lovvu Dobbu

Saturday, March 22, 2025

.: GENG BAS UMT :.

Assalammualaikum.

Cerita Sabtu lepas, 15.03.2025.
Linda ke Putrajaya, menziarahi suami Pacha (geng bas UMT).
Setelah 3minggu menetap di hospital Serdang, Alhamdulillah dah boleh discaj.
So, linda ziarah dekat rumah je lah.
Itu pun lepas tanya Pacha, risau lah kalau mereka masih belum ready nak terima tetamu.

Suami Pacha, Aizu, doktor diagnos menghidapi penyakit SLE.
Itu pun setelah 3 minggu kat hospital, baru dapat buat diagnos.
Agak teruk juga lah, rase nya bukan SLE tahap awal-awal lagi dah.
Memang dah tahap teruk.
Pacha cerita simptom-simptom awal tu dah ada, beberapa tahun dulu.
Tapi, lelaki kan. Selagi boleh berjalan, bergerak, boleh melakukan aktiviti seharian tanpa masalah, takdenya nak pegi chek up.
Last-last, Aizu lemah kaki, tak boleh nak berjalan, baru lah refer hosp.
Mcm biasa, diorang pegi hospital panel insurans dulu, doktor suggest ubat yang bernilai hampir seratus ribu.
Tapi, tak tahu penyakit apa, dan tak pasti akan pulih ke tak.
Terus lah Pacha cakap transfer ke hosp serdang je lah, sebab insurans dah guna dan tak boleh cover sebanyak tu dah.
Kena topup pakai duit sendiri.
Sambil berbincang tu, tiba-tiba Aizu collapsed, memang takde heartbeat terus.
Alhamdulillah, Allah nak bagi Pacha lubuk pahala, Aizu masih bernafas sehingga kini.
Tapi, kesan daripada ubat linda rase, memory Aizu bercelaru.
Dia tak ingat kisah-kisah lama.
Dia lemah, macam anak yang baru nak belajar berjalan.
Memang lain lah dari Aizu yang linda kenal.
Speed recovery ya Aizu..Aamin.

Nie lah Pacha.
Semoga ko terus kuat beb, kena banyak2 sabar.
Kalau rase tertekan ke apa...
Kitorang ada, walaupun dalam wassap group je..hihihi

Nie rumah Pacha.
Dulu masa linda keje dekat Alamanda, rase macam takde je lagi rumah APt Tinggi2 gini.

Dah alang-alang dekat Putrajaya.
Kami pilih untuk ke IOI mall, untuk berbuka di sana.

Weyh, first time masuk.
Nak jumpa tempat parking kete pun sesat.
Hahaha.
Masuk mall lagi lah sesat.
Cari foodcourt tak jumpa, lagipun dah nak dekat pukul 6.
Banyak tempat yang dah fully booked.
So, ikot je lah kaki bawa ke mana.
Sekali, nampak MB dekat level berapa ye, atas sekali kot.
Sebelah je dengan tempat ice skating tu.
Tengok meja pun masih ada kosong, padahal dah hampir 6.30 petang masa tu.
Jadi, terus je lah ke situ, sebelum ramai orang.

Berbuka MB lah kita.

Wefie sikit. Linda with dabel chin. Hahaha

Selesai berbuka, g solat.
Itu pun tak jumpa mana hala surau nye.
Jumpa surau yang dekat tempat parkir kereta tu.
Ramai sangat orang.
Selesai solat, ke Lotus dalam tu untuk cari bahan nak buat kuih raya.
Masa nak cari tempat berbuka tadi, ada nampak lotus.

Sebelum masuk Lotus, nampak kedai MBG (jual buahan segar)
Mata nie tertancap dekat buah anggur harga RM6.99
Eh, terus pilih dan masuk dalam plastik.
Beratur untuk timbang dan terus bayar.
Sekali, cashier tu sebut " RM113.50 kak"
Terus linda terkejut.. "eh, tadi dia tulis Rm6.99, kenapa sampai 100 ringgit? "
"Owh yang tu harga per 100g kak"

Aiseymen, terkena guwe.
Nak kata tak jadi, mcm segan juga.
Jadi suruh dia buang sikit. dann

Makan lah kita anggur kayangan nie.
800g RM56.34.
Sorok harga dari incikSuami.
Sampai je rumah, basuh, buang harga.
Hahaha.
Kenangan sungguh lah.
Kenapa lah tak baca betul-betul.
Sebab, ramai orang.
Dasyat dia punya ramai tu.

Nanti lepas raya, kena tenang-tenang repeat p IOI tu lah.
Belek-belek apa yang ada.

Eh, kita g melawat Pacha tadi.
Tapi, linda yang dapat hadiah.

Apa je lah mek nie bagi.
Pacha cikgu sek men.
Masa dok melakq dulu,memang selalu lah dia bg tudung.
Baju tak boleh lah, sebab tak sama saiz.. hahaha

Sampai rumah, tengok handbag C&K.
Pacha cakap dia pakai sekali dua je.
Lepas tu terbiar je.
Dari tak pakai, baik dia bagi linda, kebetulan linda nak datang kan.
Alhamdulillah, rezeki dapat beg lagi.
Semoga murah rezeki pacha, Aamin.

Till then, see ya.

36 comments:

  1. Wife staf Cie pun SLE katanya dia kena sejak umur 17 tahun. Sekarang dah 41 tahun. Dia SLE kulit & sendi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SLE nie bahaya juga... Kalau yang serius boleh effect organ kita tak silap.. Harap2 yang baik2 je utk mereka dan kita.. Aamin2

      Delete
  2. Moga urusan Pacha dan suami dipermudahkanNYA. Tetaplah kuat walau diri dah tak kuat mana.

    Part buah anggur tu, pernah juga hampir terkena, nampak murah tapi nasib baik check betul2, rupa-rupanya anggur kayangan, nasib ku tak ambil, tak mampu nak bayarnya nanti.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2.. Terima kasih sis. M
      Itulah, salah sendiri tak baca betul2..

      Delete
  3. tiba-tiba Aizu collapsed, memang takde heartbeat terus...

    huiiiii nervous pula sy baca!
    terasa mcm berlaku depan2!

    so, macam mana keadaan mereka hari ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semakin positif.. Sebab pacha cakap, after collapsed, masuk ICU 1 hari, lepas tu sedar, masih normal dalam masa 3 hari.. Boleh bersembang mcm biasa, lepas tu baru dia start lemah2 dan jadi lupa hal2 lama.

      Pacha, alhamdulillah.. Masih tenang, mampu tersenyum.. Tapi hati kita tak tahu..semoga terus kuat.

      Delete
  4. Moga cepat sembuh utk Aizu dan dipermudah kan semua urusan Pacha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2.. Mekasih sis mulan.. Moga diangkat doanya..

      Delete
  5. Semoga kawan Linda kuat untuk menjaga suaminya, dan segala rawatan suaminya dipermudahkan. Aminn...
    Tudiaaa.. anggur kayangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2.. Mekasih kak nur...moga doanya diangkat dibulan Ramadan yg mulia nie

      Delete
  6. Cantiknya beg tu!
    Aduh kalangan betul harga anggur tu ...
    Semoga diberi kesembuhan buat suami kawan Linda tu dan dipermudahkan urusan mereka sekeluarga 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna pink.. Matching lah dengan baju kerja.. Kikiki.
      Aamin2x.. Terima kasih atas doa PH

      Delete
  7. Saya pernah dengar pasal SLE, agak rumit juga kehidupan seharian. Moga dipermudahkan segala urusan rakan kamu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesan nya berbeza2 atas individu... Harapnya, yang baik2 je untuk Aizu..

      Delete
  8. Aisssh kasiannya dengan teman kakak.. semoga diberi kemudahan utk pengobatan suaminya. Sle ini saya tahu bisa berbahaya. Ada artis Indonesia yg terkena, tp dia menjalankan hidup sehat, rutin olahraga dan ikut kegiatan kesehatan, jadi so far memang terlihat baik2 saja.

    Semoga anggurnya manis ya kak, dah mahal kalo tak sedap memang buat emosi 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesan SLE berbeza2 atas individu... Sebab dia penyakit autoimun... Moga yang baik2 saja untuk Aizu... Aamin.

      Buah nya memang sedap.. Sesuai lah dengan harganya... Kikiki

      Delete
  9. semoga suami kawan tu kembali sihat... :( :( :(...

    ReplyDelete
  10. Kesiannya, semoga mereka tabah dgn ujian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah...semoga mereka tabah dalam menghadapinya..aamin

      Delete
  11. kakak saya pun baru dignosed SLE, tapi dapat detect awallah. berat dia turun mendadak, rambut gugur teruk. mmng skrg ni kena on ubat jela

    uihh terkejut dgn harga anggur tu. nasib lah boleh buang separuh xD. cepat2 buang harga ye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau detect awal, insya-Allah, takde yang serius lagi..
      kena cepat2 buang harga, kalau tak, kantoi nanti...

      Delete
  12. Semoga suami BFF kembali sembuh dan semoga BFF kuatkan semangat. Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan dia waktu suami dia collapsed.

    IOI situ memang macam tu. Bila pergi hujung minggu pun, jenuh nak cari tempat makan yang kosong waktu lunch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia cerita, dia pun risau dah...dah la trend sekarang yang muda2, banyak yang collapsed, terus tak bangun dah...risau.
      owh, mcm tu rupanya..memang tempat orang melepak lah IOI nie ye...igtkan sebab bulan Ramadan

      Delete
  13. Moga mereka yang sakit segera disembuhkan. Cantik pulak tengok beg tu Linda.

    ReplyDelete
  14. kwn blogger pn ada juga yg ada SLE ..smoga dipermudahkan urusan husband kwn linda...ioi putrajaya tu makin beso skarang lg parah bole sesat kan....wah anggur kayangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2x...terima kasih atas doanya sis...
      memang boleh sesat..igt kan masuk midvalley je boleh sesat.. hahaha

      Delete
  15. Allahuakbar tiba-tiba collapse takda tanda apa-apa ye? moga diberi kesembuhan & kesihatan yg baik utk Aizu & Pacha aminnnnnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu memang Aizu macam dah lemah, sebab lembik kaki kan...tapi, sedar je...diorang pun tengah bincang2 nak transferkan Aizu ke hosp Serdang, tiba2 je collapsed.
      terima kasih atas doanya ana...

      Delete
  16. Semoga kawan Linda terus kuat...

    ReplyDelete
  17. isteri pada kawan husband ammi pun ada SLE dari remaja. Sekarang rasanya akak tu dah nak 50 kot. cuma taktaulah apa keadaan dia. Dulu masa husband kerja sama, memang tiap minggu ada appt kat hospital, pastu akak tu tak boleh buat kerja berat sangat

    ReplyDelete