Tuesday, November 25, 2025

.: D'LAGONG CAFE @ BUKIT LAGONG, SELANGOR :.

Assalamualaikum

Jumaat, 7.11.2025 - Linda ambil cuti, sebab nak terus gerak ke Penang, yang cerita dekat sini.
Alang² cuti, dah hantar kids pergi sekolah.
Ajak incikSuami try makan dekat kafe area  Bukit Lagong.
Tech Radicare asyik la Kabo sedap.
Moh la kita cuba, bila berdua naik motor je lah.
Senang sikit, sebab jalan kecik nak ke kafe tu.
Siapa yang biasa je Selayang, kafe tu masuk ke kawasan Rekreasi Bukit Lagong (bawah Majlis Perbandaran Selayang).

Order dekat kaunter, bayar, dapat resit ada no, tunggu no kena panggil, ambil bawa ke meja.

Teh tarik dan nescafe panas.

Lempeng kelapa, sambal ikan bilis.
Lempeng sedap, sambal rasa pedas je.,takde rasa manis, masin,masam.. mungkin ada, tapi pedas yang terlebih rasa.

Bihun soto.
Hambar je rasanya..takde rasa wow yang kita nak.
Sambal kicap pun ada, dah letak pun.
Tetap biasa² je.
Begedil sedap..itu jelah boleh puji.

Lontong.
Pun biasa² je.
Nasi impit tu 2 ketul je tak silap suami cakap.

Dalam kawasannya ada pokok durian.
Macam kebun durian juga lah.

Total hangus makan berdua.
RM33.50.

3/10 lah Linda bagi.
Sebab memang takkan repeat lah.
At least dah pernah rasa.
Gitu lah.
Tapi, tekak Linda la.
Kalau tekak orang lain, tak tau lah kan.

Till then, see ya.

32 comments:

  1. Tapi.. lempeng kelapa tu nampak sedap. Mcm teringin nak buat la esok.

    ReplyDelete
  2. Tak perasan pula. Boleh tahan juga harganya ye.
    Breakfast sedap boleh try kat Dapur Amiey - area Taman Greenwood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah. nanti bebila boleh la try.. Mai ShellOut pun tak try lagi.. PH selalu up makan situ...hihihi

      Delete
  3. Sedapnya teh tarik tu. Lama betul tak order teh tarik. Asyik kopi dan kopi je. Lempeng dan sambal ikan bilis nampak sedap. Kalau pedas tu saya suka. Soto dia tak ada X factor. Tapi kira boleh makanlah kan. Hmmm kalau rate kurang, first and last lah kita makan kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda pun dah seronok minum indocafe, teh tarik suka yang buat sendiri dekat rumah je.. hihihi..
      itulah, tak datang dah kot..

      Delete
  4. teringin nak minum teh tarik tapi takut mengidap angin kang...nampak sedap menu tapi x kena ditekak Linda ye...kalau Kak SA pun x repeat la kalau x berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau angin, elak lah kak..jenuh kang kembung perut.. hahaha..macam baby pula nanti...
      itulah, nampak macam sedap, tapi takde wow faktor yang boleh nak repeat lagi

      Delete
  5. tu la kan kalau view dah ok, makanan pulak teruk. kadang2 macam pelik tengok orang meniaga makanan tak sedap ni memang tak rasa dulu ke makanan sebelum jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... sebab tu linda tak berani nak menjual bab2 makan ni.. hahaha...walaupun ada je yang cakap sedap..

      Delete
  6. Lempeng tu nmpk menarik..Tp bila sambal spoiled..Mmg kacau semua =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. makan lempeng gitu je lah...tak cicah pun

      Delete
  7. At least dah rasa.. takde lah teringat-ingat.

    ReplyDelete
  8. kemain la harga sarapan sekarang kan..lempeng pun dah 4.50..huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu lah harga nya kak...sekali sekala boleh la .hihihi

      Delete
  9. lempeng kelapa tu memang terbaik.. lawan dengan kopi 0, kena pulak waktu petang masa hujan turun.. memang membangkitkan nostalgia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...makan time hujan ,memang sedap. Panas²

      Delete
  10. Biar betul 2 ketul nasi himpit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami cakap..tak tau lah kalau Linda salah dengar.. hahaha..tapi, tak puas makan katanya..selalu kan makan lontong, sure kenyang..ni tak..kikiki

      Delete
  11. Ala, frust nya mesti expectation dah tinggi sbb org lain kata sedap, tapi bila sendiri rasa, tak seberapa pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..memang pergi sekali jelah...lepak mamak makan nan cheese lagi syiokk...kikiki

      Delete
  12. Sikit tu rating dia tapi tempatnya unik sebab kat kebun.

    ReplyDelete
  13. Alamak, nasi impit 2 ketul je. Akak pun pernah rasa sambal pedas semata, macam guna cili boh buat sambal. Memang tak pi dah la kedai camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar suami sebut 2 ketul..hahaha...tapi, tak kenyang la...selalu makan lontong, cnfrm kenyang... Takut hari Linda datang tu, sambalnya gitu..hari lain, ok je

      Delete
  14. sikit betul bintang rating tu heheh means tak leh masuk list JJCM MZ lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang tak kena tekak lah...yang sedap lempeng je..itu pun kalau tak cicah sambal..

      Delete
  15. Alaaaaah tak sesuai pula rasanya yaaa. Kalau hambar nih memang bisa diperbaiki dengan tambah garam, tp kan kalau dr awal tak ada rasa, kecewa juga 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..takot masa hari kak Linda datang yg tak sedap..

      Delete
  16. Sambal lempeng tu dorang salah beli cili kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...kalau salah beli pun, takde rasa masin ke..manis ke..hambar + pedas Aje..

      Delete