar dengan abang Mu'az yang datang Tronoh buka puasa ramai² dekat sini.
Terima kasih kak mas nak datang bawa semua.
Penuh meja.
Tak ambil gambar lauk, Linda masak ayam sambal, siput sedut masak lemak dengan sayur bayam+carrot.
Nasib baik ada meja camping ni ha.
IncikSuami buka la buat letak makanan.
Yang dah berumur, duduk dekat meja makan.
Anak² muda remaja, ambil makanan duduk dekat depan.
Yang pertengahan (Linda dengan incikSuami la) makan dekat meja camping tu.
Macam² jenis air ada.
Nasib baik ada kabinet dapur ni, dah jadi macam Island table haa.
Pandai incikSuami atur rumah.
Memang dia yang kemas rumah, barang² pindah hari tu.
Dia yang susun², Linda cuma betul² kan je.
One with anak bujang.
Hai lah, keluar balik rengekan nak keluar asrama.
Pening lah ibu. Hahaha.
Sambil² tu, abang Mu'az hulur duit topup kat ibu.
Dia cakap takde duit belanja, incikSuami pun lupa nak bagi la tu.
Harap kan abang Mu'az, kalau dengan ayah je, terus takde bersuara..hahaha
Tapi, yang ni tetap dia tak guna, sebab dia dah cakap nak bayar duit topup kat ibu.
Aduh, kadang² terharu tau ibu ni, kadang² geram je.
Apa² pun, ibu selalu doakan yang terbaik untuk anak² ibu.
Till then, see ya.





Berbuka puasa ramai-ramai memang meriah...itulah satu hikmah berpuasa...dapat bergembira dan dapat pahala juga
ReplyDeleteAlhamdulillah...tu yang seronok, riuh rumah
DeleteSeronok berbuka ramai2. Meriah menu macam2 ada.
ReplyDeleteBetul tu..riuh sikit rumah
DeleteMengoda sungguh tenguk tembikai tu. Memang seronok kalau berbuka ramai-ramai
ReplyDeleteAlhamdulillah..tembikai tu manis...
Deletebest bila dpt bersama2 ;) moga yg terbaek utk anak2 kita
ReplyDeleteInsyaAllah...aamin YRA
Deleteenjoy the momen, meriah buka beramai-ramai.
ReplyDeleteeh part top-up tu kan, bila anak bagi payment mmg rasa terharu betul, adli suka buat camtu bila dia nak top-up touch and go.
Bab topup .memang dah ajar anak²..nak topup, sila bagi duit kat ibu..hihi.. tapi, ada je masa ibu belanja je...tapi, just nak ajar..pakai telefon, ada tanggungjawab..telefon pun semua beli sendiri, ibu tak belikan.
DeleteBest buka puasa ramai-ramai. Meriah!
ReplyDeleteAlhamdulillah..betul tu
DeleteBest nya bisa berbuka ramai2 dengan kluarga. Saya blm lagi ada berbuka puasa dengan keluarga atau teman. Ntah kenapa malas sangat nak kluar kak 😅😅😅.
ReplyDeleteBaguus juga anak2 beli sendiri utk pulsa top up ya kak? Atau yg sudah besar saja? Nampaknya anak saya mesti saya buat begini 🤣. Selama ini auto debit dari kartu papinya.
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan...
DeletePasal pulsa top tu, emangnya perjanjian..hahaha.. Kerna mereka sendiri yang mahupun nombor telefon sendiri, jadi harus la bayar sendiri komitmennya..yang udah ada nombor masing2..anak no 1 dan 2.. yang no 3 dan 4 masih belum punyai nombor telefon.
Aduhai anak yang baik menyejukkan mata ibubapa tu dek..bagusnya ank gini..
ReplyDeleteAlhamdulillah...aamin..
DeletePeel anak2 macam-macam la ya. Kadang buat kita terharu juga.
ReplyDeleteBetul tu kak ezna..yang buat pening kepala pun ada juga..kikiki
DeleteAlahai dah kenapa nak keluar asrama plak tu...
ReplyDeleteEntahla kak..pening mak nya ni..dah tersepit bapak dengan anak...
DeleteKena cari jalanlah Linda biar abam muazz ni mesra ngan ayahnya. Lelaki ni ego melambung. Risau nanti dia rasa ayahnya pilih kasih, ayah tak sayang dia
ReplyDeleteTak tau nak cakap kak..bapak, anak.. sama je..
DeleteNak kata tak bercakap, ada part boleh je bercakap.. cuma, tak berapa mesra..
Mungkin Abang Mu'az penat bulan puasa ni.. jadual kan agak padat, dengan solat terawih, prep lagi. Pujuk² dulu. Weekly kalau boleh balik, biar dia balik.
ReplyDeletememang follow je kehendak dia ni kak..ntah apa lagi masalahnya..sampai bila dia call tu. ibu is seram nak angkat phone.. hahaha..
Delete