lovvu Dobbu

Monday, December 15, 2025

.: LUMUT, PERAK :.

Assalamualaikum.

Khamis, 11.12.2025 - cuti peristiwa untuk negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.
Linda pun ambil kesempatan day trip ke Lumut.

Disebabkan jem (ingatkan tak jem), selepas kawasan rehat Tapah hala ke Simpang Pulai. Tak tahu lah sebab apa..tiba² je.
Dapat la snap gambar air terjun ni.
Sebelum ni, memang tak sempat Ler.

Di kejauhan.
Katanya ni air terjun Lata Kijang.

Zoom sikit.
Subhanallah, tengok air terjun dalam Malaysia je, pun dah seronok sangat.
Moga ada rezeki tengok air terjun luar Malaysia pula..aamin.

Sampai Lumut dalam pukul 1.10 petang.
Gambar ni, masa nak keluar dari Lumut dah. Tapi, Linda letak atas lah. Menandakan dah sampai Lumut.

Ke mana kita, sampai ke Lumut berjalan nya.

Hantar bunga telur dekat Biha.
Dulu kan staff hosp Selayang juga. Rajin ehh hantar sampai Lumut. Alang² tu, singgah rumah Tronoh letak barang² sikit.

Udah lalu gate belakang dekat Lumut tu.
Moh Ler kita singgah tempat jatuh lagi dikenang.

Kira 2nd posting ke camne? Sebab 2minggu je duduk HQ, ILKKM Ulu Kinta,Perak. Lepas tu dihantornya ke cawangan ni haa.
Dekat 3 tahun juga lah bertapa dekat sini.
Walaupun staff ada berapa kerat je, tapi memang syok la kerja sini.

Tinggal kak Ija(tengah) dengan kak As je.
Driver pun udah di reshuffle ke Ulu Kinta.
Penyelia Asrama ,kak Ayue pun udah di anto ke Ulu Kinta juga.

Lepas ni,kalau singgah lagi.
Dah tak kenal kot staff yang menjaga.
Alhamdulillah, dapat lah tanya² khabar dengan akak² otai kita.

Udah la kak iJa cakap "patutlah tengah hari tadi masa akak beli lunch teringat kamu, tengah dok ambik timun. Teringat kamu haa"
Memang hantu timun Linda ni, beli lunch, lauk ikan goreng , timun banyak², letak sambal belacan. Dah boleh makan.
Panjang umur Linda, kak Ija teringat, terus Linda sampai depan mata dia.

Moga sihat² selalu ye semua, ada rezeki. Kita jumpa lagi.

Till then, see ya.

26 comments:

  1. Kat Gombak lengang jap hari Selangor cuti tu. Hehe..
    Sempat melawat kawasan ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu hantar anak sekolah, kerja pun tak payah pegi

      Delete
  2. saya pun suka tgk air terjun tu bila lalu PLUS menuju ke utara...memang sgt cantik! setanding cantiknya mcm waterfall kat swiss ;)

    ReplyDelete
  3. Sambil melawat lubuk rezeki lama dpt la reunion kan? sy x pernah sampai lumut ni linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Mim.. boleh la plan, ke pulau Pangkor sekali... Naik jeti kat Lumut

      Delete
  4. Terus jumpa kawan2 dan mini reunion erk....jauh tu ha hantar bunga telur...

    ReplyDelete
  5. Kalau di tempatkan tempat kecil seronok sebab tak ramai staf dan tak banyak songeh apa lagi kalau kerja ngam semua. Memang seronok walaupun fasiliti kureng dari pejabat besor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Notie.. alhamdulillah..semua geng kepala masuk ayaq.. hahaha

      Delete
  6. Tempat kerja kecik ni best, sebab bole rapatlah kan dgn semua orang kan...
    Patut muka Linda licin, hantu timun rupanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rakan sekerja pun semua baik²... Alamak..dalam gambar je licin tu..filtehhh lebey

      Delete
  7. Alhamdulillah dpt jmp kwn2 lama...Semoga Linda dpt trf cpt2 =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Aamin².. thank you for your doa...

      Delete
  8. Jauhnya menghantar ya.....takpe boleh jumpa kawan2 jugak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..nak pos, risau kemek² bunga telur nya...sambil² boleh la ziarah kawan²...

      Delete
  9. Lata kinjang seingat ciknur penah sekali mandi manda sini
    Zaman muda remaja he hee
    Zaman tu sukaa benor mandi lata

    ReplyDelete
  10. Orang ambik cuti Jumaat tu, jadi long weekend orang selangor ya. Dapat jumpa kawan² lama, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah agaknya...Linda tak ambil cuti pun, sebab nak cuti sebelum Krismas tu

      Delete
  11. air terjun lata kijang tu saya tak pernah smpai lagi. selalu tgok orang share gambar je :D
    lamanya tak datang lumut sejak2 dah takde kampung ni.. kami selalu singgah beli produk ikan2, keropok2 kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Linda pun tak pernah pergi lata kijang tu..orang je dok sebut².. bila² boleh la ronda² lumut

      Delete
  12. Jauh berjalan kak... Alhamdulilah rezeki jumpa ofismate lama.
    Biasa kalau orang teringat seseorang tu memang kadang2 muncul depan mata.
    Sama macam ibu Cuya, kalau dia tiba2 nyebut nama org tu, tiba2 orang tu akan contact dia. Macam ada connection jarak jauh hahaha. Tu semua kuasa Allah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tu kuasa Allah..alhamdulillah, tanda nya ada juga orang rindu kita..hihi..

      Delete