Assalamualaikum.
Simpan sini sebagai kenangan.
Jumaat, 21.11.2025 - turn Admin dan sumber manusia yang jadi urusetia perhimpunan bulanan.
Jadi, nama Linda termasuk dalam team koir HRAD (Human Resource Admin).
Layan jelah kan, bukannya nyanyi sorang² pun.
Pertama kali join koir di alam pekerjaan, dan setelah 4 tahun kerja di Selangor, baru lah betul² hafal lagu negeri Selangor 🤭🤭.
Tiba² minggu lepas tu, dedek pun asyik la nyanyi lagi negeri Selangor, nak bagi ibu hafal agaknya. Kikiki.
Team koir di hari kejadian.
Alhamdulillah ,pengarah hospital pun puji lah. Dia siap kata "1st impression saya, ingatkan jemputan group koir dari mana lah tadi"..
Bangga sat weyh..kikiki.
Kami sampaikan 4 lagu :
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu KKM
Lagu Darah Satria
Wefie beramai ramai, masa sesi latihan.
Yang bagusnya, konduktor kami yang berpengalaman dengan koir.
Sebab tu lah ,team koir menjadi.
Yang depan sekali lah konduktor kami, kak Qyra. Thank you akak.
Ada rezeki, boleh la join lagi.
Rotation lambat lagi, sebab ada 26 unit/jabatan yang akan jadi urusetia perhimpunan.
So, turn Admin dan HR mungkin 2027 pula.
Masa tu, Linda dah transfer kot..hihi.
Till then, see ya.


lepas akak mention lagu selangor tu, saya pun ingat2 lupa. google lirik, okay alhamdulillah masih igt lagi lagunya haha
ReplyDeleteAkak kan orang Perak..hihi.. lepas tu kerja kat Melaka..lagu negeri Melaka catchy sikit...
DeleteAkk setiap kali ada event sekolah, time lagu negeri Selangor senyap. Tak hafal sangat sbb kita biasa dgn lagu negeri kita la kan...
ReplyDeleteTahniah Linda! Berani mencuba 👍🏻
Itulah..memang senyap je, ni masuk koir..tu yang hafal..hihi..
DeleteMekasih kak.. saja nak mencuba sesuatu yang baru..
Alhamdulillah berjaya...=)
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletewaahhh 1 pengalaman yg menarik ni
ReplyDeletebetul ak, boleh masuk dalam sumbangan nie.. hihihi
DeleteMerasa masuk koir ye, Linda. Tahniah, dapat pujian sedap oleh Pengarah. 👏👏 Akak tahu lagu negeri Selangor, sebab pernah sekolah 5 tahun sekolah menengah. Sampai sekarang masih ingat. 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah...berkat konduktor yang bersungguh sungguh... kalau pernah duduk sesuatu negeri tu,insyaAllah akan ingat lagunya
Deletewah ada team kior gitu
ReplyDeletememang selalu itu, urusetia memang kena sediakan team koir.. hihihi..
Deletewah... segak2 dan lawa2 semua
ReplyDeletehelok berblazer..warna tudung pun sama je...auto segak
Deletewahhh...lepas ni boleh dah ni panggil linda koir ni
ReplyDeletehahaha...suara tak sedap pun...main nyanyi je
Deletewah bestnya join koir.. Sekolah Naniey dulu tak de koir.. Tapi suka tengok Koir..
ReplyDeletedulu masa sekolah masuk team choral speaking...lebih kurang la koir...tapi, anak2 tak minat benda2 macm tu.. kikiki
DeleteSebagai rakyat Selangor saya merasakan setiap orang yang bersekolah, bekerja atau menetap di Selangor wajib hafal dan memahami lagu Negeri Selangor. Haaaa....gitewwww🤭🤭🤭... kalau tak... meh nak rotan 😆
ReplyDeleteHahaha..lagu negeri Perak saya hafal..lagu negeri Melaka pun sama...lagu Selangor baru hafal..
DeleteWah best ni dapat join. Dapat juga menyumbangkan suara. hihi..bagusnya ada dak kecik tu supporters bantu hafal lagu.
ReplyDeleteHahaha..itulah..lepas habis koir, takde pula dia menyanyi²..mcm tahu² je
DeleteEh comel je tau, ada koir.
ReplyDeleteMesti suara jadi lebih merdu lepas ni.
Kita baru hafal lagu Selangor tahun lepas, hahaaa~
Hahaha..idok Ler..gitu jelah suaranya...
Deletebestnya linda pandai Koir..akak last koir masa form 2...lepas tu takde dah..hahaha
ReplyDeletehahaha.. nyanyi jelah...bukan pandai mana pun
DeleteNyanyi ramai2 ok lagi, kalau kena nyanyi sorang2 berpeluh2 kot atas pentas tu hehe. All the best to kumpulan koir HRAD!
ReplyDeleteG karoks pun sekali je sepanjang hidup ni, memang idak la nak menyanyi sorang²..kikiki
Deletewahh bestnya! syabbasssss
ReplyDeleteHihi..terima kasih MZ
DeleteUwaaaaah penasaran nak dengar 😄😄. Sayapun kalau choir, pasti mau ikut. Tapi kalau nyanyi sendiri, tak usahlah, lari semua yg dengar suara saya nanti 🤣
ReplyDeleteAlaaa ..malu la nak up video..Kikiki.. sama lah, kalau nyanyi sorang², memang tak boleh la
DeleteAmmi kan dari 97-2025 belajar dan kerja di Selangor. Pastu 19 tahun menetap di KL tapi harammmmm lagu 2 negeri ni tak pernah nak ambik port pun
ReplyDeleteHahaha..kalau takde perhimpunan ke ..apa ke..memang tak ambik port lah..dulu kerja kat Melaka, memang tiap² bulan ada perhimpunan, jadi kena nyanyi juga la lagu Melaka tu
Delete