Sunday, June 15, 2025

.: AKTIVITI SABTU :.

Assalamualaikum. 

Nak up cerita pasal semalam, nak update malam tadi, dah ketiduran. 
Jadi, meh la update hari nie. 

Awal pagi, dalam 7pagi, dah hanta abang Mueez ke sek Kafa.
Tiba2 kena jadi bidan terjun untuk peserta bercerita. 
Hari isnin, ustazah kelas dia beritahu. 

Dengan peserta lain, tengah tunggu van. 

Van dah sampai. 

Takdelah berharap menang pun, tapi yang bangga nya.. Dalam masa seminggu abang Mueez boleh hafal teks bercerita tu. 
Padahal ibu tengok, malam tengok telefon je.. 

Lepas hanta abang Mueez, singgah beli sarapan. 
Balik rumah, kemas2, basuh baju sikit.. 
IncikSuami pun siap2, dia nak ke Senawang. Nak balut, jahit stereng katanya. Dedek ikot incikSuami. 

Takde buat apa dekat rumah. 
Jom lah kita sambung buat bunga telur. 

Kuntum kuntum bunga yang ada. 

Nie dah jadi pokok bunga telur. 
Sampai ke tengah hari, dapat lah cantum 20batang bunga telur. 

Dalam pukul 1pm mcm tu, ustazah sek KAFA wasap katanya nak sampai sekolah lah. 
Linda pun pergi ambil abang Mueez, sampai dekat bawah rumah, sama-sama dengan incikSuami. 

Naik atas jap, solat dulu. 
Lepas tu ajak incikSuami ke TF Batu Caves.
Nak beli barang2 basah sikit. 
Nanti rumah penuh dengan adik beradik, sebab flight mak bapak sampai awal pagi nanti.. Insya-Allah. 

Sebelum masuk beli barang, incikSuami ajak makan dulu. 
Foodcourt dah siap reno, boleh la makan. 

Mango de Longan. 
Manis. 

Kuetiau goreng, not bad. 

Foodcourt yang sama.
Cuma design je lh baru. 
And of course lah harga baru. Hihihi.. 

Till then, see ya. 

36 comments:

  1. Sekejap je, mak bapak Linda nak balik haji dah. Cepat masa tu. Nampak sedap kuetiau goreng. Banyak dah, bunga telur Linda buat. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mak bapak dah balik, rase sekejap je...
      Alhamdulillah, sedap kuetiau nya.. Baru 20batang kak.. Hihihi

      Delete
  2. Mak ayah Linda dah nak balik ye? Alhamdulillah 🤲🏻
    Oh food court dah soap reno...bumbu babah dah kembali ke situ tak Linda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Dah selamat sampai tanah air..
      Rasenya dekat foodcourt, macam takde je bumbu babah tu

      Delete
  3. Nampak sedap manggo de longan tu.

    ReplyDelete
  4. tudia..menggunung manggo de longan

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam, ya ampun.
    makanannya bikin ngiler hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mango de longan tu yang bikin geram... Ais kisar nya pun halus jaaa

      Delete
  6. comelnya bunga telur kawad bulu tu! waahh dah selesai mak ayah akak buat haji ye..

    ReplyDelete
  7. Sweetnya warna bunga telur tu =)

    ReplyDelete
  8. Bunga telurnya indah sangat kaaak. Anakku melihatnya langsung berbunga-bunga.

    ReplyDelete
  9. cuaca panas skarang...dpt mango longan tu syok

    ReplyDelete
  10. Sweet lah kaler bunga telur tu... lembut je.
    Jadinya ambil kesempatan lah ya lunch terus sebelum beli barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Tengok lawa pula... Tunggu 100 batang, baru comey kot... Hihihi..
      Husband nak lanja, kita on je

      Delete
  11. Tahniah la abg muez tu, waahhhh dia pun bt projek bunga telur ya... cantik2

    ReplyDelete
  12. Terliur tengok Mango de Longan tu....congrats Abg Muez..keep it up ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kan, linda tak perasan longannya ada ke tak... Hihihi
      Terima kasih kak SA

      Delete
  13. Tahniah Mueez, yang penting berani dan ada keyakinan diri, keep it up 💗 Seronoknya tgk linda buat bunga telur...lawaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak mieja..
      Seronok buat bunga telur nie.. Healing sikit

      Delete
  14. A ha kuetiau goreng. Saya suka.
    Sedap sekali Mbak...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Linda memang suka mencuba kuetiau.. Suka makan kuetiau

      Delete
  15. Gedik betul togeh tu nak keluar pinggan ek…ammi peratiiiiii je perangai togeh tu haha

    ReplyDelete
  16. Berseni tangan Linda buat bunga telur klasik macam tuh. Tahniah Mueez berjaya melaksanakan tugasan sebaiknya

    ReplyDelete
  17. Hebat Abang Mu'az. Jadi bidan terjun pun cepat hafaz ceritanya. Tahniah! Cantiknya hasil tangan Linda. Kalau saya buat jadi apa entah. Kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Mueez tu..
      Alaa, cantum2 je.. Jadi lah bunga.. Hihihi

      Delete