Assalamualaikum.
Aktiviti terakhir pada hari ulangtahun perkahwinan ke 14.
Takde acara makan².
Tapi ada acara shopping kasut.
Selesai menonton Papa Zola..
Buat urusan kendiri sekejap.
Tiba² incikSuami ajak pergi Puncak Alam.
Follow jelah.
Ke Nish Bundle.
Anak² tau lah. Diorang tengok TikTok.
Banyak kasut.
Atas pun ada. Bawah pun banyak.
Anak² pun dah rambang mata. Hahaha.
Onitsuka kuning tu cantik, tapi takde saiz dah.
Adidas samba hitam.
Tapi, bosan la hitam je.
Jom jalan² lagi..
Tengok mana yang berkenan.
Kak M dah dapat yang berkenan di hati.
Eh, awak pun lawa juga.
Sweet je. Memang nampak gegirl betul.
Naik turun, ke depan ke belakang.
Try yang ni, try yang tu.
Sejam juga dekat dalam ni.
Masing² pun dah tetap dengan pilihan hati.
Jom bayar.
6 pasang semuanya.
Harga jangan tanya, walaupun bundle.
Anak² siap cakap mahal harga nya..hahaha.
Nampak sangat ibu selalu belikan kasut dekat Shopee je, itu pun yang bawah RM70 je.
Tak baloi kadang tu, pakai sat ja, lepas tu tak muat dah..
Haaa, mcm sneakers yang selalu linda pakai tu, beli untuk abang Mu'az..baru pakai sat, dah kena tukar saiz.
Nasib sneakers tu saiz Linda, Linda lah yang sambung kontrak pakai.
Kasut yang lain², memang tak sambung kontrak lah.. dah beso.
Kaki ayah pun kalah dengan kaki abang Mu'az..
Eh, nak tahu ke Linda pilih kasut yang mana?
Finally, Adidas Samba hitam putih ni.
Sebab sedondon dengan incikSuami.
Saja lah nak matchy².. 🤭🤭
Tapi, tulah.. tak rasmikan pun lagi.
Alhamdulillah, terima kasih incikSuami belanja kami anak beranak kasut baru.
Moga murah rezeki selalu, diberikan kesihatan berpanjangan. Aamin.
Habis sudah cerita 17 Disember kami.🥰🥰
Till then, see ya.









Walaupun bundle tapi nampak macam baru lagi ye Linda. Macam menarik je, boleh la cari tempat ni kalau nak cari kasut sukan baru 👍🏻
ReplyDeleteBetul, nampak macam belum berpakai.. nanti boleh la search, sebab ada banyak cawangan juga ni
DeleteKasut bundle tapi ori, kan. Itu yang ada mahal harganya. Bestnya, beli kasut berjemaah satu keluarga. 😊
ReplyDeleteA ah kak Nur.. Alhamdulillah.. ada rezeki nak beli kasut untuk satu keluarga...
DeleteBudak2 memang cepat membesar kaki pakai kejap je dah tak muat.
ReplyDeleteAbg Mu'az je..rasa tak baloi beli kasut kat dia.. hahaha..pakai 3,4 kali je..pastu tak muat dah..
DeleteBanyaknya kasut. Memasing sudah punya taste.
ReplyDeleteNanti yg matchy tu sila selfie ye.
Kasut dekat kedai memang banyak.. hihi..
DeleteAlaa .. malu nak selfie
nanti dah rasmi snap gambar sesama up sini tau
ReplyDelete🤭🤭 dah 2 orang request ni.. kena up juga ni.. hihihi
DeleteWahhh dapat Adidas tu. Memang harga Adidas ni selalunya mahal.
ReplyDeleteBanyak pilihan dekat kedai tu..adidas samba ada..gazelle pun ada.. anak ramai ,beli bundle je lah..hihi.. kalau tekak sorang je, mungkin boleh beli yang ori..
DeleteHari tu berkenan Gazelle kat satu kedai ni. Berkenan je la tak beli pun.
DeleteItulah..kalau ikut, banyak yang berkenan..
DeleteAlhamdulillah masing² dapat habuan kasut sorang satu. Cantik² dan byk pilihan ye di sini. Kot sampai sana, bole la shopping kasut kihkih
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki jangan ditolak..
Deletelawa sgt sebab branded items tu! sure anak2 happy dpt kasut pilihan masing2 yayyyyy anyway epi anniversary sekali lg utk linda dan suami!
ReplyDeleteAlhamdulillah..masing² pilih sendiri..puas hati lah tu.. terima kasih for the wish MZ
Delete