Tuesday, November 4, 2025

.: EXAM WEEK :.

Assalamualaikum

4-7 November, bermula lah UASA untuk sek keb anak-anak.

makanya, segala kemudahan di tutup supaya tidak berfoya-foya ye.. kikiki

semoga Mueez Safwan, Maya Syafiqah dan Mukhlis Syahir dapat menjawab soalan dengan baik, diberi kefasihan dalam membaca dan menulis jawapan, aamin.
semoga anak-anak lain yang sedang menghadapi peperiksaan dapat menjawab soalan dengan baik, diberikan kesihatan supaya dpaat menumpukan pada kertas peperiksaan, aamin.

anak buah Linda dekat Kelantan pun ambil SPM juga tahun nie.
semoga kakak Mia dapat jawab periksa dengan baik..aamin

setelah lama tak buat rama-rama
percubaan ke5 baru jadi.
yang bawah sekali tu.
baru ada rupa rama-rama.

udah kenapa linda dok buat rama-rama pulak?
untuk PSV abang Mueez la nie.

till then, see ya.

 

Monday, November 3, 2025

.: BABYXIA 🚙🚙 :.

Assalamualaikum.

Coretan untuk kenangan di masa hadapan.

BabyXia dikesan di Sarawak.
Jauh perginya.
Ex tuan pun tak pernah sampai lagi, babyXia dah sampai dulu.
Masih warna original.

Lepas jual dekat Carsome Melaka hujung November 2021, memang tak pernah nampak babyXia dekat jalan di area Melaka.
Kitaorang rasa macam, tak laku kot kete nya.

Setelah berbulan², tiba² ex officemate Melaka (kak Shidah), memang orang Sarawak, snap gambar babyXia di jalan.  
Berhenti di lampu isyarat, igtkan dekat Melaka je, rupanya ke seberang laut dah dia.

Kali nie, kak Shidah share lagi, terjumpa babyXia.
Terima kasih kak Shidah share gambar sebagai kenangan Linda.

Kereta pertama ku, walaupun atas nama suami.
Tapi, semua pasal kereta, Linda yang tanggung, bulanan, servisnya.
Terasa berat nak melepaskan masa tu.
Tapi, tak mampu nak membela banyak kereta.
Waktu di lepaskan, dah 7tahun babyXia berkhidmat dengan kami.
Lagi 2tahun je nak habis bayar.
Takde rezeki nak bersama hingga ke akhirnya.
Moga duduk elok² dengan tuan baru.
Berkhidmat dengan baik ya.

Till then, see ya.

.: BUAH DELIMA :.

Assalamualaikum.

Sebiji buah delima.

Dulu² masa mengandungkan abang Mueez memang rajin makan buah delima nie..
Agaknya, asbab makan buah delima lah, abang Mueez tak kena kuning berpanjangan macam adik beradik yang lain.
Dalam 2minggu dah discaj kuning.
Pergi cek kuning pun selang² hari.

Nie pun abang Mueez request suruh belikan.
Kebetulan, pergi Lotus tu RM2 sebiji.
Eh, murah pula.. Linda ambil lah 6biji.
Risau tak manis ke apa kan.
Tapi, alhamdulillah manis² buah.

Makan sejuk² lagi sedap.
Mula² makan dulu, biji dia Linda buang..hahaha..
Sekarang, gigit je telan.

Till then, see ya.

Sunday, November 2, 2025

.: TEBUS SARA :.

Assalamualaikum.

Maka ini, selesai lah pemberian SARA kami suami isteri.
Linda dah selesai beli masa balik Tronoh cuti sekolah bulan 9 hari tu.

Jumaat lepas, baru beli barang² dapur.
Jadi incikSuami decide lah untuk habiskan SARA.. berbaki RM84.40.

Cashier tu yang tolong pilihkan barang² untuk cukupkan nilai tu.

Jadi, dalam gambar nie lah barang² nya.
Kena tambah lagi 80sen.

Tapi, bukan nie je yang kami shopping.
Ada lagi yang lain, yang dibayar lain.
Yang bayar lain tu pun RM200 lebih gitu.
Memang perbelanjaan bulanan kami dalam RM400 lebih juga lah.
Untuk yang kering² dan tahan lama.
Untuk bahan basah, memang peruntukan RM100 seminggu.
Gitu.

Alhamdulillah, atas nikmat yang diberikan.

Till then, see ya.

Saturday, November 1, 2025

.: TAHUN KEEMPAT :.

Assalamualaikum.

Genap 4 tahun di Selayang.
Harap² takde lah yang ke 5.. kikiki..

Tengok kat FB kot² ada gambar.
Tapi ada nie je, nampak sangat tengah memberontak masa datang Selayang. 😆😆

Apa pun, banyak pahit manis.
Perjalanan sepanjang di Selayang.

Nov 2021- feb 2022 duduk sorang-sorang je dekat Selayang. (Abang Mu'az dan abang Mueez terpaksa tinggal di kampung, sekolah dekat sana. Kak M dengan dedek duduk dengan ayah di Melaka)

Mac 2022 - Feb 2023 duduk dengan kak M, dedek. (Mula lah perjalanan ibu yang tetiap minggu drive kejap balik Melaka, kejap balik kampung. Kalau duit takde, duduk rumah diam²..hahaha)

Mac 2023 - Mei 2024 abang Mu'az dengan abang Mueez, Linda dah bawa duduk Selayang..tinggal lah kami 5 beranak, terkejor² gak hantar, ambil anak sekolah. Waktu nie, kita banyak balik Melaka je lah.

Jun - Disember 2024 , incikSuami dah mula start bercuti dan habiskan kursus dekat PERHEBAT Sg Buloh, jadi duduk serumah lah kami.

Januari 2025 hingga kini, incikSuami dah jadi YB, Linda pun senang hati.. hahaha. Tapi, pertukaran tetaplah dihantar. Kita nak balik kampung. Hihi 

Semoga ada rezeki nama naik tahun depan..aamin.

Till then, see ya.